ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

Sofea Najmi

Kongsi melalui

smart-5-EV-EuroNCAP-8.jpg


Selepas dipertontonkkan buat pertama kalinya di Malaysia bulan lepas, SUV elektrik pintar smart #5 kini mencuri perhatian dunia apabila berjaya menerima penarafan penuh lima bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP). 


smart #5 mendapat skor 88% untuk perlindungan penumpang dewasa, 93% untuk perlindungan kanak-kanak, 84% untuk keselamatan pengguna jalan raya yang terdedah dan 92% dalam kategori bantuan keselamatan. Gabungan markah ini menjadikan #5 sebagai SUV bersaiz besar dengan pencapaian Euro NCAP yang terbaik setakat ini bagi tahun 2025.


Bahan Tahan Lasak & Sistem Keselamatan Pintar


smart-5-EV-EuroNCAP-4.jpgsmart-5-EV-EuroNCAP-6.jpg


smart Automobiles menjelaskan, penarafan lima bintang ini berjaya dicapai dengan kehadiran pelbagai ciri keselamatan pasif termasuk gabungan badan kenderaan yang diperbuat daripada gabungan keluli dan aluminium yang mengandungi 82% bahan berketahanan tinggi. 


Walaupun bahan berkekuatan tinggi sering digunakan dalam pembangunan kereta moden, smart mendedahkan #5 menyediakan perlindungan menyeluruh dengan penggunaan bahan tahan lasak pada pintu sisi dan kawasan pintu belakang.


smart-5-EV-EuroNCAP-3.jpgsmart-5-EV-EuroNCAP-9.jpg


Selain itu, #5 juga dilengkapi dengan pelbagai sistem bantuan pemandu pintar. Fungsi Brek Kecemasan Automatik (AEB) model ini menerima skor tinggi 97% dari Euro NCAP. Kehadiran ciri seperti kamera beresolusi tinggi dan radar membolehkan model ini muncul dengan sistem keselamatan aktif seperti Bantuan Kekal Laluan Kecemasan (ELKA) serta Sistem Pemantauan Pemandu. 


Markah 92% untuk bantuan keselamatan dan 84% untuk perlindungan pengguna jalan yang terdedah mencerminkan tahap keselamatan yang tinggi. Dengan keputusan terkini ini, smart #5 menyambung tradisi kecemerlangan model-model smart yang lain, di mana seluruh barisan produk smart EV mendapat penarafan yang tertinggi iaitu lima bintang dalam Euro NCAP.


Kemunculan Rasmi Di Malaysia


Caricarz-MBA-smart-5-Brabus-Preview-3.jpgCaricarz-MBA-smart-5-Premium-Preview-4.jpg


smart #5 dijangka akan dilancarkan di pasaran tempatan sekitar bulan Oktober ini, menjadikannya model ketiga smart yang memasuki pasaran negara kita. Ditawarkan dalam tiga varian, model ini berpotensi memberikan saingan sengit dalam segmen EV premium Malaysia dengan adanya pelbagai ciri inovatif dan sentuhan reka bentuk unik yang menawan. 

Baca: smart #3 SUV Elektrik Paling Selamat? Raih Euro NCAP 5 Bintang!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQX6356

SELANGOR

BSP9735

JOHOR

JYW5411

PULAU PINANG

PSC2423

PERAK

APH4205

PAHANG

CFG4856

KEDAH

KGF8580

NEGERI SEMBILAN

NEK3921

KOTA KINABALU

SJR8904

KUCHING

QAB7501N

Terakhir Kemas Kini 16 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

10-11-2025
EV

19-09-2025
Kereta Baru

28-08-2025
EV

18-07-2025
EV

15-05-2025
EV

09-05-2025
EV

05-05-2025
EV

09-04-2025

Berita Terkini

Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.