CEO Renault Letak Jawatan Untuk Sertai Gergasi Barangan Mewah, Kering

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Renault, Luca De Meo, mengejutkan dunia automotif apabila mengumumkan peletakan jawatannya secara tiba-tiba pada 15 Jun 2025. Dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh pengeluar kereta Perancis itu, De Meo yang berusia 58 tahun dikatakan memilih untuk meninggalkan sektor automotif bagi mencari cabaran baharu.
Menurut beberapa laporan media, De Meo bakal menyertai dan memimpin syarikat barangan mewah terkemuka dunia, Kering. Nama Kering mungkin kurang dikenali, namun jenama-jenama mewah seperti Gucci, Yves Saint Laurent, Balenciaga, Alexander McQueen dan Bottega Veneta berada di bawah lembayung syarikat ini.
Proses Pelantikan CEO Baharu Renault

Lembaga Pengarah Renault telah memulakan proses pelantikan CEO baharu berdasarkan pelan penggantian yang telah dirancang, menurut kenyataan rasmi syarikat.
Lima Tahun Bersama Renault
De Meo menyertai Renault pada Julai 2020 dan sejak itu membawa perubahan besar kepada syarikat. Sebelum ini, beliau pernah memegang jawatan pengerusi di Seat, sebahagian daripada Volkswagen Group.

“Di bawah kepimpinannya, syarikat kami kembali kukuh, dengan rangkaian produk yang mengagumkan dan pertumbuhan yang berterusan. Luca De Meo bukan sahaja seorang pemimpin industri yang luar biasa, malah seorang yang kreatif, berdedikasi, bersemangat dan memberi inspirasi,” kata Pengerusi Renault Group, Jean-Dominique Senard.
De Meo pula berkata, “Dalam tempoh kurang lima tahun, kami berdepan dengan cabaran besar dan mencapai apa yang dianggap mustahil. Hari ini, hasilnya adalah yang terbaik dalam sejarah kami. Saya meninggalkan sebuah syarikat yang telah berubah dan bersedia untuk masa depan, untuk menerapkan pengalaman saya dalam sektor lain dan memulakan pengembaraan baharu.”
Ada Kaitan Dengan Program Perlumbaan Formula 1 Renault?



Peletakan jawatan De Meo menimbulkan persoalan mengenai masa depan program perlumbaan Formula 1 Renault, yang diterajui di bawah jenama Alpine, subjenama kereta sport yang dihidupkan semula oleh Renault.
Salah satu keputusan kontroversi yang dibuat De Meo sebelum ini adalah penamatan program enjin F1 Alpine. Keputusan ini menyebabkan pasukan Alpine kehilangan status sebagai pembuat enjin sendiri (works team) dan terpaksa menjadi pelanggan enjin Mercedes-AMG bermula musim depan. Peralihan ini menandakan perubahan besar dalam strategi teknikal dan perlumbaan Renault di F1.
Terdapat spekulasi bahawa De Meo bersama Flavio Briatore, individu penuh kontroversi lain dalam dunia perlumbaan, membuat tindakan tersebut sebagai strategi untuk memudahkan penjualan pasukan Alpine. Namun, kedua-duanya berulang kali menafikan dakwaan tersebut.
Baca: Roslan Abdullah Letak Jawatan Timbalan CEO Proton, Ainol Azmil Pemangku
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR2246
SELANGOR
BSN4784
JOHOR
JYT4736
PULAU PINANG
PSA6764
PERAK
APG1478
PAHANG
CFF8541
KEDAH
KGE8422
NEGERI SEMBILAN
NEJ8170
KOTA KINABALU
SJQ8834
KUCHING
QAB4319N
Terakhir Kemas Kini 24 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton
Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.
26-02-2026
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X
Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.
26-02-2026
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!
SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.
26-02-2026
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit
Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.
25-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat