Honda Accord Generasi Ke-11 Dilancarkan Di Thailand – Tiada LaneWatch, Hanya HEV

Honda Thailand baru-baru ini melancarkan Honda Accord generasi ke-11 atau model tahun 2025. Berbeza dengan versi terdahulu, model kali inii hanya ditawarkan dengen trenkuasa hibrid e:HEV, tiada lagi pilihan enjin petrol konvensional. Tiga varian ditawarkan iaitu e:HEV E (asas), e:HEV EL (tengah) dan e:HEV RS (tinggi).
Ciri Mekanikal Honda Accord 2025

Untuk pasaran Thailand, Honda Accord ini menggunakan enjin petrol 2.0 liter 4 silinder kitaran Atkinson yang mematuhi piawaian bahan api E20. Enjin ini digandingkan pula dengan motor elektrik dan bateri lithium-ion kompak.
Kuasa disalurkan kepada roda depan melalui sistem transmisi e-CVT. Dengan motor elektrik memberikan output kuasa 181 hp/335 Nm, output keseluruhan sistem trenkuasanya mencecah 204 hp. Enam mod pemanduan ditawarkan yang boleh dipilih mengikut kesesuaian gaya dan situasi pemanduan.
Perubahan Teknologi & Ciri Keselamatan

Satu perubahan utama ialah penyingkiran fungsi LaneWatch yang pernah menjadi ciri ikonik Honda, digantikan dengan sistem informasi titik buta (BSI) yang menggunakan lampu amaran pada cermin sisi yang lebih mudahi diterima pemandu.
Selain itu, sistem pemantau lintasan trafik atau Cross Traffic Monitor, nama yang digunakan Honda bagi sistem yang lebih dikenali sebagai Rear Cross Traffic Alert (RCTA) turut didatangkan sebagai ciri standard pada semua varian Accord di Thailand.

Setiap varian dilengkapi dengan lapan beg udara, sistem Honda Sensing yang merangkumi amaran keluar lorong, bantuan kekal lorong, brek kecemasan autonomi, serta kawalan pelayaran adaptif (ACC). Turut disediakan ialah sistem telematik Honda Connect.
Rekaan Luaran & Dalaman Lebih Segar



Model 2025 turut diberikan perubahan kecil dalam aspek rekaan. Antara yang berbeza adalah rekaan bawah badan, bingkai gril yang kini dalam warna badan, lampu depan dengan perumah berwarna hitam dan gelas jernih, serta rim berukuran 17 inci berwarna hitam.
Sementara itu, varian lebih mewah pula dipasangkan dengan rim 18 inci, pencahayaan ambien dan papan pandu (HUD). Varian tertinggi RS menampilkan bumbung kaca panoramik, lampu isyarat belok berurutan (sequential), sistem pembatalan bunyi (noise cancellation) aktif dalam kabin dan sebagainya.
Semua varian hadir dengan pencahayaan LED penuh, kawalan suhu dua zon, tempat duduk dalam balutan kulit, pelindung tingkap belakang, pengecas tanpa wayar, sistem audio Bose 12 pembesar suara dan skrin sesentuh 12.3 inci dengan Google terbina dalam. Varian lebih tinggi dilengkapi pelbagai ciri mewah lain dan teknologi tambahan untuk pengalaman pemanduan lebih premium.
Harga Jualan Honda Accord 2025 Di Thailand

Harga jualan bagi varian asas, e:HEV E bermula daripada 1,479,000 Baht (~RM192,035), diikuti varian pertengahan e:HEV EL pada 1,599,000 Baht (~RM207,616) dan varian tertinggi e:HEV RS berharga 1,729,000 Baht (~RM224,495).
Berbeza dengan Thailand, Honda Malaysia telah ‘menyingkirkan’ Honda Accord daripada barisan model yang ditawarkan di negara ini sejak dua tahun lalu.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat