ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

ROI Chery O5 Kini Dibuka – Omoda 5 Terbaru Dengan Nama Baharu, Lancar Sept 2025

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chery-Omoda-O5-Caricarz-(5).png


Sejak pertama kali jenama Chery menembusi pasaran Malaysia dengan pelancaran Omoda 5 pada Julai 2023, kedudukan jenama ini terus mengukuh setelah model tersebut berjaya menempatkan dirinya sebagai antara SUV paling laris di pasaran. Kini, Chery bersedia untuk memperbaharuinya dengan wajah serta teknologi baharu menerusi model Chery O5 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. 


Rekaan Lebih Agresif & Menyerlah


Chery-Omoda-O5-Caricarz-(2).jpg


Chery O5 adalah model yang sama dengan Chery C5 yang dilancarkan di Indonesia awal tahun ini. Nama berbeza diberikan untuk pasaran Malaysia bagi mengelakkan kekeliruan dengan model  Omoda C7 dan C9. 


Chery O5 tampil dengan identiti yang lebih moden dan menarik. Bahagian hadapan SUV ini menerima perubahan besar, di mana lampu nyalaan siang (DRL) LED berbentuk anak panah seperti pada model elektrik E5 dengan logo OMODA yang menghubungkan kedua-dua sisi.


Bampar depan juga telah diubah dengan rekaan berbentuk X yang lebih agresif. Model ini dipasangkan dengan rim aloi 18 inci baharu yang menyerlahkan gaya sporty dan elegan.


Prestasi Lebih Mantap Dengan Transmisi Baharu


Chery O5 masih mengekalkan unit 1.5 liter turbo yang sama digunakan pada model Omoda 5, namun kini digandingkan dengan transmisi klac berkembar enam kelajuan menggantikan transmisi CVT sebelum ini. Gabungan sistem kali ini dijangka dapat memberikan kualiti pemanduan yang lebih responsif. 


Kabin Lebih Mewah & Sarat Teknologi Terkini


Chery-Omoda-O5-Caricarz-(5).jpgChery-Omoda-O5-Caricarz-(6).jpg


Memasuki ruang kabin, pelbagai peningkatan diberikan seperti tempat duduk dalam balutan kulit faux dengan fungsi pengudaraan, pengecas tanpa wayar dan sistem pendingin hawa dwi-zon. Turut disediakan ialah dwi-skrin berukuran 20.5 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. 


Ciri Keselamatan Canggih


Chery-Omoda-O5-Caricarz-(4).jpgChery-Omoda-O5-Caricarz-(3).jpg


Aspek keselamatan model ini cukup baik seperti model sebelum ini yang mana Chery O5 dilengkapi dengan 6 beg udara dan sistem bantuan pemandu ADAS Tahap 2 yang komprehensif. Turut disediakan ialah sistem kamera 540° yang memudahkan pemantauan secara menyeluruh. 


Model Omoda 5 sebelum ini ditawarkan dalam dua varian iaitu C (RM99,400) dan H (RM108,400) yang mana kedua-duanya memegang penarafan keselamatan 5 bintang daripada ASEAN NCAP. 


Bagaimana Chery Malaysia merancang untuk menetapkan harga bagi Chery O5? Nantikan perkembangannya yang akan kami kongsikan sebaik pendedahan dibuat. 


Chery Malaysia telah membuka pendaftaran minat  yang membolehkan anda mengikuti sesi pandu uji terawal Chery O5 sebaik ia tiba di negara kita. Klik di sini untuk membuat pendaftaran minat

Baca: Chery Omoda 5 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – SUV Segmen B Paling Selamat?

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC3681

SELANGOR

BSQ7616

JOHOR

JYY5247

PULAU PINANG

PSC9848

PERAK

APJ1874

PAHANG

CFG7625

KEDAH

KGG4901

NEGERI SEMBILAN

NEK6414

KOTA KINABALU

SJS3901

KUCHING

QAB9782N

Terakhir Kemas Kini 18 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

04-06-2026
Teknologi

10-04-2026
Berita Auto

11-03-2026
Berita Auto

13-02-2026
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

09-01-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.

15-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih

Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k

Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k

Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?

12-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.