Chevrolet Corvette Stingray Dilancarkan Di Singapura – Dari RM2.1 Juta

Selepas sekian lama meninggalkan beberapa pasaran ASEAN termasuk Singapura pada tahun 2017 dan Malaysia pada 2018, General Motors (GM) kini kembali semula ke negara jiran kita dengan pendekatan berbeza. Kali ini, GM membuat kemunculan ‘penuh bergaya’ dengan kemasukan jenama supercar ikonik di bawahnya, Chevrolet Corvette.
Alpine Motors Kembali Sebagai Pengedar Rasmi

GM turut melantik semula Alpine Motors sebagai pengimport dan pengedar rasmi Corvette di Singapura. Alpine Motors pernah mengedar jenama Chevrolet di negara tersebut daripada tahun 2007 sebelum GM menarik diri pada 2017. Kali ini, Alpine Motors menawarkan hanya satu model Corvette, iaitu Stingray generasi kelapan (C8) dengan enjin tengah dan kini pertama kali didatangkan dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) untuk pasaran global.
Baca: Hongqi Bakal Dilancar Di Singapura, Mungkin Lepas Ini Masuk Malaysia?
Spesifikasi Corvette Stingray

Model yang ditawarkan ialah varian asas 3LT yang dilengkapi enjin V8 LT2 6.2 liter aspirasi natural menjana kuasa 495 hp dan tork 630 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik DCT lapan kelajuan. Ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 2.9 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 312 km/j.

Varian ini turut hadir dengan pakej prestasi Z51 yang merangkumi brek lebih besar, ekzos prestasi, pembeza gelincir terhad (limited-slip differential), suspensi adaptif dan tayar Michelin Pilot Sport 4S ZP.
Kabin Mewah Corvette Stingray


Di dalam kabin, Corvette Stingray 3LT dilengkapi dengan panel instrumen digital 12 inci, sistem infotainmen 8 inci lengkap dengan 14 pembesar suara Bose, serta tempat duduk sport yang boleh dilaraskan secara automatik dalam balutan kulit Nappa premium.
Harga Jualan Corvette Stingray

Harga permulaan yang diumumkan Alpine Motors di Singapura ialah SGD 648,000 (~RM2.13 juta), belum termasuk kos tambahan iaitu Sijil Pemilikan Kenderaan (COE) yang wajib dimiliki oleh pemilik kenderaan di negara tersebut.
Bagaimana Dengan Malaysia?

Buat masa sekarang, GM nampaknya belum mempunyai sebarang perancangan rasmi untuk kembali ke pasaran Malaysia seperti yang dilakukan di Singapura. Sebelum ini, jenama Chevrolet pernah diedarkan oleh Naza Quest Sdn Bhd untuk pasaran Malaysia.
Baca: Avatr 11 Versi RHD Tiba Di Singapura – Cecah RM973K! Malaysia Seterusnya?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4425
SELANGOR
BSV1150
JOHOR
JH4055J
PULAU PINANG
PSH4006
PERAK
APM9459
PAHANG
CFJ4079
KEDAH
KGJ8106
NEGERI SEMBILAN
NEM5839
KOTA KINABALU
SJV1814
KUCHING
QAB197Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hyundai & GM Bergabung Bina Lima Model Baharu – Sasar Jualan Lebih 800,000 Unit
Hyundai Motor Group mengumumkan kerjasama strategik bersama General Motors (GM) untuk membangunkan lima model kenderaan baharu bersama.
08-08-2025
Pengeluaran Chevrolet Camaro Dihentikan
Pengeluaran Chevrolet Camaro oleh General Motors (GM) di Lansing Grand River Assembly Plant, Detroit, Michigan terpaksa dihentikan seketika.
15-03-2021
Desupan Corvette Z06, Mampu Hambur 670 Kuasa Kuda
Chevrolet mendedahkan jentera baharunya, Corvette Z06.
10-12-2021
Berita Terkini
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah
Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.
10-11-2026
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
