Toyota bZ4X Facelift Ada Varian Baharu – Touring, EV Paling Berkuasa Toyota

Toyota memperkenalkan varian baharu, bZ4X Touring, di pasaran Eropah, beberapa bulan selepas model facelift asal membuat kemunculan sulungnya. Diperkenalkan sebagai versi lebih lasak, varian ini tampil dengan reka bentuk yang diinspirasikan dari wagon dan jentera off-road.
Sedia Redah Laluan Mencabar

Perubahan paling ketara pada bZ4X Touring terletak pada dimensi badannya. Model ini kini 140 mm lebih panjang dan 20 mm lebih tinggi berbanding varian asal. Bagi menyerlahkan lagi imej off-road, ia turut hadir dengan pelindung bawah badan yang dipanjangkan ke bahagian fender.




Selain itu, terdapat rel bumbung yang kukuh untuk mengangkut barang, serta lampu belakang LED baharu yang tampil dengan bar cahaya lebih tebal.
Jentera ini dipasangkan dengan rim hitam sepenuhnya, yang kontra dengan warna badan yang menyerlah dan eksklusif untuk model ini, Brilliant Bronze.
Kabin Kekal Premium, Ruang But Lebih Luas






Dengan badan yang lebih panjang, ruang but kini mencecah 600 liter, iaitu peningkatan sebanyak 148 liter berbanding versi standard. Bahagian kabin pula masih mengekalkan elemen bZ4X facelift seperti skrin infotainmen 14 inci dan konsol tengah serba baharu dengan penukar gear jenis rotary. Untuk varian Touring, kabin kelihatan elegan dengan warna tema eksklusif City Moss.
Paling Berkuasa Dalam Sejarah EV Toyota

Dari aspek prestasi, bZ4X Touring berkongsi platform e-TNGA yang sama dengan Subaru Trailseeker, dan menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) dua motor. Bezanya kali ini, kedua-dua motor elektrik adalah sama untuk keseimbangan pemanduan lasak yang lebih baik.
Hasilnya, sistem kuasa ini menghasilkan 376 hp, jauh lebih tinggi daripada 338 hp pada bZ4X AWD sedia ada. Ini secara tidak langsung menjadikan bZ4X Touring sebagai EV paling berkuasa keluaran Toyota setakat ini.
Bateri Besar, Cas Pantas

Sama seperti varian lain, bZ4X Touring hadir dengan bateri 74.4 kWj dan menyokong pengecasan AC 11 kW serta DC 150 kW. Namun, jarak pemanduan rasmi berdasarkan standard WLTP masih belum diumumkan.
Pelancaran Dijangka Musim Bunga 2026
Toyota bZ4X Touring dijangka akan mula dipasarkan di Eropah bermula musim bunga tahun 2026, dengan UK sebagai pasaran terawal. Untuk pasaran Amerika Utara, model ini akan dikenali sebagai Toyota bZ Woodland dan turut dijangka tiba sekitar awal 2026.
Baca: Toyota bZ4X Facelift 2025 Diperkenalkan – Cas Lebih Pantas, Jarak Lebih Jauh
Baca: Toyota bZ4X Kini Hanya Dipanggil 'bZ' di AS – Guna Pengecas Tesla
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Jualan Kereta Sept: Perodua Tetap King, Jetour Buat Kejutan
Perodua menerajui carta jualan September 2026.
15-10-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Berita Terkini
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge