Lamborghini Temerario GT3 Diperkenalkan – Versi Litar, 523 HP

Hampir setahun selepas pelancaran supercar hibrid plug-in V8, Lamborghini Temerario, pengeluar kereta sport mewah Itali ini memperkenalkan jentera tersebut dalam versi litar, GT3, yang dinamakan Lamborghini Temerario GT3 semasa acara Goodwood Festival of Speed hujung minggu lalu.
Jentera beprestasi tinggi ini dibangunkan sepenuhnya di kilang Lamborghini di Sant’Agata Bolognese. Menurut Lamborghini, ini membolehkan “integrasi strategik kejuruteraan berorientasikan perlumbaan daripada fasa reka bentuk yang terawal."
Rekabentuk Aerodinamik Lamborghini Temerario GT3


Temerario GT3 menampilkan badan komposit karbon yang direka bersama oleh pasukan motorsport Squadra Corsa dan pusat reka bentuk Lamborghini, Centro Stile.
Pelbagai elemen aerodinamik disematkan pada jentera ini. Di bahagian hadapan, terdapat pemecah udara (splitter), sirip kecil (canard) yang diperbuat daripada gentian karbon, komponan ambilan udara baharu dan hud dengan corong pengudaraan. Di sudut yang sama terdapat lampu tengah seperti pada model Sterrato.


Bahagian sisi pula dilengkapi tingkap yang direka ringan, fender dengan ciri pengudaraan dan skirt sisi yang kelihatan agresif. Model ini dipasangkan dengan rim ringan berukuran 18 inci daripada Ronal AG. Di belakang, sebagai sebuah kereta lumba, model ini dipasangkan dengan ciri penting yang membantu prestasi seperti penyebar udara (diffuser) besar dan spoiler GT.
Penambahbaikan Teknologi & Struktur Lamborghini Temerario GT3


Walaupun tiada imej rasmi dikeluarkan, Lamborghini mengesahkan Temerario GT3 dilengkapi sistem sangkar keselamatan yang lengkap dan stereng baharu yang dibangunkan berdasarkan maklum balas pelumba.
Dari segi mekanikal, ia menggunakan casis kerangka ruang (spaceframe) aluminium yang diubah suai untuk memenuhi keperluan struktur dan kemudahan penyelenggaraan bagi perlumbaan. Selain itu, beberapa pengubahsuaian ringan turut dilakukan, antaranya membuang bracket hibrid yang tidak diperlukan dan melakukan perubahan supaya komponen dapat dikeluarkan dan digantikan dengan pantas semasa di litar.


Temerario GT3 menampilkan sistem suspensi perlumbaan baharu dengan penyerap hentak enam hala dari KW, serta jarak roda yang lebih lebar dan jarak roda yang lebih panjang berbanding model Huracan GT3 Evo 2.
Baca: Polis Itali Guna Lamborghini Huracán Hantar Buah Pinggang Dalam 1 Hari, Perjalanan Hampir 600KM!
Ciri Mekanikal Lamborghini Temerario GT3 Khas Untuk Litar


Perubahan paling ketara ialah ketiadaan sistem PHEV dan motor elektrik hadapan, digantikan dengan enjin V8 4.0 liter turbo kembar yang sama seperti versi jalan raya, tetapi dengan turbo lebih kecil dan kotak udara (airbox) yang direka semula. Kuasa maksimum kini hanya 523 hp, hampir 400 hp kurang berbanding 907 hp pada model Temerario standard.


Walaupun kuasa berkurangan, Temerario GT3 menerima peningkatan lain seperti sistem ekzos Capristo, unit kawalan enjin yang diberikan talaan semula, sistem pengisian bahan api yang dipertingkatkan untuk pit stop lebih pantas dan sensor bahan api baharu untuk bacaan lebih tepat.
Perlumbaan Pertama Mac 2026 Nanti
Lamborghini Temerario GT3 dijangka membuat kemunculan sulungnya dalam acara perlumbaan 12 Hours of Sebring pada Mac 2026. Model ini bakal ‘menggalas tanggungjawab besar’ menggantikan Huracan GT3 Evo 2 yang telah memenangi sejumlah 96 kejuaraan dengan lebih 200 unit dihantar ke seluruh dunia sepanjang hayatnya.
Baca: Lamborghini Temerario Kini Pengganti Huracan – Hibrid, 907 HP!

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW4724
SELANGOR
BSP6477
JOHOR
JYV9107
PULAU PINANG
PSB9042
PERAK
APH1924
PAHANG
CFG4016
KEDAH
KGF6517
NEGERI SEMBILAN
NEK2987
KOTA KINABALU
SJR7078
KUCHING
QAB7054N
Terakhir Kemas Kini 05 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat