MAS 2025: Nissan Kicks e-Power Impul Edition Didedahkan – Lebih Sporty

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) tidak melepaskan peluang untuk membuat kemunculan di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) dengan memperkenalkan Nissan Kicks e-Power dalam versi istimewa yang lebih sporty, Impul Edition.
Kit badan sporty ini didedahkan secara rasmi di tapak pameran Nissan di Dewan A, MAEPS Serdang, dan kini dibuka untuk tempahan di semua cawangan Nissan seluruh negara.
Model Elektrik yang Tidak Perlu Dicas

Untuk makluman, Nissan Kicks e-Power yang dilancarkan pada Disember 2024 ini menggunakan teknologi hibrid unik, yang mana motor elektrik digunakan untuk menggerakkan kenderaan. Motor ini dikuasakan oleh bateri litium-ion yang kecil.
Enjin petrol yang digunakan pada model ini, 1.2 liter 3 silinder, bertindak sebagai penjana yang menyediakan tenaga kepada bateri tersebut, menghilangkan keperluan untuk pengecasan plug-in, dalam masa yang sama, memberikan pengalaman pemanduan yang serupa dengan EV. Sistem trenkuasa yang digunakan ini mencatatkan kuasa setinggi 138 hp dan 280 Nm.
Kabin yang Serba Lengkap



Ruang kabinnya lengkap dengan pelbagai ciri penting seperti skrin instrumen digital 7 inci, serta skrin infotainmen 8 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.
Dari segi keselamatan, ia hadir dengan ciri asas ADAS seperti Amaran Perlanggaran Hadapan dan Brek Kecemasan Pintar.
Sentuhan Eksklusif Impul Dari Jepun


Edisi Impul ini dibangunkan dengan kerjasama pakar talaan terkenal dari Jepun, Impul, yang memberikan beberapa penambahbaikan reka bentuk seperti logo eksklusif Impul pada bonet, spoiler bampar hadapan dan belakang, kemasan aero (skirt sisi) dan spoiler bumbung.
Paling mencuri tumpuan ialah rim aloi 18 inci Impul Aura SX-50 dalam warna gangsa berkilat, dipadankan dengan tayar Goodyear Eagle F1 (225/45 R18). Rim ini dihasilkan di Jepun dan hanya terhad kepada 50 set sahaja.
Harga Pakej Kemasan Impul Edition

Pakej lengkap Impul Edition ditawarkan pada harga RM8,500:
- Aerokit penuh: RM5,000
- Rim dan tayar: RM3,500
Semua aksesori ini didatangkan dengan waranti selama 3 tahun atau 100,000 km. Khas untuk pembeli awal, pelanggan yang menempah varian VL atau VLT akan menerima aerokit Impul secara percuma. Namun, rim eksklusif yang dinyatakan tadi kekal sebagai pilihan tambahan.
Nissan Kicks e-Power ditawarkan di pasaran pada harga bermula dari RM113,800 untuk varian VL dan RM121,800 untuk varian VLT.
ETCM memaklumkan bahawa penghantaran Impul Edition dijangka bermula Julai 2025. Tempahan kini dibuka di semua pengedar rasmi Nissan seluruh Malaysia.
Baca: Nissan Kicks e-Power CBU Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM113K
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1276
SELANGOR
BSS7139
JOHOR
JC4099J
PULAU PINANG
PSE6762
PERAK
APK6459
PAHANG
CFH4494
KEDAH
KGH5347
NEGERI SEMBILAN
NEL4302
KOTA KINABALU
SJT5355
KUCHING
QAB4024P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lori Minyak Hempap Bezza, Ibu, Anak Terkorban
Ibu, Anak Maut Kereta Dihempap Lori Tangki Minyak Sebelum Terbakar di Temerloh.
15-08-2026
Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini
Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember
14-08-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu
JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.
13-08-2026
Kenapa Kei Car Tak Boleh Dijual Di Malaysia? Ini Sebab Sebenarnya
Sangat Popular Di Jepun, Tapi Kenapa Kei Car Dilarang Dijual Di Malaysia?
13-08-2026
Isu Tiket F1 Sepang Bermula RM200 Tular, Status Masih Belum Sah
Bocor Di Media Sosial: Tiket F1 Sepang Dikatakan Bermula RM200 Khusus Buat Pemegang MyKad!
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat