ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Era Sime Darby Sebagai Pengedar Eksklusif Tamat, Hyundai Motors Malaysia Ambil Alih!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_TA_CariCarz_review_2025_Hyundai-Santa-Fe-Turbo-Hybrid_-6.jpg


Tanpa sebarang hebahan, jenama Hyundai rupanya kini sedang melalui fasa peralihan operasi dan perniagaan di Malaysia. 


Berdasarkan laporan rakan industri, WapCar.my, Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) kini tidak lagi disenaraikan sebagai pengedar eksklusif di laman global Hyundai. Tempat tersebut kini telah diambil alih oleh entiti baharu, Hyundai Motors Malaysia Sdn Bhd (HMY), sebuah syarikat jualan nasional yang dimiliki sepenuhnya oleh Hyundai Motor Company dari Korea.


Screenshot-2025-05-26-at-2.00.19 PM.png


Laman rasmi Hyundai global turut menunjukkan lokasi baharu syarikat, iaitu di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur.


Hyundai Kini Mencari Pengedar Baharu


Screenshot-2025-05-26-at-1.59.47 PM.png


Laman mikro HMY menunjukkan mesej kedatangan rasmi HMY tidak lama lagi.


Walaupun pelancaran rasmi HMY tidak diumumkan secara terbuka, permohonan untuk menjadi pengedar baharu jenama Hyundai di pasaran negara ini telah dibuka melalui laman web yang sama. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa HSDM bukan lagi satu-satunya pengedar tunggal Hyundai di Malaysia. 


Namun begitu, ini tidak bermaksud HSDM telah keluar sepenuhnya daripada ekosistem Hyundai Malaysia.


Sime Motors Masih Terlibat Sebagai Pengedar dan Penyedia Perkhidmatan


Kini dikenali sebagai Sime Motors susulan penjenamaan semula kumpulan Sime Darby, syarikat ini akan kekal sebagai pengedar sah serta penyedia servis selepas jualan untuk kenderaan Hyundai.


Bagi pelanggan sedia ada, tiada sebarang perubahan besar dari segi urusan penyelenggaraan atau khidmat pelanggan buat masa ini.


Screenshot-2025-05-26-at-2.28.42 PM.jpg


Hyundai Sime Motor bakal memainkan peranan baharu sebagai pengedar sah dan juga pengimport model CBU. 


Selain itu, Sime Motors juga dijangka akan terus menjadi rakan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Inokom di Kulim, Kedah. Beberapa model Hyundai kini sudahpun dipasang di kilang ini. Dalam masa yang sama, Sime Motors turut dijangka mengekalkan peranan sebagai pengimport unit CBU.


HMY Ambil Alih Tanggungjawab 


web_TA_CariCarz_review_2025_Hyundai-Santa-Fe-Turbo-Hybrid_-9.jpg


Carz.com.my difahamkan bahawa Sime Motors akan kekal sebagai syarikat pemasangan kenderaan Hyundai di kilang Inokom, yang kini turut mengeluarkan model seperti Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid.


Segala tanggungjawab utama seperti perancangan produk, logistik, pemasaran, serta strategi jualan yang dahulunya dikendalikan oleh HSDM, kini dipercayai telah diserahkan sepenuhnya kepada Hyundai Motors Malaysia.


Perubahan ini diharap akan mempercepatkan kemasukan model baharu dan memperkukuhkan kehadiran jenama Hyundai di pasaran tempatan.


Pelaburan RM2.2 Bilion Dorong Pertumbuhan 


Caricarz-MBA-Hyundai-Tucson-Max-Rolling-5.jpgweb_CariCarz_review_Hyundai-Ioniq-6-Max-AWD_-(82).jpg


Hyundai Sime Motors kekal memainkan peranan sebagai pengimport model CBU Hyundai seperti Tucson (kiri) dan Ioniq 6 (kanan). 


Sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang, Hyundai turut mengumumkan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion untuk kilang Inokom pada November tahun lalu. Pelaburan ini bukan sahaja melibatkan model Hyundai, malah turut merangkumi pelancaran subjenama mewahnya, Genesis.


Genesis-GV80-2025-HD-bfd4ba1c1bc93a4af6bab6d33d29b05396f3e89d1.jpg


SUV mewah Genesis GV80. 


Genesis dijangka menjadi pesaing kepada jenama mewah lain seperti Lexus di Malaysia yang mungkin akan diperkenalkan secara rasmi oleh HMY tidak lama lagi.


Untuk makluman, Hyundai kini memiliki 15% pegangan dalam Inokom Sdn Bhd, menjadikannya pemegang saham ketiga terbesar selepas Sime Motors (51%) dan Bermaz Auto (29%).


Baca: [KAJIAN] Lexus, Genesis Dan Kia Jenama Paling Kurang Bermasalah


Nantikan Perkembangan Seterusnya


Apa yang bakal dibawa oleh HMY dalam beberapa bulan akan datang pastinya menarik untuk kita nantikan. Perincian lanjut mengenai struktur korporat baharu dan peranan Sime Motors dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

Baca: Hyundai Ioniq 6 Versi Facelift Ternyata Lebih Agresif, Praktikal

Baca: [PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal

web_CariCarz_review_Hyundai-Ioniq-6-Max-AWD_-(18).jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE2096

SELANGOR

BSR2426

JOHOR

JYB5340

PULAU PINANG

PSD4079

PERAK

APJ4809

PAHANG

CFG9231

KEDAH

KGG7365

NEGERI SEMBILAN

NEK7641

KOTA KINABALU

SJS6634

KUCHING

QAB907P

Terakhir Kemas Kini 30 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

30-01-2026
Berita Auto

20-12-2025
Berita Auto

10-06-2025
Berita Auto
Berita Auto

08-05-2024
Berita Auto

05-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Proton Lantik Grand Motors Sebagai Pengedar Rasmi Proton e.MAS Di Brunei

PROTON Lantik Grand Motors Kendali Rangkaian EV Di Brunei.

29-06-2026
Berita Auto

Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9

Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.

29-06-2026
Berita Auto

LRT3 Dilancar Rasmi, Tambang Percuma Hingga 31 Julai

LRT3 laluan Shah Akhirnya Siap, Tambang Percuma Hingga 31 Julai 2026.

29-06-2026
Berita Auto
Berita Auto

Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027

Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.

26-06-2026
Berita Auto

NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang

Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.

25-06-2026
Berita Auto

Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan

Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.

25-06-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Menang Anugerah

iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.

25-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.