Hyundai & GM Bergabung Bina Lima Model Baharu – Sasar Jualan Lebih 800,000 Unit

Syarikat automotif Korea, Hyundai Motor Group mengumumkan kerjasama strategik bersama General Motors (GM) untuk membangunkan lima model kenderaan baharu secara bersama. Model-model ini terdiri daripada dua trak pikap, sebuah SUV kompak, sebuah kereta kompak dan sebuah van elektrik (EV) komersial. Kesemua model akan menggunakan platform sama tetapi mengekalkan reka bentuk dan ruang kabin tersendiri mengikut jenama masing-masing.
Trak Pikap Mampu Milik Untuk Pasaran Amerika Tengah & Selatan


Trak pikap bersaiz sederhana Chevrolet Colorado
GM akan mengetuai pembangunan dua trak pikap bersaiz sederhana yang dijangka dilancarkan sekitar tahun 2028. Kedua-dua trak ini akan ditawarkan dengan pilihan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan hibrid. Namun, model ini hanya akan dipasarkan di Amerika Tengah dan Selatan sahaja.
Walaupun maklumat lanjut tentang trak pikap ini masih terhad, dipercayai ia akan dibangunkan berdasarkan model trak pikap GM yang sedia ada seperti Chevrolet Colorado.
Hyundai Pimpin Pembangunan SUV, Kereta Kompak & Van Elektrik


SUV Hyundai Tucson
Pembangunan bagi tiga model selebihnya iaitu SUV kompak, kereta kompak serta van elektrik komersial pula akan diketuai oleh Hyundai. SUV dan kereta kompak itu dijangka turut hadir dengan pilihan enjin ICE dan hibrid. Tiada maklumat terperinci didedahkan, tetapi dijangka trenkuasa seperti yang ditawarkan pada Hyundai Tucson bakal diperkenalkan.
-full_normal.jpg)

Hyundai ST1 (kiri) & Kia PV5 (kanan)
Van elektrik pula dijangka akan dibangunkan berasaskan van komersial elektrik milik Hyundai Motor Group seperti Hyundai ST1 atau van komersial elektrik radikal, Kia PV5. Van ini akan menjadi satu-satunya model yang akan memasuki pasaran Amerika Utara, dengan pengeluarannya dirancang di Amerika Syarikat pada tahun 2028.
Target Jualan Lebih 800,000 Unit Setiap Tahun


Kedua-dua organisasi menetapkan sasaran jualan yang agresif, dengan jangkaan jualan mencecah lebih 800,000 unit setahun apabila semua model mula dipasarkan sepenuhnya.
Dengan perkongsian platform daripada model Hyundai dan GM sedia ada, kedua-dua syarikat berharap model baharu ini lebih mampu milik dan berdaya saing dari segi kos pengeluaran, sambil memberi pilihan lebih luas dan nilai sebenar kepada pengguna.
Selain daripada pembangunan produk, Hyundai dan GM juga akan bekerjasama dari segi sumber bahan, pengangkutan serta logistik di Amerika Utara dan Selatan. Fokus mereka juga merangkumi bahan mentah, komponen, sistem kompleks serta keluli berkarbon rendah bagi memastikan proses pembuatan yang lebih lestari.

Menurut CEO Hyundai, José Muñoz, “Kerjasama strategik bersama GM membolehkan kami menyediakan lebih nilai dan pilihan kepada pelanggan di pelbagai segmen dan pasaran. Gabungan skala operasi kami di Amerika Utara dan Selatan memudahkan kami memenuhi keperluan pelanggan dengan kenderaan yang direka cantik, berkualiti tinggi, fokus terhadap ciri keselamatan serta teknologi terkini yang dihargai pengguna.”
Sementara itu, Naib Presiden kanan GM, Shilpan Amin berkata, “Bersama-sama, GM dan Hyundai dapat memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan dengan lebih pantas dan pada kos yang lebih rendah. Kenderaan kolaborasi pertama ini jelas menunjukkan bagaimana kedua-dua syarikat memanfaatkan kekuatan, saling melengkapi dan skala operasi gabungan.”
Baca: Era Sime Darby Sebagai Pengedar Eksklusif Tamat, Hyundai Motors Malaysia Ambil Alih!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQX5654
SELANGOR
BSP9537
JOHOR
JYW5097
PULAU PINANG
PSC2252
PERAK
APH4054
PAHANG
CFG4797
KEDAH
KGF8441
NEGERI SEMBILAN
NEK3834
KOTA KINABALU
SJR8715
KUCHING
QAB7475N
Terakhir Kemas Kini 15 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chevrolet Corvette Stingray Dilancarkan Di Singapura – Dari RM2.1 Juta
General Motors (GM) kini kembali semula ke negara jiran kita dengan pendekatan berbeza melalui pelancaran jenama supercar, Corvette.
06-08-2025
Pengeluaran Chevrolet Camaro Dihentikan
Pengeluaran Chevrolet Camaro oleh General Motors (GM) di Lansing Grand River Assembly Plant, Detroit, Michigan terpaksa dihentikan seketika.
15-03-2021
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat