Bufori CS8 Dilancar, 810 HP, Harga RM2,188 Juta

Bufori, jenama kereta mewah klasik buatan tangan Malaysia akhirnya melancarkan Bufori CS8 ke pasaran tempatan, petang tadi.
Ia yang merupakan coupe grand tourer mewah dijual pada harga RM2.188 juta.Super GT’ mewah ini yang setanding dengan Bentley Continental GT dan Aston Martin dikuasakan dengan enjin 6.4L supercharged V8 dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 810hp dan tork 973 Nm.
Dengan prestasi enjin V8 supercaj, ini membolehkan CS8 memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 3.0 saat dengan kelajuan maksimum 330 km/j.

Dari segi saiz, Bufori CS8 berukuran 4,568 MM panjang, (jarak roda 2,609 MM), lebar 2,030 MM dan tinggi 1,292 MM. Selain kabin mewah kerana dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan, ia juga didatangkan dengan ruang but seluas 252 liter.
Ini membuatkan saiz Bufori CS8 sebenarnya hampir sama dengan Aston Martin dan Bentley cuma sedikit lebih pendek, sempit dan rendah. Dari segi gaya, ia juga boleh dikatakan setanding, tetapi terpulang kepada anda untuk menilainya sendiri
Apa yang menariknya, kebanyakan rekaannya dihasilkan secara buatan tangan di Kepong oleh para tukang tempatan menggunakan komposit hibrid karbon-kevlar iaitu satu ciri unik dalam pembuatan Bufori.


Selain itu ia hadir dengan rim tempa 19 inci, angkup brek berwarna merah, serta lampu utama automatik semua-LED, DRL dan lampu kabus yang dipadankan dengan lampu belakang kuad LED yang tersendiri.
Beralih ke kabin, unit yang dipamerkan pada pelancaran hari ini menampilkan sepasang tempat duduk sporty yang boleh dilaraskan kepada lapan arah. Malah sebahagian besar papan pemuka dan panel pintu dibalut dengan kulit buatan tangan yang mewah.

Dari segi teknologi, ia dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan seperti sistem kemasukan tanpa kunci, stereng larasan kuasa, kawalan iklim automatik dwi-zon, sistem audio 6.1, pengecas telefon tanpa wayar, serta skrin infotainmen potret 13.6 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.
Selain itu, unit pelancaran hari ini turut dilengkapi dengan pembaca kad tol Smart TAG, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), kit alat Snap-On mewah bersama kit pembaikan tayar, serta perakam data.

Bufori juga menyediakan pelbagai sistem bantuan pemandu, termasuk kawalan jelajah adaptif (ACC), pemantauan titik buta, amaran dan bantuan lorong, serta kamera parkir 360 darjah dengan bantuan parkir depan dan belakang.

Antara kelengkapan lain ialah beg udara dan kawalan kestabilan elektronik (ESC). Sudah tentu, tahap kelengkapan yang ditawarkan cukup meyakinkan, tetapi enjin kuasa dan casis berprestasi tinggi inilah yang meletakkan status ‘super’ GT.
Dengan pembinaan daripada komposit karbon-kevlar ringan, Bufori CS8 hanya mempunyai berat kenderaan sekitar 1,550 KG – hampir sama dengan Porsche 911.
Bagi yang berminat, anda perlu menunggu memandangkan setiap unit mengambil masa lebih 9,000 jam kerja untuk disiapkan.
Apa pula pendapat anda tentang super GT mewah buatan Kepong ini? Adakah anda lebih menggemarinya berbanding jenama kontemporari seperti Bentley, Aston Martin, Porsche dan Ferrari? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen…
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRP459
SELANGOR
BST4806
JOHOR
JD6763J
PULAU PINANG
PSF3594
PERAK
APL2842
PAHANG
CFH6401
KEDAH
KGH9073
NEGERI SEMBILAN
NEL7128
KOTA KINABALU
SJT9182
KUCHING
QAB5253P
Terakhir Kemas Kini 07 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
