UMW Toyota Motor Jadi Penaja Utama Super GT Malaysia 2025

Penganjur acara Super GT Malaysia 2025, Haro Sports and Entertainment mengumumkan bahawa UMW Toyota Motor (UMWT) kini dilantik sebagai penaja utama untuk acara tersebut yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 27 dan 28 Jun akan datang.
Acara Sarat dengan Aksi Perlumbaan



Carz.com.my difahamkan bahawa Toyota Gazoo Racing (TGR) Malaysia bakal menjadi tunjang utama acara ini, dengan Pusingan ke-2 Vios Challenge bagi Toyota Gazoo Racing Festival musim ke-8 turut berlangsung sebagai acara sokongan.


Litar yang sama juga bakal digegarkan dengan perlumbaan sulung GR86 Cup Malaysia yang menampilkan 30 jentera, menjadikannya antara perlumbaan one-make (satu model/spesifikasi sama) terbesar di Malaysia. Untuk acara ini, Bridgestone diumumkan sebagai pembekal tayar rasmi perlumbaan.
Sementara itu, acara utamanya, Super GT, yang membabitkan dua kategori perlumbaan iaitu GT500 dan GT300 bakal memperlihatkan pelumba beraksi dalam dua sesi perlumbaan (10 pusingan setiap satu).

Rakan Pengurusan Haro Sports & Entertainment, Fahrizal Hasan, berkata, “Kerjasama ini menyatukan semangat perlumbaan Jepun dengan budaya permotoran Malaysia. Ia bakal menjadi sambutan luar biasa yang merangkumi kelajuan, budaya dan komuniti.”
Festival Jepun Nihon Matsuri dan Konsert GT Live!

Bukan sekadar aksi di atas litar, Super GT Malaysia 2025 juga akan menyajikan pelbagai aktiviti luar litar termasuk festival budaya dan makanan Jepun, Nihon Matsuri, anjuran Trumpet International.

Paling menarik, Haro Sports turut mengumumkan acara hiburan selepas perlumbaan iaitu GT Live! Concert, menampilkan barisan artis tempatan dan serantau termasuk trio Tenxi, Naykilla & Jemsii (TNJ), kumpulan penyanyi wanita J-Pop dan M-Pop KLP48, Fareed (K-Clique), Sabhi Saddi dan Kaka Azraff. Konsert ini hanya terbuka kepada pemegang tiket rasmi Super GT Malaysia 2025.
Tiket Promosi Serendah RM80 Masih Ditawarkan
Tiket promosi untuk pembeli terawal bermula daripada RM80 masih ditawarkan, dalam jumlah dan masa terhad. Selepas promosi tamat, harga tiket akan bermula daripada RM100 hingga RM5,000, manakala pakej pengalaman premium untuk dua orang ditawarkan pada harga antara RM12,000 hingga RM15,000. Untuk pembelian, layari laman web rasmi di supergtmalaysia.com .
Baca: Tiket Super GT 2025 Malaysia Kini Dijual – Dari RM80 Untuk Yang Terawal
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT7040
SELANGOR
BSP1937
JOHOR
JYU6830
PULAU PINANG
PSB3874
PERAK
APG5980
PAHANG
CFG1956
KEDAH
KGF2948
NEGERI SEMBILAN
NEK1149
KOTA KINABALU
SJR3597
KUCHING
QAB5441N
Terakhir Kemas Kini 17 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta
"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.
17-04-2026
Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?
Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.
17-04-2026
Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.
16-04-2026
Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen
Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.
15-04-2026
15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?
auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!
15-04-2026
Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya
Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.
15-04-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat