Volvo Cars Perkenal Tali Pinggang Keledar Multi Adaptif pertama di dunia Untuk Volvo EX60

Volvo Cars bakal memperkenalkan teknologi pertama di dunia, tali pinggang keledar multi-adaptif yang akan disediakan dalam model Volvo EX60, mulai tahun depan nanti.
Tali pinggang keledar multi-adaptif ini mampu memanfaatkan input daripada sensor dalaman dan luaran untuk menyesuaikan tahap perlindungan.


Ia boleh diubah suai mengikut situasi serta profil individu seperti ketinggian, berat badan, bentuk tubuh dan posisi duduk mereka.
Keupayaan ini dicapai dengan meningkatkan bilangan variasi profil had beban secara signifikan — profil ini berperanan untuk mengawal daya hentakan ke atas tubuh penumpang semasa kemalangan.
Sementara it, Ketua Pusat Keselamatan Volvo Cars, Åsa Haglund berkata, tali pinggang keledar multi-adaptif ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam keselamatan automotive.
"Ini adalah n bukti bagaimana kami memanfaatkan data masa nyata untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa.Ia juga merupakan naik taraf besar kepada tali pinggang keledar tiga titik moden — ciptaan Volvo sejak 1959 yang dianggarkan telah menyelamatkan lebih sejuta nyawa," katanya.


Difahamkan, tali pinggang keledar moden ini menggunakan pengehad beban untuk mengawal daya hentakan ke atas tubuh manusia semasa pelanggaran.
Teknologi baharu ini mengembangkan profil had beban daripada tiga kepada sebelas, dengan pelbagai tetapan tambahan yang membolehkan prestasi dioptimumkan mengikut situasi dan individu.
Berbeza dengan sistem biasa, tali pinggang keledar multi-adaptif ini boleh memanfaatkan data daripada pelbagai jenis sensor termasuk sensor luaran, dalaman dan sensor kemalangan.
Dalam sekelip mata, sistem kenderaan akan menganalisis ciri-ciri unik pelanggaran seperti arah hentaman, kelajuan, dan postur penumpang. Maklumat ini akan dikongsi dengan sistem tali pinggang keledar untuk memilih tetapan yang paling sesuai.
Keupayaan tali pinggang keledar multi-adaptif ini direka untuk terus diperbaharui menerusi kemas kini perisian OTA. Apabila lebih banyak data dan pandangan dikumpulkan oleh Volvo Cars, kenderaan akan menjadi lebih pintar dalam memahami penumpang, senario baharu dan strategi tindak balas yang lebih tepat.
Tali pinggang keledar baharu ini sebenarnya berfungsi seiring dengan beg udara, sistem pengesanan penumpang dan sistem bantuan pemandu. Kesemua ini bergabung untuk memberikan perlindungan yang lebih menyeluruh, meningkatkan keberkesanan sistem, serta meminimumkan risiko kecederaan lanjutan.
Teknologi ini telah diuji dan dibangunkan di makmal pelanggaran Volvo Cars Safety Centre, yang menyambut ulang tahun ke-25 tahun ini.

Di makmal tercanggih ini, jurutera keselamatan Volvo boleh mencipta semula hampir semua jenis kemalangan jalan raya dan menjalankan ujian yang melebihi keperluan peraturan rasmi.
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian kenderaan elektrik Volvo Car Malaysia, layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook di bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di bit.ly/VolvoMY-IG.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat