ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes AMG GT 63 4Matic+Coupe, Harga Berjuta, 585 Hp

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Hampir dua tahun selepas pelancaran globalnya, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-AMG GT Coupe generasi kedua ke pasaran tempatan., sebentar tadi.

Coupé 2+2 baharu ini hadir dalam satu varian sahaja iaitu  GT 63 4Matic+  dimana ia dijual pada harga RM1,822,888.

image.pngimage.png

Seperti model Mercedes lain di Malaysia, harga ini termasuk waranti standard selama 4 tahun tanpa had perbatuan yang disediakan oleh MBM.

Untuk makluman, Mercedes  GT 63 4Matic+  ini ialah varian pembakaran penuh paling berkuasa dalam barisan AMG GT generasi kedua.

Ia yang disumbat dengan enjin V8 4.0 liter turbo kembar yang dibina dengan buatan  tangan oleh jurutera AMG,dikatakan  mampu menghasilkan kuasa sehingga 585 PS dan 800 Nm.

Enjinnya yang dipadankan dengan transmisi automatik AMG Speedshift MCT 9G sembilan kelajuan, AMG GT 63 4Matic+ mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam hanya 3.2 saat.

image.pngimage.png

Sementara itu, kelajuan maksimum dihadkan kepada 315 km/j.

Seperti mana namanya, coupé ini dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda Mercedes-Benz 4Matic+ yang membolehkan pertukaran antara pacuan belakang dan semua roda.

Ciri mekanikal lain yang melengkapi GT 63 4Matic+ termasuk AMG Active Ride Control dengan penstabil anti-olengan aktif, diferensial belakang dengan fungsi kunci, dan brek prestasi AMG.

image.pngimage.png

Melihat luarannya, AMG GT baharu ini menerima rekaan yang lebih aerodinamik berbanding pendahulunya, dengan lampu utama LED lebih tajam, lampu belakang LED lebih nipis, dan profil sisi yang lebih sporty.

Antara ciri AMG khusus lain yang disertakan termasuk spoiler belakang aktif, pakej AMG Exterior Carbon dan Night, serta rim aloi tempa 21 inci.

image.pngimage.png

Selain spoiler aktif, AMG GT baharu juga menampilkan sistem Airpanel iaitu  sistem kawalan udara aktif dua bahagian dengan bilah menegak aktif di sebalik pengambilan udara bawah bampar hadapan, dan bahagian kedua di sebalik saluran  udara atas.

Bilah aerodinamik aktif ini biasanya tertutup bagi mengurangkan rintangan udara, tetapi boleh dibuka pada kelajuan tinggi untuk menyejukkan komponen tertentu.

Menjengah bahagian kabinnya, AMG GT baharu ini sebenarnya  menawarkan sempurna antara sporty dan pada masa suasana mewah.

image.pngimage.png

Model ini turut dilengkapi dengan  skrin infotainmen tengah berorientasikan potret 11.9 inci dengan aplikasi AMG Performance dan AMG Track Pace, kluster meter digital penuh dengan paparan kepala (HUD) serta grafik khusus AMG, stereng AMG berbalut karbon , tempat duduk bucket AMG Performance di hadapan, dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Berkenaan aplikasi khusus AMG, aplikasi AMG Performance memberi data langsung seperti kuasa dan tork, pecutan lateral, agihan kuasa, tekanan tayar, suhu cecair, dan lain-lain. Manakala aplikasi AMG Track Pace merakam lebih 80 titik data kenderaan seperti kelajuan dan pecutan sebanyak 10 kali sesaat ketika pemanduan.

Tidak ketinggalan, ia juga didatangkan enam mod pemanduan ditawarkan dalam AMG GT 63 4Matic+ baharu ini, iaitu Slippery, Comfort, Sport, Sport+, Individual, dan Race.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW7406

SELANGOR

BSP7344

JOHOR

JYW1732

PULAU PINANG

PSB9940

PERAK

APH2599

PAHANG

CFG4252

KEDAH

KGF7023

NEGERI SEMBILAN

NEK3295

KOTA KINABALU

SJR7506

KUCHING

QAB7205N

Terakhir Kemas Kini 08 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

09-12-2024
Global

04-04-2023
Global

06-10-2022
Global

21-06-2022
Berita Auto

Harga AMG GT, AS$25,000 (RM 109,940)

AMG GT 63 SE Performance Edisi F1 menyertai barisan AMG sempena memperingati ulang tahun Mercedes-55th AMG .

26-05-2022
Global

Imej Risikan SUV Mercedes-AMG EQE, Beberapa Ciri Kereta Terbongkar

Beberapa keping gambar yang menunjukkan sebuah model Mercedes yang dipercayai ialah SUV Mercedes-AMG EQE terdedah.

14-04-2022
Kereta Baru

Jom Tengok Apa Yang Ada Dengan Jentera ini!

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd melancarkan Sedan Kelas-A baru-baru ini.

29-10-2021
Berita Auto

25-05-2021

Berita Terkini

Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Kereta Baru

Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng

Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.

30-04-2026
Kereta Baru

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Kereta Baru

MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000

MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.

24-04-2026
Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.