Brabus Pertontonkan Model Off-Road Yang Gagah Dan Mewah: 900 XLP 'One Of Ten'
![]()
Brabus kini tambil dengan sebuah supercar, 900 XLP 'One Of Ten' yang dihasilkan berdasarkan Mercedes-AMG G 63. Ia direka dengan penuh terperinci supaya dapat menempuhi pelbagai rintangan perjalanan.
Bahagian Luar Brabus 900 XLP 'One Of Ten'

Tampil dengan ciri sebuah kenderaan off-road, rekaannya menonjolkan kegagahan kereta untuk menempuhi pelbagai jenis laluan. Berikut merupakan perincian untuk bahagian luar 900 XLP 'One Of Ten':
-Menggunakan konsep luaran Widestar
-Dicat dengan warna 'Rocket Gray'
-Penggunaan elemen gentian karbon di sekitar cesi
-Menggunakan elemen yang terdapat pada Adventure XLP seperti takal kabel berketahanan tinggi, konfigurasi rak bumbung dan deflektor angin exposed-carbon dengan empat lampu LED tambahan.
-Rim Brabus Monoblock Z HD bersaiz 22 inci dalam warna hitam 'Gunmetal' dan jalur merah.
Bahagian Dalam Brabus 900 XLP 'One Of Ten'
-1170x780-full.jpg)
Ruang dalaman model lasak ini dilengkapi pelbagai ciri mewah buatan tangan Brabus Masterpiece. Berikut merupakan perinciannya:
-Upholsteri kulit yang elegan berwarna 'Mondial Black'
-Lapisan kulit ini dikemaskan dengan jahitan berwarna hitam
-Perincian berwarna 'Rocket Red' menaikkan aura pelbagai elemen kokpit seperti tempat pemegang pintu, suis, penutup speaker dan corong udara.
-Elemen gentian karbon digunakan pada stereng, papan pemuka, konsol tengah dan panel pintu.
-Pada konsol tengah terdapat sebuah jam analog dalam rekaan Panerai Luminor.
Prestasi Brabus 900 XLP 'One Of Ten'
-1170x780-full.jpg)
Brabus 900 XLP ‘One Of Ten’ menawarkan prestasi kejuruteraan dan kuasa yang terbaik untuk penggunaan di jalan raya biasa dan off-road. Dikatakan antara kereta pickup terpantas di dunia, berikut adalah perincian mengenai prestasi dan ciri teknikal model ini:
-Dikuasakan oleh enjin Brabus Rocket 900 4.5L V8 dengan pengecas turbo berkembar.
-Memiliki output maksimum 662 kW / 900 hp dan tork maksimum 1,250 Nm.
-Kuasa disalurkan melalui transmisi automatik sembilan kelajuan, yang boleh dialih secara automatik atau manual.
-Boleh memecut daripada 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat.
-Boleh mencapai kelajuan maksimum 210 km/j.
-Sistem ekzos berprestasi tinggi dalam kemasan karbon sepenuhnya.
-Pengurusan bunyi aktif: bunyi V8 yang berbeza semasa dalam mod 'Sport', dan bunyi yang lebih halus dalam mod 'Coming Home.'
-Modul suspensi Ride Control dengan gandar portal depan dan belakang, menyediakan kelegaan tanah sekitar 49 cm.

Berdasarkan semua ciri ini, dapat dibayangkan bahawa tiada apa yang tidak mampu ditempuhi Brabus 900 XLP ‘One of Ten.' Laluan curam, berlumpur mahupun berbatu, segalanya dapat ditempuhi dengan penuh kegagahan tanpa mengabaikan keselesaan pengguna.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga
CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…
27-03-2023
Aston Martin Bangunkan Teknologi Infotainmen Sendiri, Tinggalkan Sistem COMAND Mercedes
Aston Martin akan memperbanyakkan lagi produk keluaran syarikatnya termasuk pengenalan barisan kereta sport.
13-03-2023
Pemilik Mercedes-Benz Dapat Rasai Pengalaman Mewah Menerusi Acara "Mercedes-Benz Star Experience".
Pengedar terkemuka untuk Mercedes-Benz di Malaysia, Cycle & Carriage (C&C) menganjurkan acara eksklusif, Mercedes-Benz Star Experience di Autohaus Cycle & Carriage di Johor Bahru baru-baru ini.
09-03-2023
Kereta Terbakar, 4 Nyaris Rentung
Empat individu terselamat apabila kereta Perodua Axia dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi kenderaan di Kilometer 3, Jambatan Pulau Pinang semalam.
24-02-2023
Edisi Terhad Mercedes-AMG SL63 Dengan Sentuhan Kereta Lumba F1 Petronas Diperlihatkan
Mercedes-AMG baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran varian edisi terhad “Motorsport Collectors Edtion” bagi roadster SL63.
14-01-2023
Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?
Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.
12-01-2023
Mercedes Bina Rangkaian Pengecasan 350kW, Sasar 10K Pengecas Menjelang 2030 Seluruh Dunia!
Mercedes-Benz telah mengumumkan bahawa ia akan mewujudkan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh Amerika Utara, Eropah, China dan pasaran utama yang lain.
08-01-2023
Ibu, Anak Terkorban!
Seorang wanita bersama bayinya yang berusia tiga bulan maut dalam kemalangan di Kilometer 34 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
12-10-2022
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
