ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Mazda EZ-6 Sports Edition Diperkenalkan Di China – Lebih Agresif & Menyerlah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mazda-EZ6-SportEdition-China-7.jpg


Buat sesiapa yang merasakan Mazda EZ-6 agak ‘membosankan’, kini ada pilihan terbaru. Changan Mazda telah mendedahkan Mazda EZ-6 Sports Edition yang tampil lebih agresif.


Sentuhan Lebih Menyengat


Mazda-EZ6-SportEdition-China-3.jpgMazda-EZ6-SportEdition-China-10.jpgMazda-EZ6-SportEdition-China-12.jpgMazda-EZ6-SportEdition-China-11.jpg


Versi Sports Edition bagi sedan elektrik yang juga dikenali sebagai Mazda 6e di beberapa pasaran antarabanga ini menerima sejumlah penambahbaikan kosmetik yang menyerlah. 


Antara elemen baharu yang paling ketara adalah termasuk penggunaan warna hitam yang kontra pada beberapa bahagian badan seperti bibir depan, skirt sisi, cermin sisi dan aksen bampar belakang. Selain itu, model ini dipasangkan dengan rim aloi 19 inci berwarna hitam berkilat dengan angkup brek merah. 


Baca: Mazda-CATL Sasar Hasilkan EV Baharu Dengan Pantas, Selamat


Kabin Beraura Sporty


Mazda-EZ6-SportEdition-China-1.jpgMazda-EZ6-SportEdition-China-9.jpg


Masuk ke dalam kabin, aura sporty diteruskan dengan penggunaan jahitan dan aksen merah pada kerusi dan panel pintu yang kontra dengan warna kelabu gelap balutan kulit Alcantara pada segenap kabin. Menambahkan lagi gaya sporty kabin ini adalah kehadiran ciri pencahayaan ambien merah dan kemasan bercorak mesh pada konsol tengah. 


Mazda-EZ6-SportEdition-China-2.jpgMazda-EZ6-SportEdition-China-4.jpg


Walaupun tampil dengan gaya baharu, EZ-6 Sports Edition masih mengekalkan ciri-ciri canggih seperti yang terdapat pada model asal yang termasuk skrin infotainmen tengah berukuran 14.6 inci, papar pandu realiti terimbuh (AR-HUD) bersaiz 50 inci yang dikuasakan cip Snapdragon 8155 serta sistem audio Sony 14 pembesar suara untuk pengalaman audio yang membuai jiwa. 


Perubahan Mekanikal Masih Belum Disahkan


Mazda-EZ6-SportEdition-China-5.jpg


Sehingga kini, Changan Mazda belum mengesahkan sebarang naik taraf prestasi bagi Sports Edition ini. Namun, berdasarkan perubahan ketara dari segi rekaan yang telah diberikan, besar kemungkinan versi ini hanya menerima naik taraf kosmetik, bukan mekanikal.


Untuk makluman, Mazda EZ-6 versi standard ditawarkan dalam dua konfigurasi di China iaitu elektrik bateri (BEV) dan kenderaan elektrik penambah jarak (REEV). Versi BEV dilengkapi dengan satu motor elektrik menggerakkan roda belakang (RWD) dengan kuasa 255 hp dan 320 Nm. Dikuasakan oleh bateri LFP berkapasiti 68.8 kWj, dengan cas penuh, boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 600 km (CLTC). 


Sementara itu, versi REEV pula dilengkapi enjin petrol 1.5L bersama motor elektrik 215 hp dan bateri 28.4 kWj. Jarak EV yang mampu dicapai mencecah 200 km, dan jumlah gabungan pula lebih daripada 1,300 km (CLTC). 


Bakal Tiba ke Pasaran Thailand – Malaysia Mungkin Seterusnya?


Mazda-EZ6-SportEdition-China-8.jpg


Harga dan tarikh pelancaran rasmi di pasaran China atau luar negara untuk EZ-6 Sports Edition masih belum diumumkan. Namun begitu, Mazda 6e sudahpun diperkenalkan di Eropah dan dipertontonkan di Bangkok International Motor Show 2025. Ini memberi petunjuk bahawa model ini sudah bersedia untuk menembusi pasaran serantau, dan mungkin juga Malaysia. 

Baca: Auto China 2024: EV Mazda EZ-6 Pengganti Sedan Mazda 6 

Baca: Auto Shanghai 2025: Mazda EZ-60 Didedah, Mungkin Masuk Malaysia?

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX3262

SELANGOR

BSU8354

JOHOR

JG9230J

PULAU PINANG

PSH2199

PERAK

APM7252

PAHANG

CFJ3405

KEDAH

KGJ7119

NEGERI SEMBILAN

NEM5067

KOTA KINABALU

SJV106

KUCHING

QAB9471P

Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

19-05-2025
EV

12-02-2026
EV

19-05-2025
EV

10-04-2025
EV

13-01-2025
Global
EV

14-08-2024

Berita Terkini

EV

Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS

Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.

02-11-2026
EV

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026
EV

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026
EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.