Brabus Rocket GTC – Sebuah 'Hyper Gran Turismo Cabrio' Capai 986 HP
Brabus, firma talaan terkenal dari Jerman, memperlihatkan hasil rekaan terbarunya yang dibangunkan berdasarkan model Mercedes-AMG SL Roadster semasa acara Monterey Car Week baru-baru ini. Model yang dinamakan Brabus Rocket GTC ini muncul dalam bentuk sebuah ‘hyper gran turismo cabrio’ atau sebuah kereta sport bumbung terbuka yang berprestasi tinggi.
Karbon Merah Yang Menyerlah
.jpg)
Versi keluaran Brabus ini tampil menyerlah dengan penggunaan elemen serat karbon berwarna merah. Aura ‘garang’ makin ketara dengan rekaan lekukan roda yang besar di bahagian depan dan belakang, penggunaan bampar hadapan dan belakang baharu, serta spoiler belakang bergaya ducktail.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Model ini dipasangkan dengan rim lima jejari centrelock bersaiz 21 inci di depan dan 22 inci di belakang yang lengkap dengan bilah aero karbon. Ciri menarik lain pada versi ini ialah sistem ekzos sport daripada titanium.
Kabin Mewah & Sporty
.jpg)
.jpg)
Ruang kabin pula kelihatan menawan dengan penggunaan balutan kulit merah berjahit timbul (quilt) yang eksklusif pada tempat duduk, papan pemuka (dashboard) dan ruang kaki, menonjolkan karakter mewah dan sporty model ini.
Kuasa Cecah 986 HP
.jpg)
.jpg)
Dari segi prestasi, Rocket GTC dipasangkan dengan enjin V8 turbo kembar 4.5 liter yang diubah suai daripada enjin versi asal iaitu 4.0 liter super PHEV Mercedes-AMG SL 63 S E Performance.
Enjin ini mampu menghasilkan 986 hp dengan tork maksimum 1,820 Nm. Bagaimanapun, tork ini dihadkan secara elektronik pada 1,620 Nm untuk melindungi komponen trenkuasa. Kuasa disalurkan kepada roda belakang melalui transmisi automatik 9 kelajuan, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam hanya 2.6 saat.
Sebagai perbandingan, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance standard menawarkan 805 hp dan 1,420 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam 2.9 saat.
Harga Jualan
.jpg)
Harga rasmi bagi Brabus Rocket GTC masih belum diumumkan, namun pastinya jauh lebih tinggi berbanding model versi asas yang dijual pada harga RM2,168,888.
.jpg)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2691
SELANGOR
BSU3026
JOHOR
JF4271J
PULAU PINANG
PSG2477
PERAK
APM592
PAHANG
CFH9587
KEDAH
KGJ3928
NEGERI SEMBILAN
NEM2198
KOTA KINABALU
SJU4663
KUCHING
QAB7304P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge