ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Operasi Kereta Api KL–Bangkok Akan Dimulakan Tahun Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

destini-KTMB-1024x576.jpg


Kerajaan merancang untuk mewujudkan perkhidmatan kereta api kargo terus dari Kuala Lumpur ke Bangkok, Thailand dalam usaha memperkukuh hubungan dagangan dua hala serta mengintegrasikan ekonomi serantau.


Perkara itu disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, yang memaklumkan bahawa cadangan tersebut telah mendapat kelulusan Kabinet dan sokongan penuh daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Sebagai Pengerusi ASEAN, kita mahu melihat perdagangan dalam negara ASEAN bertambah banyak bukan sahaja antara Malaysia-Thailand… ada kesalinghubungan antara Kuala Lumpur-Bangkok, boleh juga ke negara lain sampai ke Laos, China mahupun Asia Tengah,”  katanya.


Muhammad-Kifli-Ma-Hassan.---2025-05-05T101357.390.png


Menurut Loke, lawatannya ke Bangkok baru-baru ini telah membuka laluan kerjasama yang lebih erat bersama Thailand. Beliau sempat bertemu dengan Menteri Pengangkutan Thailand, Suriya Juangroongruangkit, yang juga merangkap Timbalan Perdana Menteri negara itu yang memberikan isyarat positif untuk menjayakan inisiatif ini bersama-sama. 


Pelancongan Rel Rentas Negara


Selain perkhidmatan kargo, kedua-dua negara turut berhasrat menghidupkan semula perkhidmatan kereta api penumpang secara langsung dari Kuala Lumpur ke Bangkok tahun ini. 


Loke berkata laluan ini bukan sekadar pengangkutan, malah mampu dijadikan produk pelancongan baharu yang menarik, “Umpamanya kalau ada pelancong luar seperti Eropah, guna kereta api ke Kuala Lumpur boleh terus ke Bangkok guna kereta api, begitu juga sebaliknya, ia juga lebih murah berbanding kapal terbang.


“Walaupun mungkin ambil masa 15 ke 16 jam, ia beri peluang kepada mereka untuk melihat keindahan kawasan luar bandar sepanjang laluan antara kedua-dua negara, ia merupakan pengalaman yang baik dan produk yang saya yakin dapat menarik ramai pelancong untuk guna mod pengangkutan ini,” katanya.


Landasan Sedia Ada, Operasi Boleh Dimulakan Segera


KTM_Rantau_Panjang_02.jpg


Menurut beliau, laluan yang akan digunakan adalah landasan sedia ada yang menghubungkan Bangkok, Padang Besar, Butterworth hingga ke Kuala Lumpur. Oleh itu, tiada keperluan untuk pembangunan infrastruktur baharu secara besar-besaran.


Jelasnya, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan State Railway of Thailand telah diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat persiapan awal untuk memulakan operasi kereta api ini.


Sumber: Malaysia Gazette

Baca: Nak Ke Thailand? Wajib Isi Kad Ketibaan Digital Thailand Dalam Talian

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6251

SELANGOR

BSU2070

JOHOR

JF2285J

PULAU PINANG

PSG1141

PERAK

APL8847

PAHANG

CFH9160

KEDAH

KGJ3391

NEGERI SEMBILAN

NEM1746

KOTA KINABALU

SJU4149

KUCHING

QAB7005P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Projek HSR KL-Singapura Bakal Dilaksanakan Semula?

Kerajaan Negeri Sembilan menyambut baik sebarang usaha dan perancangan untuk menghidupkan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR).

15-12-2023
Berita Auto

Jualan Tiket KTMB Enam Bulan Lebih Awal Bermula Hujung Bulan Ini

Sistem jualan tiket bulanan secara berperingkat diperkenalkan.

28-07-2023
Berita Auto

Kereta Api Rentas Kepulauan Borneo Sedang Dipertimbangkan?

Sarawak telah mengusulkan pembinaan perkhidmatan kereta api merentasi Kepulauan Borneo.

28-05-2023
Berita Auto

Rel Penghubung Malaysia-China Bakal Dibina – Anthony Loke

Pembangunan rangkaian rel yang menghubungkan Malaysia dan China yang bermula Kuala Lumpur atau Johor Bahru sehingga Kunming, China kini sedang dipertimbangkan Kementerian Pengangkutan.

16-03-2023
Global

Penumpang Kereta Api Jakarta 'Diserang' Zombi! Rupanya Ini Satu Strategi...

Penumpang LRT Jakarta diserang zombi? Ini kisah di sebaliknya...

09-09-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.