Chery QQ3: Kereta Mini, QQ, Dihidupkan Kembali, Kini Dalam Versi Elektrik

Hampir dua dekad telah berlalu sejak model Chery QQ ditawarkan di Malaysia sebagai pesaing kepada Perodua Myvi dan Proton Savvy pada harga sekitar RM39,000, model ini kembali dihidupkan setelah Chery memperkenalkan model Chery QQ3 di pameran automotif Chengdu Auto Show 2025 yang kini sedang berlangsung di China.

Model ini dibangunkan berdasarkan model konsep radikal yang Chery QQ Concept yang pernah dipertontonkan beberapa bulan yang lalu. QQ3 yang diperkenalkan ini hadir dalam versi elektrik sepenuhnya, menjadikannya pesaing kepada model seperti Geely Geome Xingyuan dan BYD Dolphin dalam segmen kereta bandar yang kian mendapat perhatian di negara China.
Reka Bentuk Kompak & Moden


Dari segi rekaan, Chery QQ3 EV mengekalkan elemen utama konsep asal dengan lampu depan dan belakang LED berbentuk bujur yang unik. Ia juga menampilkan reka bentuk badan hatchback lima pintu dengan bumbung terapung dan tiang C tebal menyerupai gaya smart #1, serta roda separa tertutup yang membantu mengurangkan rintangan angin untuk meningkatkan kecekapan aerodinamik.

Menurut CarNewsChina, model terbaru ini mempunyai panjang lebih 4,200 mm dengan jarak roda lebih 2,700 mm, hampir setanding dengan pesaingnya.
Kabin Berteknologi Tinggi & Selesa


Ruang dalaman QQ3 menampilkan sentuhan moden dengan stereng dua jejari yang rata di bahagian bawah, skrin infotainmen tengah 15.6 inci yang dipacu cip Qualcomm Snapdragon 8155, serta kluster meter digital yang kecil.
Konsol tengah yang direka terapung lengkap dengan pengecas tanpa wayar 50 watt. Ciri menarik lain ialah pencahayaan ambien 256 warna. Susunan tempat duduk yang boleh memuatkan lima orang juga menjadikan model ini praktikal untuk kegunaan harian.
Ciri Mekanikal Chery QQ3

Dibina atas platform elektrik T12, QQ3 dilengkapi dengan motor elektrik tunggal di bahagian belakang (RWD) yang menghasilkan kuasa sehingga 121 hp (90 kW), sepadan dengan saiznya. Bagaimanapun, kapasiti bateri dan jarak pemanduan belum diumumkan.
Sistem Keselamatan

Model ini dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ADAS Falcon 500 yang menyokong navigasi autonomi pada kelajuan tinggi (NOA) serta ciri keselamatan pasif dan aktif terkini.
Tarikh Pelancaran & Sasaran Pasaran
Chery QQ3 EV dijangka akan memasuki pasaran domestik China pada penghujung tahun ini dengan harga yang bakal diumumkan tidak lama lagi. Walaupun belum ada pengesahan sama ada jenama QQ akan ditawarkan di pasaran antarabangsa, model ini dilihat sebagai alternatif menarik kepada Proton e.MAS 5, versi tempatan bagi Geely Xingyuan.
Baca: ROI Chery O5 Kini Dibuka – Omoda 5 Terbaru Dengan Nama Baharu, Lancar Sept 2025
Foto: CarNewsChina
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ1287
SELANGOR
BST6904
JOHOR
JE2548J
PULAU PINANG
PSF5430
PERAK
APL4639
PAHANG
CFH7319
KEDAH
KGJ1104
NEGERI SEMBILAN
NEL8402
KOTA KINABALU
SJU1246
KUCHING
QAB5624P
Terakhir Kemas Kini 17 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026
Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.
21-04-2026
Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27
Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.
13-01-2026
Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang
Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.
26-12-2025
Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700
Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.
04-12-2025
Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza
Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.
12-11-2025
Chery Malaysia Dedah Strategi Agresif Terbaru – SUV Boleh Ubah, Teknologi Canggih, Rekaan Unik
Chery Corporate Malaysia telah mendedahkan rangka tindakan yang agresif untuk fasa pertumbuhan seterusnya di acara 2025 Chery International User Summit yang berlangsung di Wuhu, China.
23-10-2025
Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan
Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.
21-10-2025
Chery Tunjuk Ujian Perlanggaran, Guna Tiggo 9, Kesan Rempuhan Cukup Menakjubkan!
Chery membuktikan tahap keselamatan keretanya dengan menggunakan dua Tiggo 9 Ketika melakukan demonstasi ujian perlanggaran dari arah hadapan.
21-10-2025
Berita Terkini
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat