ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Cara Guna Touch ’n Go Untuk Dapatkan Subsidi RON95 RM1.99/L

Sofea Najmi

Kongsi melalui

1758630805-budi-madani-main-pic-(1).jpg


Hanya beberapa hari saja lagi rakyat Malaysia dapat menikmati harga petrol RON95 yang paling rendah setakat ini, iaitu serendah RM1.99 seliter di bawah program Budi95. Di sebalik kekecohan mengenai pelaksanaan yang kedengaran menyusahkan di awal pengumuman, pelbagai kaedah diperkenalkan akhir-akhir ini untuk memudahkan pengguna. Terbaru, orang ramai boleh menggunakan Touch ‘n Go eWallet (TnG) untuk menikmati subsidi. 


Bagaimana Menggunakan Aplikasi TnG Untuk Subsidi RON95?


image-(56).jpg

image-(59).jpg


Menggunakan TnG, pengguna perlu memilih pam dan jumlah minyak yang diinginkan melalui aplikasi, buat pembayaran, sebelum ke kaunter untuk mengimbas kod QR bagi mengaktifkan pam. 


Apa Lagi Kaedah Lain Selain TnG?


Kaedah lain untuk mendapatkan subsidi RON95 adalah melalui teknik asas yang diumumkan kerajaan iaitu dengan menggunakan MyKad secara terus di pam atau di kaunter. Lebih mudah berbanding TnG tetapi pengguna perlu mengeluarkan MyKad setiap kali membuat pembelian. 


WhatsApp-Image-2025-09-25-at-12.08.42_23900f59.jpg


Seterusnya, cara yang paling ‘disukai ramai’ setakat ini adalah melalui aplikasi Setel. Dengan hanya sekali pengesahan eKYC dibuat melalui aplikasi, pengguna boleh terus mengisi minyak tanpa perlu menunjukkan MyKad, pembayaran dalam aplikasi boleh dibuat sama ada melalui kad debit atau kredit. Pam juga boleh diaktifkan melalui aplikasi tanpa melibatkan pergerakan ke kaunter.


Kenapa TnG Masih Praktikal?


Walaupun tidak sepantas Setel, TnG membolehkan pengguna membuat semakan baki subsidi, menerima baki dengan cepat dan menjadi alternatif sekiranya kad bank tidak dibawa atau dihubungkan dengan aplikasi pembayaran minyak lain. 


Seperti yang diumumkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican, syarikat TNG Digital Sdn Bhd mengendalikan sistem belakang tabir untuk keseluruhan inisiatif Budi95. Anak syarikatnya, Nadi Tech Sdn Bhd pula bertanggungjawab mengurus sistem pengesahan pusat yang menyokong semua aplikasi syarikat stesen minyak. 


Baca: RON95 RM1.99, Ramai Mula Renew Lesen


Mana Satu Pilihan Anda?


WhatsApp-Image-2025-09-25-at-12.08.43_82bc0ee8.jpg


Daripada kesemua pilihan pembayaran yang ada, Setel atau aplikasi stesen minyak lain yang boleh diintegrasikan terus dengan kad jelas paling memudahkan tanpa perlu bergerak ke kaunter. TnG pula walaupun memudahkan kerana pelanggan tidak perlu mengeluarkan MyKad, masih memerlukan ‘interaksi’ di kaunter. Mana satu pilihan anda?


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS8607

SELANGOR

BSU2476

JOHOR

JF3087J

PULAU PINANG

PSG1617

PERAK

APL9382

PAHANG

CFH9330

KEDAH

KGJ3538

NEGERI SEMBILAN

NEM1921

KOTA KINABALU

SJU4356

KUCHING

QAB7136P

Terakhir Kemas Kini 03 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Teknologi

13-08-2025
Berita Auto

02-07-2025
Berita Auto

16-10-2023
Teknologi

11-07-2023
Teknologi

13-06-2023
Berita Auto

21-03-2023
Berita Auto

15-03-2023
Berita Auto

07-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace

Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.

02-10-2026
Berita Auto

Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"

Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.

02-10-2026
Berita Auto

Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat

F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.

02-10-2026
Berita Auto

Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000

JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.

02-10-2026
Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.