ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MAS 2025: Jetour T2, SUV "Rugged", Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Selain SUV VT9, Jetour Malaysia turut mempamerkan salah satu SUV lasak mereka di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) y iaitu Jetour T2.

Dipertontonkan dalam versi pemanduan sebelah kiri (LHD), SUV lasak ini merupakan salah satu model baharu yang dijangka akan dilancarkan di pasaran tempatan pada akhir tahun ini.

image.pngimage.png

Dikenali juga sebagai Jetour Shanhai T2 di China, model ini dibina berasaskan seni bina Kunlun, sama seperti SUV Dashing, bermaksud ia tidaklah sekuat SUV 4x4 berkerangka ladder seperti GWM Tank 300, Ford Bronco dan banyak lagi.

Mengenai reka bentuk, T2 kelihatan sangat berbeza daripada VT9 dan Dashing,.

Ini kerana ia merupakan SUV jenis berkotak serta hadir dengan rekaan lasak.

image.png

Antaranya seperti bampar hadapan, lengkung roda yang menonjol dengan pelindung bawah badan plastik, penutup tayar ganti di pintu belakang, palang sisi plastik, rim bersaiz 20 inci, dan banyak lagi.

Dari segi dimensi, T2 berukuran 4,785 mm panjang, 2,006 mm lebar, 1,870 mm tinggi dan memiliki jarak roda sejauh 2,800 mm.

image.png

Ini meletakkan T2 dalam kategori SUV 4x4 bersaiz sederhana yang sama seperti GWM Tank 300, Toyota Fortuner dan lain-lain.

Seperti kebanyakan SUV lasak dari China, Jetour T2 hadir dengan kabin yang mewah dimana ia menawarkan pelbagai kemudahan moden dan premium.


Melihat pada tempat duduk hadapannya, ia hadir dengan material jenis  kulit manakala skrin infotainmennya agak besar .

Selain itu,  kluster meter digitalnya agak kecil, konsol tengah tinggi yang menempatkan tombol gear dan pemilih mod pemanduan, dua pad pengecas tanpa wayar, dan banyak lagi.

Di pasaran asalnya di China, Jetour T2 ditawarkan dalam versi enjin pembakaran dalaman (ICE) sepenuhnya dan juga versi hibrid plug-in (PHEV).

image.pngimage.pngimage.png

Jetour T2 yang dipamerkan di sini menggunakan enjin petrol turbo 4-silinder 2.0 liter yang sama seperti Chery Tiggo 8 Pro.

Dipadankan dengan transmisi automatik DCT 7-kelajuan dan sistem pacuan empat roda (4WD). Jadi,  T2 mampu menghasilkan output sistem keseluruhan sebanyak 251 HP (187 kW) dan 390 NM.

image.png

Menurut Jetour, T2 adalah salah satu model paling laris mereka di China, dengan purata jualan sebanyak 15,000 unit setiap bulan.

Sebelum ini, Jetour Malaysia ada mengumumkan bahawa pihaknya akan  melakukan pemasangan tempatan pada model mereka.

Malah, mereka akan membuat pelaburan sebanyak RM560 juta untuk pengilangan dan tambahan RM216 juta untuk penyelidikan dan pembangunan.

image.pngimage.png

Sekiranya Jetour Malaysia berhasrat untuk melancarkan T2 ke pasaran tempatan, ada kemungkinan SUV lasak ini akan dipasang secara tempatan (CKD) bersama model Dashing dan VT9.

Maka, ia menjanjikan harga yang lebih rendah berbanding model import sepenuhnya (CBU) seperti Tank 300 yang kini dijual pada harga RM250,000.

Apa pula pandangan anda? 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC9142

SELANGOR

BSQ9127

JOHOR

JYB375

PULAU PINANG

PSD1837

PERAK

APJ3044

PAHANG

CFG8104

KEDAH

KGG5684

NEGERI SEMBILAN

NEK6829

KOTA KINABALU

SJS4605

KUCHING

QAB221P

Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Berita Auto

16-02-2026
Pandu Uji

12-02-2026
Kereta Baru

26-01-2026
Kereta Baru

08-11-2025
Berita Auto

26-08-2025
Berita Auto

28-07-2025
EV

09-05-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.

15-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih

Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k

Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.

12-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.