ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nahas Bas UPSI: Mangsa Dedah Bas Dipandu Laju, Ada Bau Hangit!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Salah seorang  pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terselamat mendakwa bas yang dinaiki mereka dipandu laju serta ada bau hangit ketika tiba di lokasi di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, pagi tadi.

Memetik kenyataan mangsa, Nur Irdina Huri, 22, di akhbar Kosmo sebagai berkata, sewaktu kejadian dia tidak tidur dan mendakwa bas dinaiki dia dan rakan-rakannya itu berbau hangit selain bergerak laju di jalan raya berkenaan.

"Bas terhuyung-hayang semasa menuruni jalan berbukit di lokasi kejadian. Kejadian itu berlaku sangat cepat, tiba-tiba bas sudah terbalik.

“Saya keluar dari bas ikut lubang kecil yang ada tetapi tidak dapat bantu rakan-rakan yang lain walaupun mereka meminta tolong sebab keadaan di lokasi sangat gelap,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

image.png

Terdahulu, media melaporkan seramai 15 individu dilaporkan meninggal dunia ekoran kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, bas yang disewa khas pelajar UPSI untuk pulang ke Tanjung Malim itu telah melanggar belakang Perodua Alza sebelum terbabas dan terbalik di bahu jalan.

MPV tersebut pula dinaiki sepasang suami isteri dan dua anak berusia enam dan tiga tahun yang dalam perjalanan pulang ke Baling.

“Kemalangan itu mengakibatkan 15 pelajar maut manakala 27 pelajar lain cedera. Turut cedera dalam kejadian itu ialah pemandu bas dan pemandu kedua,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, sebentar tadi.

Setakat ini, rakaman percakapan pemandu kedua-dua kenderaan juga masih belum diambil berikutan mereka masih mendapatkan rawatan di hospital


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY4425

SELANGOR

BSV1150

JOHOR

JH4055J

PULAU PINANG

PSH4006

PERAK

APM9459

PAHANG

CFJ4079

KEDAH

KGJ8106

NEGERI SEMBILAN

NEM5839

KOTA KINABALU

SJV1814

KUCHING

QAB197Q

Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tragedi UPSI: Bas Dipandu Dua Kali Ganda Had Laju!

Bas dipandu dua kali ganda melebihi had laju jadi punca nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melayang.

19-07-2025
Berita Auto

Kos Baiki Jalan Bukan Murah: KKR Akui Perlu RM4 Bilion Untuk Baiki Jalan

Percaya atau tidak, Kementerian Kerja Raya (KKR)memerlukan hampir RM4 bilion untuk membaik pulih jalan raya di negara ini secara serentak.

19-06-2025
Berita Auto

Berapa Kematian Libatkan Motosikal?

Kematian Kemalangan 2025: Motosikal Catat 66% Kes.

21-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.

21-08-2026
Berita Auto

Bahana Langgar Lampu Merah, Nyawa 3 Sekeluarga Melayang

Tragedi Maju Junction: Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori Imigresen.

19-08-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.

13-11-2026
Berita Auto

Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.

13-11-2026
Berita Auto

Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.

12-11-2026
Berita Auto

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026
Berita Auto

JPJ Cipta Sejarah

Nombor Pendaftaran Siri H Catat Sejarah, JPJ Kutip RM91.2 Juta.

11-11-2026
Berita Auto

Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.

11-11-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.