BYD Atto 2 Dipertontonkan – Apa Yang Boleh Kita Jangkakan?
-full_normal.jpg)
BYD Cars Malaysia pada 19-20 Julai telah mempertontonkan SUV elektrik kompaknya, BYD Atto 2, yang bakal dilancarkan secara rasmi di pasaran negara pada 24 Julai nanti. Semasa sesi pratonton yang diadakan di Setia City Convention Centre itu, orang ramai dapat melihat dengan terperinci rekaan luarannya.
Kedudukan Atto 2 Dalam Barisan SUV Elektrik BYD

Atto 2 diletakkan antara model Dolphin dan Atto 3 dalam portfolio BYD, sebagai sebuah SUV dalam bentuk badan lebih kompak, dalam pakej badan yang bergaya, sempurna untuk kegunaan bandar.
Dipacu oleh platform e-Platform 3.0 terkini BYD, model yang dikenali sebagai Yuan Up di China ini juga telah diberikan pendedahan ringkas (teaser) di pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) lain seperti Thailand dan Australia, tetapi Malaysia adalah negara ASEAN pertama yang menerima SUV ini.
Spesifikasi & Prestasi BYD Atto 2

Di peringkat global, Atto 2 hadir dengan pilihan bateri 45 kWj atau 51 kWj, kedua-duanya mampu memberikan jarak perjalanan elektrik melebihi 300 km mengikut piawaian WLTP. Bateri berkapasiti kecil, 32 kWj, yang ditawarkan di China dijangka tidak akan ditawarkan di Malaysia kerana jarak perjalanan yang begitu terhad.


SUV elektrik ini dikuasakan oleh motor elektrik depan yang menghasilkan 174 hp dan tork 290 Nm. Ia mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 7.9 saat, cukup lincah untuk kegunaan harian di kawasan bandar.
Kabin Praktikal & Moden
Bahagian kabinnya direka untuk keselesaan dan fungsi, menawarkan ruang but sebanyak 400 liter yang boleh diperluaskan hingga 1,340 liter apabila kerusi belakang dilipat.
Varian lebih tinggi pula dilengkapi skrin infotainmen putar bersaiz 12.8 inci, lampu ambien, pengecas tanpa wayar, tempat duduk dengan fungsi pemanasan serta kamera pandangan sekeliling.
Jangkaan Harga Jualan BYD Atto 3


Di China, Atto 2 dijual pada harga sekitar RM62,000, tetapi polisi harga EV di Malaysia yang menetapkan RM100,000 sebagai harga minimum untuk kenderaan import (CBU) menyebabkan harga jualannya dijangka lebih tinggi. Namun, Atto 2 bakal menjadi SUV BYD paling mampu milik dalam pasaran tempatan, di bawah model Atto 3.
Buat masa ini, Atto 2 tiada pesaing elektrik secara langsung dalam segmennya, kerana model seperti Kia EV3 dan Hyundai Kona Electric tidak dijual di Malaysia. Bagaimanapun, Atto 2 dijangka bersaing dengan SUV enjin pembakaran dalaman (ICE) dan hibrid seperti Proton X50, Omoda 5 dan Honda HR-V.
Pengalaman Pandu Uji BYD Atto 2

Sebaik pelancarannya nanti, orang ramai berpeluang untuk pandu uji model ini di Heritage Valley,Kuala Lumpur bermula 25 hingga 27 Julai.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4934
SELANGOR
BSU3493
JOHOR
JF5210J
PULAU PINANG
PSG3210
PERAK
APM1537
PAHANG
CFH9844
KEDAH
KGJ4157
NEGERI SEMBILAN
NEM2445
KOTA KINABALU
SJU5013
KUCHING
QAB7415P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge