- Berita
- Berita Auto
- Persatuan Penduduk Gesa Kerajaan Selangor Batal Kutipan Parkir Oleh Syarikat Swasta
Persatuan Penduduk Gesa Kerajaan Selangor Batal Kutipan Parkir Oleh Syarikat Swasta

Pertubuhan PJ Sejahtera dan Persatuan Petaling Jaya Lestari, menyeru kerajaan Selangor supaya membatalkan konsesi yang diberikan kepada sebuah syarikat untuk mengambil alih kutipan dan penguatkuasaan bayaran parkir di Petaling Jaya serta tiga lagi kawasan lain bermula 1 Ogos ini.
Kutipan Parkir Hak Pihak Berkuasa Tempatan

Menurut kedua-dua persatuan masyarat tersebut, kutipan parkir adalah sumber milik pihak berkuasa tempatan (PBT) dan hasil yang diperoleh harus disalurkan terus kepada majlis yang menguruskan kawasan tersebut demi manfaat penduduk setempat. Mereka juga menuntut kerajaan negeri mendedahkan proses pemilihan vendor serta dokumen perolehan termasuk kontrak akhir yang dimeterai.
Mereka menegaskan kerajaan negeri perlu mengesahkan semula hak PBT untuk mengurus sepenuhnya kutipan parking dalam bidang kuasa masing-masing. Difahamkan, Petaling Jaya berpotensi kehilangan sehingga RM10 juta setahun akibat konsesi ini, selain kuasa PBT untuk mengutip bayaran parking mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 turut terhakis.
Siasatan Perlu Dijalankan
Mereka turut menggesa agar satu siasatan awam diadakan bagi menjelaskan bagaimana keputusan menswastakan kutipan parkir di empat PBT ini dibuat. Kekurangan ketelusan amat membimbangkan kerana tiada sebarang rundingan awam diadakan sebelum pelantikan syarikat tersebut.
“Isu ini bukan hanya mengenai parkir, tetapi juga soal tanggungjawab awam, penghormatan terhadap autonomi kerajaan tempatan dan pengurusan sumber serta kewangan yang amanah dan telus,” kata mereka.
PJ Sejahtera merupakan gabungan persatuan penduduk, pertubuhan masyarakat sivil dan pihak berkepentingan lain yang berusaha memastikan pembangunan yang mampan, adil dan melibatkan penyertaan komuniti. Manakala Persatuan Petaling Jaya Lestari adalah sebuah NGO yang memperjuangkan pembangunan lestari, kelestarian ekologi dan tadbir urus yang telus.
Perincian Konsesi Kutipan Parkir Oleh Kerajaan Negeri

Minggu lalu, EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim, mengumumkan bahawa syarikat Rantaian Mesra Sdn Bhd akan mengambil alih tanggungjawab kutipan dan penguatkuasaan bayaran parkir di empat PBT bermula 1 Ogos 2025 melalui sistem Smart Intelligent Parking (SIP).
Hasil kutipan akan diagihkan secara adil dengan 50% diberikan kepada syarikat konsesi manakala baki 50% disimpan oleh kerajaan negeri. Daripada bahagian kerajaan negeri, 40% akan disalurkan kepada PBT manakala 10% lagi kepada MBI Selangor.
Ng menjelaskan syarikat tersebut dipilih melalui proses tender terbuka yang menerima 26 penyertaan awal sebelum tiga syarikat disenarai pendek. Rantaian Mesra dianugerahkan kontrak bagi fasa awal pelaksanaan sistem SIP yang melibatkan PBT Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Selayang.
Ng turut menyatakan inisiatif ini adalah sebahagian daripada strategi kerajaan negeri untuk meningkatkan hasil kutipan parking yang kini hanya mencapai sekitar 30% daripada 1,000 ruang parkir yang ditetapkan.
Sumber: FMT
Baca: Kutipan Parkir MBPJ, MBSJ, MBSA & MPS Diserahkan Kepada Syarikat Konsesi
Baca: MBSA: Parkir Percuma, "Golden Parking" Untuk Warga Emas
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8215
SELANGOR
BSU3986
JOHOR
JF6629J
PULAU PINANG
PSG4133
PERAK
APM2293
PAHANG
CFJ1053
KEDAH
KGJ4585
NEGERI SEMBILAN
NEM2740
KOTA KINABALU
SJU5414
KUCHING
QAB7512P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge