BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.
BMW iX Baharu mengekalkan identiti reka bentuk ikoniknya, namun model ini juga tampil dengan kidney grille dengan garis pepenjuru dan sentuhan visual yang lebih anggun.

Grilnya diserlahkan lagi dengan BMW Iconic Glow, yang menyala lembut apabila pintu kenderaan dibuka atau ditutup.
Ciri ini diperkenalkan buat pertama kalinya pada model ini. Lampu utama adaptif LED baharu dengan fungsi bantuan lampu tinggi turut ditambah baik dengan dua lampu condong pada setiap sisi yang meningkatkan tahap pencahayaan dan mengurangkan silau, sekali gus mengukuhkan penampilan dinamik model ini.

BMW iX xDrive45 Sport Baharu pula didatangkan dengan rim aerodinamik bersaiz 21-inci jenis 1012 Bicolour 3D kemasan berkilat, yang menyerlahkan profil sporty sisi kenderaan serta meningkatkan kecekapan aerodinamik.
Model ini juga dilengkapi dengan pencahayaan ambien dan bumbung kaca panorama Sky Lounge, sistem audio Harman Kardon dengan 18 pembesar suara berkuasa 655 watt.


Malah, model juga turut dilengkapi dengan kerusi pelbagai fungsi untuk pemandu, sistem akses keselesaan, ruang storan untuk pengecasan tanpa wayar, serta sistem penyaman udara automatik dengan kawalan empat zon sebagai ciri standard.


Sementara itu, ciri ketersambungan untuk kedua-dua model merangkumi panggilan kecemasan pintar, telekhidmat, perkhidmatan ConnectedDrive, pakej sambungan profesional dan integrasi telefon pintar sebagai ciri standard.
BMW iX xDrive45 Sport Baharu hadir dengan rangkaian kuasa 300 kW (408 hp) dan tork 700 Nm, membolehkan pecutan 0 sehingga 100 km/j dicapai dalam hanya 5.1 saat, dengan kelajuan maksimum 200 km/j. Model ini menawarkan jarak pemanduan elektrik sehingga 602 km (WLTP).

Dengan bateri berkapasiti kasar 100.6 kWh, kadar pengecasan turut dipertingkatkan secara signifikan, kini menyokong pengecasan pantas arus terus sehingga 175 kW, iaitu peningkatan sebanyak 25 kW berbanding model sebelumnya (BMW iX xDrive40). Peningkatan ini membolehkan pemulihan jarak sehingga 166 km dalam hanya 10 minit pengecasan berkuasa tinggi.
Sebagai sebahagian daripada sistem akses keselesaan, model ini juga hadir dengan Kunci Digital Plus BMW Sistem ini merangkumi kunci fizikal, kad penyediaan dan kad servis, bagi proses pemasangan dan pengaktifan yang mudah.


Denganmenggunakan Kad Penyediaan, pengguna hanya perlu mendekatkannya ke telefon pintar atau mengimbas kod QR untuk mengaktifkan kunci digital. Ciri ini membolehkan sehingga 18 kunci digital dikongsi bersama pengguna lain, dengan tetapan peranan dan had tertentu seperti kelajuan atau pecutan.
Selain itu, sistem juga membolehkan kawalan fungsi kenderaan dilakukan melalui aplikasi My BMW. Kad Servis pula membolehkan peralihan semula ke penggunaan kunci fizikal sekiranya diperlukan untuk tujuan penyelenggaraan atau kecemasan.
Daripada segi bantuan pemanduan, ia hadir secara standard dengan Bantuan Pemanduan Profesional dan Bantuan Parkir Plus, iaitu sistem bantuan pemanduan canggih yang memberikan pengalaman pemanduan yang lebih mudah.
Eksklusif untuk setiap model, BMW iX xDrive45 Sport Baharu turut tersedia dalam warna luaran Alpine White dan Sophisto Grey, dengan pilihan warna ruang dalaman Atelier Oyster, Atelier Mocha atau Atelier Black.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQQ1659
SELANGOR
BSN3367
JOHOR
JYT1498
PULAU PINANG
PSA4874
PERAK
APF9094
PAHANG
CFF7343
KEDAH
KGE7324
NEGERI SEMBILAN
NEJ7530
KOTA KINABALU
SJQ7590
KUCHING
QAB4013N
Terakhir Kemas Kini 14 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!
Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.
21-01-2026
BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K
BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.
15-01-2026
BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia
BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.
15-01-2026
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik
Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.
10-11-2025
Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800
BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.
21-07-2025
BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800
Pameran MY BMW World 2025 yang kini sedang berlangsung menyaksikan kemunculan model BMW M terbaru, iaitu versi facelift bagi BMW M4 Competition M xDrive (G82).
13-06-2025
BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800
Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.
13-06-2025
Dilancar: BMW 330i M Sport, BMW 320i Sport CKD, Harga Bermula Dari RM290K Sahaja
Bagi meraikan ulang tahun ke-50 BMW 3 Series, BMW Malaysia turut melancarkan dua model BMW 3 Series 2025 , BMW 320i Sport dan 330i M Sport, sebentar tadi.
12-06-2025
Berita Terkini
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2
Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,
13-03-2026
Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar
Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?
11-03-2026
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu
Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.
09-03-2026
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.
06-03-2026
Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K
OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.
05-03-2026
Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.
04-03-2026
Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888
Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.
04-03-2026
Langkah Berani Honda Malaysia: Tawar 2 Varian e:HEV Honda CR-V 2026
Honda Malaysia mengambil langkah berani apabila menawarkan dua varian hibrid e:HEV E dan e:HEV RS, sekali gus mengukuhkan komitmen Honda untuk membawa mobiliti elektrik.
03-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat