BYD Ambil Alih Hak Pengedaran Di Australia, Selepas Ini Mungkin Malaysia?

Pengeluar automotif China, BYD, telah "melebarkan sayapnya" ke luar negara dengan mengambil alih kawalan import dan hak pengedaran kenderaan mereka di Australia.
Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) terbesar di dunia itu turut mengambil alih kawalan operasi Australia daripada pihak ketiga, EVDirect.
Langkah itu adalah sebagai sebahagian daripada rancangan untuk meningkatkan jualan global.


Difahamkan, langkah pengambilalihan ini membolehkan BYD mengawal barisan produknya di Australia, yang terdiri daripada model Atto 3, Dolphin, Seal, Sealion 6, Sealion 7 dan Shark.
Apa yang penting adalah pemilik BYD di Australia lebih ‘dilindungi,’ memandangkan jenama tersebut kini disokong terus dari kilang.


Menurut laporan Drive Australia, pengambilalihan ini seiring dengan perancangan BYD untuk memperkenalkan lebih banyak sub-jenama, bermula dengan Denza menjelang akhir tahun ini.
Perubahan dalam operasi ini juga dijangka meningkatkan keyakinan BYD untuk memperkenalkan jenama YangWang, di mana YangWang U8, telah beberapa kali dikesan menjalani ujian di Australia.
Sementara itu, EVDirect, entiti yang sebelum ini mengendalikan pengedaran kenderaan BYD di Australia, akan terus berperanan sebagai salah satu pengedar rasmi jenama itu.
Menerusi kerjasamanya dengan Eagers Automotive, syarikat itu akan terus menyelia beberapa bilik pameran BYD di seluruh negara.
Sebelum pengambilalihan ini, BYD Australia atau lebih tepatnya EVDirecttelah menjalankan tugas dengan baik apabila berjaya menghantar 11,974 unit setakat April tahun ini.

Angka ini meletakkannya di landasan untuk mencapai sasaran jualan tahunan sebanyak 36,000 unit menjelang 2026, dengan tiga modelnya tersenarai dalam 10 EV paling laris di Australia setakat April lalu.
Untuk makluman, pasaran Australia sememangnya merupakan salah satu pasaran luar negara paling berjaya untuk BYD.
Selain Australia, BYD juga telah mengambil alih kawalan jenamanya di Jerman, dan syarikat itu bercadang untuk mengambil alih lebih banyak pasaran dalam usaha melebarkan operasi globalnya.
Bagi pasaran Malaysia, jenama BYD ketika ini diagihkan oleh kumpulan automotif tempatan Sime Motors, yang mengendalikan jenama itu melalui anak syarikatnya, Sime Darby Beyond Auto (SDBA).
Namun begitu, jenama Denza baru sahaja membuat kemunculan sulung di Malaysia menerusi model D9 EV MPV, pada awal tahun ini, yang mana pengedarannya dikendalikan oleh BYD Malaysia, yang turut menguruskan perniagaan kenderaan komersialnya di pasaran tempatan.

Seperti Australia, Malaysia juga sering tersenarai sebagai salah satu pasaran dengan prestasi terbaik untuk BYD, kerana model BYD Atto 3 sering mendahului carta jualan EV tempatan, sebelum kedudukannya diambil alih baru-baru ini oleh model EV pertama negara, Proton e.MAS 7.
Namun, Sime Motors baru-baru ini melaporkan penurunan keuntungan bersih sebanyak 43% untuk suku pertama tahun 2025, dan telah pun melepaskan hak pengedaran jenama Hyundai di Malaysia.
Jadi, adakah ini satu petanda bahawa Sime Motors juga bakal kehilangan hak pengedaran untuk jenama BYD di Malaysia?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQQ6395
SELANGOR
BSN4179
JOHOR
JYT3364
PULAU PINANG
PSA5792
PERAK
APG361
PAHANG
CFF8012
KEDAH
KGE7928
NEGERI SEMBILAN
NEJ7865
KOTA KINABALU
SJQ8244
KUCHING
QAB4157N
Terakhir Kemas Kini 18 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton
Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.
26-02-2026
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X
Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.
26-02-2026
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!
SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.
26-02-2026
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit
Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.
25-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat