ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain Hyundai Santa Fe 2025, penulis berpeluang memandu uji Hyundai Tucson Hybrid Prestige versi facelift yang baru dilancarkan pada awal Julai lalu.  Terima kasih kepada Hyundai Motor Malaysia kerana tidak lupa menjemput Carz.com untuk merasai kedua-dua model terbaharu mereka.

Untuk pasaran tempatan, Hyundai Tucson facelift ini hadir dalam empat varian iaitu:Tucson 2.0 Style: RM143,888, Tucson 1.6T Prime: RM164,888, Tucson 1.6T Prestige: RM186,888 dan Tucson HEV Prestige: RM197,888.

image.png

Bagi sesi pandu uji yang bermula dari Menara Affin, Persiaran TRX, Kuala Lumpur hingga ke Desaru, Johor Bahru, saya dan dua rakan media lain  ditempatkan dalam satu kumpulan. Untuk sesi pertama, kami diberi kunci Hyundai Tucson varian Prestige.

Jadi, saya minta untuk pandu uji dulu model berkenaan memandangkan kedua-duanya wartawan automotif itu adalah lelaki. Mungkin anda selalu membaca rebiu-rebiu mengenai kereta daripada wartawan-wartawan automotif yang kebanyakannya memang otai dalam selok-belok dunia automotif.

Namun ini pula  perspektif seorang  wanita yang sudah berumah tangga dan mempunyai dua anak!

Apa pula pengalaman seorang wanita yang sudah bergelar ibu  yang memandu uji Hyundai Tucson versi facelift? Tinggi sangatlah sampai susah nak masuk? Banyak makan minyak tak?  Besarnya, takutlah nak parkir, takut tak lepas?

Itu antara soalan yang sering kali bermain di fikiran seorang wanita setiap kali sebut mengenai SUV! Betul tak?

Saya bukannya ingin mengangkat nama Tucson secara berlebihan, namun ini komen jujur saya!

Sebagai seorang wanita, ini 4 PERKARA yang ada pasti suka tentang Tucson!

1. NAMPAK SEMPOI TAPI GARANG

nafi-kenderaan-SUV-tidak-boleh-didaftarkan-sebagai-e-hailing-(10).jpg

Sekilas pandang dari sudut hadapan, Hyundai Tucson versi facelift lima tempat duduk ini kelihatan sempoi dan cukup bersahaja, memang down to the earth. Jika diamati dengan dekat,  baru nampak garisan tajam pada bonet dan sisi badan. Bak kata orang putih, simplicity is charm, dan itu yang buat Tucson ini nampak cool tanpa perlu cuba terlalu keras.

Selain garisan tajam seolah-olah bentuk V terbalik yang  terukir di luar pintu, penampilan itu sebenarnya membuatkan ia kelihatan agresif dan garang. Dari sini, saya dapat menilai, ia sebenarnya bukanlah sekadar SUV harian untuk ke pasar atau hantar anak ke sekolah atau tuisyen.

Selain itu, model facelift ini menunjukkan Hyundai kali ini  tampil dengan reka bentuk yang lebih berevolusi sehingga berjaya menampilkan sebuah SUV yang memiliki rupa paras yang agak berani.

Di sebalik itu, mungkin tertanya-tanya apa yang baru mengenai Tucson facelift ini?

tuc10.JPG

Untuk pengetahuan anda, bampar depan model facelift ini telah diolah semula untuk menjadi lebih bersegi manakala bahagian bawahnya yang berwarna silver membuatkan  ia lebih menonjol. Selain bampar, gril hadapannya juga telah direka semula.

tuc9.JPG

Lebih menarik susunan lampu siang (DRL) kini berkurang daripada empat kepada tiga unit LED yang disusun secara menegak.  Tidak ketinggalan, reka bentuk lampu nyalaan siang (DRL) turut dikemaskini, hanya menggunakan tiga modul LED yang lebih besar dan bulat berbanding empat pada model sebelumnya

Malah gril radiator Parametric Jewel Lighting juga dipadankan dengan logo Hyundai tersembunyi, lampu depan jenis LED  dengan sistem Intelligent Front Lighting System (IFS) namun difahamkan ia hanya tersedia dalam varian Prestige dan Prestige HEV sahaja.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian belakangnya, ia hadir dengan Parametric Jewel Lighting seolah-olah butiran berlian menghiasi bahagian belakangnya dan kedudukan lampu belakangnya yang bersegi dipasang secara menegak, membuatkannya ia seolah-olah berbentuk T manakala lambang Hyundai disepadukan ke dalam cermin belakang. Lampu kiri dan kanannya betul-betul terletak di bahagian bawah tetapi hujung sekali.

tuc16.JPGtuc24.JPG

Ruang but pula menawarkan 539 liter kapasiti asas, yang boleh dipertingkatkan kepada 1,903 liter dengan merebahkan tempat duduk belakang. Mengenai rim, Hyundai Tucson hadir dengan pilihan rim 17”, 18” dan 19” inci.

tuc12.JPG

Dari segi dimensi, Hyundai Tucson berukuran 4,640mm panjang, 1,865mm lebar dan jarak roda sepanjang 2,755mm. Patutlah kabin luas!

2. KABIN LUAS, SANGAT SELESA

Sebaik melangkah masuk ke kabin, suasana kabinnya cukup santai, tiada komponen atau warna yang menyerlah namun rekaan papan pemukanya telah diolah semula.  Hasil rekaan di bahagian papan pemuka dan panel pintu dilihat menuntut ketelitian tinggi dan pastinya agak mencabar.

image.png

Biarpun nampak berlapis, namun hasil rekaan model ini wajar dipuji. Jika Tucson generasi keempat dipasang dengan skrin infotainmen 8 inci namun model facelift ini pula hadir dengan skrin  lengkung digital HD 12.3 inci, sistem pendingin hawa dua zon kawalan sentuhan 6.6 inci disorokkan, pencahayaan ambien, sambungan Apple CarPlay serta Android Auto dan pengecas telefon tanpa wayar. 

tuc6.JPG

Antara penambahbaikan lain yang dilakukan ialah ia hadir dengan konsol terapung, reka  bentuk stereng juga baharu kerana ia tampil lebih ringkas dengan tiga jejari dan tiada sebarang logo Hyundai.

Antara ciri unik ialah Fingerprint Authentication yang membolehkan pemandu mengakses kereta dengan lebih pantas dan peribadi tak perlu kunci, hanya sentuh dan pandu.

Bergerak ke tempat duduk belakang, saya dapati ruang kepala dan kaki kenderaan ini agak mengagumkan. Kedua -dua aspek ini adalah faktor penting yang sangat mempengaruhi tahap keselesaan penumpang terutama ketika mengharungi perjalanan jauh. Sebagai penumpang belakang, anda jangan risau, kerana anda boleh duduk secara tegak tanpa merasakan tekanan bumbung yang rendah. 

WhatsApp-Image-2025-10-14-at-17.49.52.jpegWhatsApp-Image-2025-10-14-at-17.49.52-(1).jpeg

Ketika duduk di belakang,  saya dapat menikmati postur tempat duduk yang cukup santai, sedikit sebanyak dapat mengurangkan keletihan selepas keluar dari kesesakan teruk di ibu kota.

Secara keseluruhan, pada pandangan penulis, model ini mempunyai kelebihan tersendiri terutama kepada mereka yang meminati SUV lima tempat duduk yang ‘up-to-date’.

3. CIRI KESELAMATAN CANGGIH TETAPI TIDAK MEMENINGKAN

Untuk makluman anda, SUV ini juga cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan. Kesemua varian Tucson juga hadir dengan tahap perlindungan tinggi menerusi suite bantuan pemandu Hyundai SmartSense, termasuk:Bantuan Kekal Lorong (LKA), Ikut Lorong (LFA), dan Amaran Perhatian Pemandu, Bantuan Elak Rempuhan Hadapan (FCA) termasuk pengesanan kenderaan, pejalan kaki, penunggang basikal serta ciri pusingan di simpang dan Pemantauan Titik Buta (BCA).

Terdapat juga Amaran Lintasan Belakang (RCCA), dan Bantuan Keluar Selamat (SEW), Kawalan Cruise Pintar dengan fungsi Stop & Go Pemantauan Pandangan Sekeliling (SVM) dengan panduan parkir dinamik (Prestige sahaja).

Ciri keselamatan yang ada pada model ini pastinya tidak akan memeningkan kepala kerana ia tidaklah bertindak secara berlebihan sehingga menggangu pemanduan anda!

Bagi saya ciri-ciri keselamatan adalah yang asas dan mudah dikendalikan.

4. PEMANDUAN LANCAR!

tuc21.JPG

Dari aspek trenkuasa, enjin 2.0 liter dikatakan mampu menghasilkan kuasa setakat  156 PS dan tork 192 Nm, kerana dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan. 

Untuk varian turbo, ia disumbat dengan 1.6 liter dimana enjinnya mampu menghamburkan kuasa setakat 180 PS dan 265 Nm, dipadankan bersama transmisi klac berkembar tujuh kelajuan. 

image.png

Sementara itu, varian  hibrid pula menggunakan enjin 1.6 liter turbo bersama motor elektrik, yang secara keseluruhannya menghasilkan 235 PS dan 367 Nm, dengan transmisi automatik enam kelajuan.

Memandangkan unit pandu uji saya adalah hybrid, hamburan kuasanya cukup bertenaga, anda tidak perlu menekan pedal sampai habis untuk memecut sebaliknya dengan pecutan biasa pun, sudah memadai.

Pendek kata, enjinnya ada tenaga untuk kejar SUV-SUV lain di atas jalan raya, tidaklah begitu semput. Saya juga sempat memandu dalam keadaan hujan lebat ketika kami menuju dari Desaru ke Iskandar Puteri, nampaknya Tucson menawarkan pemanduan cukup tenang, sterengnya masih boleh terkawal walaupun sesekali tayar terlanggar lopak air. Ini mungkin kerana  model ini menggunakan sistem 4WD. 

image.png

Malah, saya juga tertarik dengan Tucson kerana model ini tidak langsung terbuai walaupun angin kuat dan hujan lebat. Satu lagi, bunyi anginnya juga tidak begitu ketara Tahniah Hyundai.

Bagi yang berminat, Hyundai Tucson Facelift 2025   ditawarkan dalam 4 pilihan warna iaitu Phantom Black Pearl, Creamy White Pearl, Titan Gray Metallic dan Ocean Indigo Pearl. Prestige menerima Amazon Gray Metallic sebagai pilihan warna tambahan.

Walaupun, harganya dikatakan keras namun ia sebenarnya bukan sekadar sebuah SUV yang mempunyai banyak fungsi, keluaran ini juga menunjukkan komitmen Hyundai terhadap reka bentuk dan inovasi. 

Bagi saya, ia adalah model yang nampak tenang  tetapi diam-diam ubi berisi. Sebab itulah saya berpendapat, ini adalah antara SUV paling ideal untuk golongan hawa kerana ia bukan sahaja sesuai untuk kegunaan tetapi perjalanan jauh. Senyap, tenang, selesa, itulah Tucson!

Apa pula pendapat anda? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPV1031

SELANGOR

BSJ4259

JOHOR

JYJ1790

PULAU PINANG

PRU7284

PERAK

APB7058

PAHANG

CFD7240

KEDAH

KGC5815

NEGERI SEMBILAN

NEH3537

KOTA KINABALU

SJN857

KUCHING

QAB3326M

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.60

RON 97

RM 3.18

-0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.93

EURO 5 B7

RM 3.13

Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Rakan Mobiliti Rasmi Selangor FC Musim 2025-2026

Hyundai Motor Malaysia Rakan Mobiliti Rasmi Selangor FC Musim 2025-2026

Hyundai Motor Malaysia (HMY) muncul sebagai ‘Rakan Mobiliti Rasmi’ bagi pasukan bola sepak Selangor FC untuk Liga Super Malaysia (MSL) 2025-2026.

10-08-2025
Berita Auto
Tubuh HMY: Hyundai Bakal Perkenal 3 Model Baharu CKD Pada Suku Ketiga 2025

Tubuh HMY: Hyundai Bakal Perkenal 3 Model Baharu CKD Pada Suku Ketiga 2025

Hyundai Motor Company (HMC) melakar satu lagi sejarah dengan menubuhkan rasmi Hyundai Motor Malaysia (HMY) sekali gus menandakan jenama ini mula mengendalikan operasi secara terus tanpa orang tengah.

18-06-2025

Berita Terkini

Pandu Uji
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?

Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.

14-10-2025
Pandu Uji
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!

Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.

13-10-2025
Pandu Uji
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!

Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.

22-09-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.

21-09-2025
Pandu Uji
Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!

Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.

22-08-2025
Pandu Uji
Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13

Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.

31-07-2025
Pandu Uji
Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty

Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...

30-06-2025
Pandu Uji
Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!

Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.

27-06-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.