ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Toyota Corolla GR Sport 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM149,800, Guna Sistem Transmisi Lebih Sporty!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_WA_CariCarz_2025-Toyota-GR-Yaris_GR-Corolla_Corolla-GR-S_launch_-3.jpg


Selain dua model hatchback sporty, GR Yaris dan GR Corolla 2025,  UMW Toyota Motor (UMWT) turut melancarkan model sporty yang ketiga, Toyota Corolla GR Sport, semasa acara akhir Toyota Gazoo Racing Malaysia Musim Ke-7 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang awal hari ini. 


Penambahbaikan Mekanikal 


web_press_CariCarz_2025-Corolla-GR-Sport_-16.jpg


Menggantikan Corolla GR Sport 2023, versi kali ini hadir dengan beberapa penambahbaikan yang menarik. Dari sudut trenkuasa, walaupun masih menggunakan enjin 1.8 liter Dual VVT-i 4 silinder dengan output 137 hp (139 ps) dan 172 Nm, kuasa kini disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi ‘Sport Sequential Shiftmatic’ 10 kelajuan dan bukan lagi transmisi automatik CVT 7 kelajuan.


Sistem transmisi yang sama turut digunakan pada varian Toyota Vios GR Sport generasi sebelum ini. Walaupun ia masih lagi ‘sejenis’ CVT, ia menggunakan ECU yang telah dikemaskini, membolehkan fungsi seperti ‘Auto Brake Downshifting’ dan ‘Cornering Gear Fix Control’.


Menyempurnakan lagi sistem pada model kali ini ialah ECU stereng kuasa yang juga telah dioptimumkan supaya lebih responsif, menjanjikan kelancaran semasa membuat pusingan yang agresif. 


DNA sporty lain seperti sistem suspensi dengan spring yang keras masih dikekalkan untuk mengurangkan pergerakan badan seperti  roll, pitch dan bouncing.


Sentuhan Sporty Di Luar & Dalam


web_MA_CariCarz_Launch_2025-Toyota-Corolla-GR-S_-4.jpgweb_MA_CariCarz_Launch_2025-Toyota-Corolla-GR-S_-7.jpg

web_Review_TA_CariCarz_Toyota-Corolla_facelift_-(1)-full.jpgweb_Review_TA_CariCarz_Toyota-Corolla_facelift_-(14)-full.jpg


Perbandingan antara Toyota Corolla GR Sport 2025 (atas) dan  Toyota Corolla 1.8G (bawah)


Di bahagian luar, Corolla GR Sport 2025 tampil dengan gaya agresif, termasuk gril hadapan yang berbentuk lebih 'petak,' spoiler pada penutup but, lampu belakang yang berwarna gelap (smoked), rim aloi 18 inci berwarna hitam serta pilihan warna dua tona dengan bumbung hitam yang eksklusif.


web_press_CariCarz_2025-Corolla-GR-Sport_-39.jpgweb_press_CariCarz_2025-Corolla-GR-Sport_-9.jpgweb_press_CariCarz_2025-Corolla-GR-Sport_-19.jpg
web_press_CariCarz_2025-Corolla-GR-Sport_-27.jpgweb_press_CariCarz_2025-Corolla-GR-Sport_-24.jpgweb_press_CariCarz_2025-Corolla-GR-Sport_-28.jpg


Bergerak masuk ke bahagian dalamnya, aura sporty kekal terserlah dengan tema hitam, tempat duduk dalam balutan kulit yang diberikan jahitan merah, tali pinggang keselamatan merah dan logo GR Sport. Dari segi teknologi, model ini dilengkapi skrin infotainmen 10 inci baharu yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.


web_press_CariCarz_2025-Corolla-GR-Sport_-38.jpg


Ciri Keselamatan Canggih


Toyota Corolla GR Sport 2025 didatangkan dengan pakej keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) yang komprehensif  merangkumi:

  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC).
  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS).
  • Amaran Keluar Lorong (LDA).
  • Bantuan Penjejakan Lorong (LTA).
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA).
  • Pemantauan Titik Buta (BSM) dan sebagainya. 

Harga Jualan & Jaminan


web_MA_CariCarz_Launch_2025-Toyota-Corolla-GR-S_-1.jpg


Tanpa insurans, Toyota Corolla GR Sport 2025 dijual pada harga RM149,800, hanya RM5,000 lebih mahal daripada varian Corolla 1.8G. Harga ini termasuk jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan daripada UMWT.


Baca: Toyota GR Yaris & GR Corolla 2025 Kini Di Pasaran – Dari RM315,800, Prestasi Kini Lebih 'Menggerunkan'


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPM6394

SELANGOR

BSG8054

JOHOR

JYE5475

PULAU PINANG

PRT1326

PERAK

ANY7584

PAHANG

CFD1014

KEDAH

KGB6553

NEGERI SEMBILAN

NEG6463

KOTA KINABALU

SJL9999*

KUCHING

QAB8574L

Terakhir Kemas Kini 06 Aug, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.17

-0.04

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.91

EURO 5 B7

RM 3.11

Terakhir Kemas Kini 31 Jul, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

14-07-2025
Berita Auto

16-07-2024
Kereta Baru

27-05-2024
Kereta Baru

25-04-2024
Berita Auto

05-04-2024
Berita Auto

07-03-2024
Berita Auto

20-02-2024
Global

09-02-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Haval H6 HEV Kini Lebih Sporty Dengan Kabin Phantom Black

GWM Haval H6 HEV kini tampil lebih sporty dan elegan dengan tawaran kemasan dalaman baharu, Phantom Black.

01-08-2025
Kereta Baru

Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888

Lexus Malaysia sekali lagi membuat kemas kini barisan produknya ‘dalam diam’ dengan memperkenalkan varian baharu SUV NX, iaitu Lexus NX 350h Luxury.

29-07-2025
Kereta Baru

Proton X50 Facelift 2025 Dilancar: Harga Bermula Serendah RM86K? Biar Betul?

Proton melancarkan secara rasminya, Proton X50 Facelift 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

24-07-2025
Kereta Baru

BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan.

24-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Lexus Malaysia secara senyap-senyap melancarkan edisi terhad baharu SUV saiz sederhana mereka, dikenali sebagai Lexus RX 500h F Sport Special Edition.

22-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW X5 xDrive40iM Sport CKD Dilancar: Harga 𝐑𝐌𝟒𝟔𝟗,𝟖𝟎𝟎

Selain model BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW iX xDrive45 Sport Baharu, BMW X5 xDrive40iM Sport Baharu versi pemasangan tempatan (CKD) turut dilancarkan secara rasminya.

21-07-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.