ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MAS 2025: Tempahan GAC M8 PHEV Dibuka – Anggaran Dari RM333K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-1.jpg


GAC M8 PHEV 


Selain Zeekr 009, MPV mewah lain yang turut dipamerkan di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang kini berlangsung di MAEPS, Serdang ialah GAC M8 PHEV. Tempahan bagi model ini juga sudah dibuka secara rasmi. 


Tempahan Kini Dibuka, Harga Anggaran RM333,000


web_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-2.jpg


MPV hibrid plug-in ini dipamerkan di tapak pameran gabungan GAC Motor dan AION dalam Dewan A. Ia dibawa masuk oleh Warisan Tan Chong Automotif (WTCA) Sdn Bhd yang turut bertindak sebagai pengedar rasmi dan pemasang tempatan.


Model ini pernah dipertontonkan di KLIMS 2024 dan pada awalnya dirancang untuk dilancarkan pada suku pertama 2025. Walaupun lewat daripada yang dijadualkan, tempahan kini rasmi dibuka dengan harga anggaran RM333,000.


Alternatif Mewah Kepada Alphard dan Vellfire


web_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-3.jpgweb_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-4.jpgweb_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-11.jpgweb_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-10.jpgweb_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-7.jpg


 GAC M8 PHEV tampil lebih besar daripada Toyota Alphard dan Vellfire


Ditawarkan dalam dua varian, Premium dan Premium Luxury, MPV mewah gabungan kuasa petrol-elektrik ini berukuran 5,212 mm panjang, 1,893 mm lebar, 1,823 mm tinggi dan jarak roda 3,070 mm, jauh lebih besar daripada Toyota Alphard dan Vellfire. Saiznya hampir sama dengan model elektrik sepenuhnya seperti Denza D9 dan Zeekr 009. 


Jarak Gabungan Lebih 1,000 KM


web_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-5.jpgweb_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-6.jpgweb_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-9.jpg


Dari segi kuasa, model ini dilengkapi enjin petrol turbo 2.0L 4 silinder, dipadankan dengan motor elektrik dan bateri besar yang berkapasiti 25.57 kWj. Gabungan ini menghasilkan kuasa keseluruhan 373 ps dan 630 Nm, dengan transmisi khas hibrid 2 kelajuan (DHT). 


Trenkuasa ini membolehkan jentera membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 8.8 saat dengan penggunaan bahan api serendah hanya 6.05 liter/100 km. Model ini boleh mencapai jarak perjalanan elektrik sepenuhnya sehingga 106 km dan jarak gabungan (tangki dan cas penuh) sehingga 1,032 km. 


WTCA mendedahkan bahawa dengan pengecas pantas DC, tempoh pengecasan adalah sepantas 30 minit, manakala dengan pengecas AC pula mengambil masa kira-kira 3.5 jam.


Kabin Mewah Dengan Kerusi Kapten dan Hiburan Premium


web_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-13.jpg


Ruang kabin GAC M8 PHEV menyerlahkan keselesaan premium dengan konfigurasi tiga baris tempat duduk. Antara ciri menarik yang ditawarkan ialah kerusi kapten di barisan kedua, yang mana penumpang dapat menikmati fungsi urutan, pengudaraan dan pelarasan elektrik, di samping ciri memori dan kehadiran skrin sentuh khas berukuran 5 inci. Turut disediakan ialah skrin berukuran 15.6 inci pada bumbung untuk penumpang belakang. 


web_CariCarz_TA_MAS2025_GAC-M8_-8.jpg


Di sebalik stereng, terdapat skrin digital berukuran 12.3 inci dan skrin infotainment tengah 14.6 inci. GAC M8 PHEV menggunakan sistem audio Yamaha yang terdiri daripada 16 pembesar suara. 


Ciri Bantuan Pemandu Tahap 2


Dari segi keselamatan dan bantuan pemandu, GAC M8 PHEV didatangkan standard dengan keupayaan separa autonomi Tahap 2. Namun, versi Malaysia tidak disertakan sistem ADiGO Pilot yang menyokong Tahap 3 seperti di pasaran luar.


Waranti Komprehensif dan Promosi Awal Pelancaran


web_CariCarz_KS_WhatsApp_MAS2025_GAC-M8_-2.jpg


Untuk jaminan, WTCA menawarkan waranti asas kenderaan selama 5 tahun atau 150,000 km serta waranti bateri hibrid selama 8 tahun atau 150,000 km. Sebagai sebahagian daripada promosi pelancaran, pelanggan terawal layak untuk menerima pakej penyelenggaraan percuma serta kabel pengecasan percuma. 


GAC M8 PHEV kini boleh dilihat secara langsung di Malaysia Autoshow 2025 sehingga 15 Mei ini.

Baca: Apa Yang Menarik Di Malaysia Autoshow 2025 Pada 9-15 Mei Ini

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS1941

SELANGOR

BSU1362

JOHOR

JF184J

PULAU PINANG

PSF9442

PERAK

APL7973

PAHANG

CFH8701

KEDAH

KGJ2994

NEGERI SEMBILAN

NEM1378

KOTA KINABALU

SJU3475

KUCHING

QAB6563P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

27-10-2025
Kereta Baru

10-05-2025
Kereta Baru
Berita Auto
Berita Auto

06-05-2025
Kereta Baru

02-05-2025
Berita Auto

19-05-2025
Berita Auto

13-05-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.