Mazda MX-5 Miata 35th Anniversary Edition Dilancarkan Di AS – 300 Unit, Dari RM158K
MX-5 Miata edisi khas diperkenalkan
Roadster kegilaan ramai, Mazda MX-5 Miata, meraikan ulang tahun yang ke-35 tahun ini. Untuk meraikan kegemilangannya yang telah mencecah hampir empat dekad, Mazda memperkenalkan model edisi khas, MX-5 Miata 35th Anniversary Edition, yang dilancarkan ketika acara perlumbaan 24 Hours of Daytona 2025 minggu lalu.
Dibangunkan berdasarkan varian Grand Touring khas pasaran Amerika Syarikat (AS), model edisi khas ini menampilkan pelbagai sentuhan eksklusif serta ciri unik yang membezakannya daripada model standard.
Reka Bentuk Elegan Dengan Warna Eksklusif
Sekilas pandang, Mazda MX-5 Miata 35th Anniversary Edition kelihatan menyerlah dengan warna merah eksklusif Artisan Red Metallic. Warna premium ini digandingkan dengan bumbung lembut (soft-top) berwarna kuning air (beige) membuatkannya kelihatan elegan. Selain itu, model ini turut dipasangkan dengan logo bersiri yang eksklusif serta rim aloi multi-jejari 17 inci.
Ruang kabin pula menyerlahkan aura premium dengan kehadiran upholsteri kulit Nappa berwarna perang dan karpet lantai yang sepadan. Kemasan berwarna Artisan Red turut diberikan di beberapa bahagian kabin untuk mengharmonikannya dengan rekaan luaran.
Ciri istimewa lain termasuk sulaman "35th Anniversary" pada perehat kepala, sistem audio premium Bose dengan pembesar suara dalam perehat kepala, skrin infotainmen pusat bersaiz 8.8 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, serta cermin pandang belakang dengan fungsi pemalapan automatik (auto dimming).
Prestasi Sama, Pengendalian Lebih Mantap
Tiada peningkatan pada aspek trenkuasa, edisi ulang tahun ini masih dilengkapi enjin Skyactiv-G 2.0 liter empat silinder aspirasi natural yang mampu menghasilkan 181 hp dan tork 205 Nm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan yang menyalurkan kuasa ke roda belakang (RWD) melalui pembeza gelincir terhad atau limited-slip differential (LSD).
Namun, untuk meningkatkan pengalaman pemanduan, Mazda melengkapkan model ini dengan penyerap hentak Bilstein yang ditala khas serta shock tower brace untuk pengendalian yang lebih baik. Gabungan ini memastikan MX-5 Miata 35th Anniversary Edition memiliki prestasi pengendalian yang lebih responsif, sesuai dengan reputasinya sebagai sebuah kereta sport ikonik.
Terhad Hanya 300 Unit, Harga Bermula RM158,620
Mazda hanya menghasilkan 300 unit MX-5 Miata 35th Anniversary Edition untuk pasaran global. Model ini dijual pada harga $36,250 (~RM158,620), lebih tinggi berbanding varian Grand Touring pasaran AS yang berharga $34,630 (~RM151,532).
Sebagai perbandingan, versi pasaran Jepun (JDM) bagi MX-5 (atau Roadster) dijual bermula dari JPY 3.753 juta (~RM105,226) dengan model ulang tahun ini tersedia dalam versi enjin 1.5 liter dan 2.0 liter.
Baca: Mazda MX-5 Versi Perlumbaan, Spirit Racing, Bakal Dipertontonkan Di Tokyo Auto Salon 2025
Baca: Trump Batal Mandat & Inisiatif EV Biden – Langkah 'Tidak Bijak' Jejas Masa Depan EV AS?
Baca: Mazda CX-60 Rally Concept Diperkenalkan – Kerusi 'Bucket' Karbon Recaro, Spoiler
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPN3764
SELANGOR
BSG9624
JOHOR
JYE8751
PULAU PINANG
PRT2665
PERAK
APA1507
PAHANG
CFD1704
KEDAH
KGB7428
NEGERI SEMBILAN
NEG6961
KOTA KINABALU
SJM842
KUCHING
QAB9042L
Terakhir Kemas Kini 13 Aug, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.17
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.94
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.14
+0.03
Terakhir Kemas Kini 07 Aug, 2025
Berita Terkini
BYD Seal 5 DM-i PHEV Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?
BYD mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) di Asia Tenggara dengan pelancaran model BYD Seal 5 DM-i di Thailand.
13-08-2025
Prestasi Chery Melonjak Segenap Aspek – NEV Meningkat Hampir 50 Peratus
Chery Group mencatat prestasi memberangsangkan pada bulan Julai dengan jualan sebanyak 224,439 unit kenderaan, meningkat 14.7% berbanding tahun sebelumnya.
12-08-2025
Porsche Perkenal 911 Cup & 911 GT3 R Terbaru – Lebih Berkuasa & Aerodinamik
Jenama kereta sport ternama dari Jerman, Porsche, telah memperkenalkan versi terkini bagi dua model sport popularnya, Porsche 911 Cup dan Porsche 911 GT3 R.
12-08-2025
SUV PHEV Zeekr 9X: Kuasa Setanding Tiga Enjin W12, Bateri 70 kWj!
Jenama kenderaan elektrik premium dibawah Geely, Zeekr, telah mendedahkan secara rasmi model hibrid plug-in (PHEV) pertamanya, SUV Zeekr 9X.
11-08-2025
Xpeng X9 EREV Didedahkan - Capai 450 KM, Lancar Tahun Ini
MPV flagship Xpeng, X9, yang sebelum ini hanya ditawarkan dalam versi kenderaan elektrik bateri (BEV), kini dikhabarkan bakal muncul dengan versi trenkuasa baharu iaitu kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV).
10-08-2025
Toyota Bakal Dirikan Kilang Keenam Di Jepun
Toyota Motor Corporation mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kilang pengilangan kenderaan baharu di Jepun, terletak berhampiran kawasan Teihoucho di Toyota City, wilayah Aichi.
08-08-2025
Hyundai & GM Bergabung Bina Lima Model Baharu – Sasar Jualan Lebih 800,000 Unit
Hyundai Motor Group mengumumkan kerjasama strategik bersama General Motors (GM) untuk membangunkan lima model kenderaan baharu bersama.
08-08-2025
Volkswagen Umum Henti Pengeluaran Touareg, Tiada Pengganti
Volkswagen akan menamatkan pengeluaran SUV premium bersaiz sederhana, Touareg, menjelang tahun 2026 selepas lebih dua dekad berada di pasaran.
08-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat