BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025. Model coupe dua pintu ini kini hadir dengan enjin yang lebih berkuasa!
BMW M2 2025 diimport sepenuhnya (CBU) dari kilang BMW Group di Mexico dan dijual pada harga RM650,800 termasuk waranti kenderaan selama dua tahun. Bagi yang memilih pakej BMW Service & Repair Inclusive (BSRI) dengan waranti lanjutan lima tahun dan servis, harga meningkat kepada RM693,100.
Peningkatan Kuasa Enjin BMW M2 2025


Model terbaru ini menampilkan enjin ikonik 3.0 liter turbo enam silinder sebaris S58 yang kini menghasilkan 473 hp dan 600 Nm tork, peningkatan sebanyak 20 hp dan 50 Nm berbanding model sebelumnya. Enjin ini masih dipadankan dengan sistem transmisi automatik lapan kelajuan yang menghantar kuasa kepada roda belakang (RWD).
Dengan peningkatan kuasa ini, BMW M2 2025 mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya empat saat tepat, menjadikannya 0.1 saat lebih pantas daripada model sebelum ini. Kelajuan maksimum masih kekal pada 250 km/j.
Ciri Sporty M di Luar & Dalam BMW M2 2025





Identiti sporty eksklusif M pada model ini kekal sama, ini termasuk sistem suspensi adaptif M, differential M Sport, brek M Compound dengan kaliper berwarna merah, serta sistem mod pemanduan M Drive Professional. Rim aloi M ringan bersaiz 19 inci di depan dan 20 inci di belakang juga masih dikekalkan. Selain itu, juga kekal sama ialah bumbung karbon M, pakej M Lights Shadowline dan kemasan hitam berkilat M High-Gloss Shadowline.




Aura sporty juga menyerlah di ruang kabin dengan tempat duduk semi-bucket M Sport dalam balutan kulit Vernasca, tali pinggang keledar M, kemasan gentian karbon, bumbung anthracite, ambang pintu logam yang bercahaya dan stereng kulit M dengan paddle shifter.
Keselesaan & Teknologi pada BMW M2 2025
Walaupun berjiwa sport, BMW M2 2025 turut menawarkan keselesaan moden dengan BMW Live Cockpit Professional yang menggabungkan kluster instrumen digital 12.3 inci dan skrin infotainmen pusat 14.9 inci. Sistem Connected Package Professional membolehkan sambungan tanpa wayar kepada Android Auto dan Apple CarPlay. Pengalaman audio juga cukup mengujakan dengan penggunaan sistem Harman Kardon yang terdiri daripada 14 pembesar suara.

Baca: BMW M5 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Cecah 727 HP, Dari RM1,188,800
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQV4120
SELANGOR
BSP4799
JOHOR
JYV4758
PULAU PINANG
PSB6752
PERAK
APG9547
PAHANG
CFG3341
KEDAH
KGF5224
NEGERI SEMBILAN
NEK2387
KOTA KINABALU
SJR5614
KUCHING
QAB6358N
Terakhir Kemas Kini 29 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Siapa Kata EV Tak Laku? BMW Buktikan Sebaliknya
BMW Group Malaysia sekali lagi membuktikan dominasi mereka sebagai pengeluar kenderaan premium nombor satu di tanah air bagi tahun kelima berturut-turut.
16-01-2026
BMW & UM 'Terangi' Kawasan Pedalaman Guna Bateri EV Terpakai
BMW Group Malaysia mengukuhkan komitmen kelestarian mereka menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaya (UM).
16-01-2026
Harga BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 Diumumkan – CKD, Dari RM218,800
BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga runcit rasmi bagi model baharu BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 yang kini dipasang secara tempatan (CKD).
04-07-2025
Harga BMW X3 20 xDrive M Sport 2025 Diumum, Cuma Berharga RM320,800
BMW Group Malaysia akhirnya mengumumkan harga runcit bagi model serba baharu BMW X3 20 xDrive M Sport 2025, sebentar tadi.
25-06-2025
BMW M340i xDrive M Sport Pro 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM388,800
BMW Group Malaysia terus mengukuhkan barisan model 2025 untuk model 3 Series generasi ketiga (G20) dengan pelancaran rasmi BMW M340i xDrive M Sport Pro versi CKD.
20-06-2025
Ini Yang Menarik Di MY BMW World 2025 – Mula Esok, 13 Hingga 15 Jun
Setelah sedekad berlalu sejak pertama kali dianjurkan, MY BMW World kini kembali menghangatkan dunia automotif tempatan bagi tahun 2025.
12-06-2025
BMW M5 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Cecah 727 HP, Dari RM1,188,800
BMW Group Malaysia hari ini melancarkan sedan sport BMW M5 2025 dengan harga jualan bermula daripada RM1,188,800.
12-06-2025
BMW X3 20 xDrive M Sport Kini Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM349,000
BMW Group Malaysia hari ini melancarkan BMW X3 20 xDrive M Sport yang memperlihatkan reka bentuk yang lebih gah daripada biasa. Ini perinciannya...
12-06-2025
Berita Terkini
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat