Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.
BMW iX Baharu mengekalkan identiti reka bentuk ikoniknya, namun kini tampil dengan elemen reka bentuk yang diperhalusi untuk penampilan yang lebih dinamik. Mengekalkan rekaan asal, kidney grille kini diperincikan dengan garis pepenjuru dan sentuhan visual yang lebih anggun.


Gril ini diserlahkan lagi dengan BMW Iconic Glow, yang menyala lembut apabila pintu kenderaan dibuka atau ditutup. Ciri ini diperkenalkan buat pertama kalinya pada model ini.

Lampu utama adaptif LED baharu dengan fungsi bantuan lampu tinggi turut ditambah baik dengan dua lampu condong pada setiap sisi yang meningkatkan tahap pencahayaan dan mengurangkan silau, sekali gus mengukuhkan penampilan dinamik model ini.
Istimewa untuk BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, Pakej M Sport Pro disediakan sebagai ciri standard menambahkan elemen estetika melalui rimmaerodinamik M bersaiz 22-inci jenis 1025 M Multicolour 3D kemasan berkilat serta dipadankan dengan brek Sport berwarna merah dan M Lights Shadowline. Manakala Pakej M Aerodynamics.

Model ini juga hadir dengan Pakej M Sport Pro yang ditawarkan sebagai ciri standard memperkenalkan pelbagai elemen reka bentuk eksklusif seperti lambang M pada panel instrumen, kerusi pelbagai fungsi M dengan kemasan upholsteri Sensatec M berwarna hitamdan Alcantara dalam rona Atlas Grey, serta jalur M berwarna yang menyerlahkan penampilan atletik kenderaan.
Pakej ini turut merangkumi stereng kulit M dengan reka bentuk tiga jejari dan aksen Dark Silver, kemasan trim Dark Silver, serta pelapik bumbung dalaman antrasit yang mewujudkan suasana kabin yang eksklusif dan elegan.


Bahagian perehat tangan dan panel instrumen juga dikemaskan dengan upholsteri Sensatec M berwarna hitam dan Alcantara Atlas Grey, menambahkan sentuhan premium dan tekstur mewah. Melengkapkan gaya luaran yang lebih sporty, lampu kabur pada bahagian hadapan dan belakang menonjolkan lagi penampilan dinamik kenderaan ini.
Sebagai pilihan tambahan, ruang dalaman BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu dipertingkatkan dengan Reka Bentuk Dalaman Suite. Kapasiti ruang butnya adalah seluas 500liter namun jika kerusi belakang direbahkan, ruangnya boleh seluas sehingga 1,750 liter.

Model ini dilengkapi dengan pencahayaan ambien dan bumbung kaca panorama Sky Lounge, terdapat istem audio Harman Kardon dengan 18 pembesar suara berkuasa 655 watt manakala Kokpit Profesional Langsung BMW memberikan akses intuitif kepada navigasi, hiburan, serta tetapan kenderaan.


Daripada aspek kemudahan, ia dilengkapi dengan kerusi pelbagai fungsi untuk pemandu, sistem akses keselesaan, ruang storan untuk pengecasan tanpa wayar, serta sistem penyaman udara automatik dengan kawalan empat zon sebagai ciri standard.

Sementara itu, ciri ketersambungan turut terdiri daripada panggilan kecemasan pintar, telekhidmat, perkhidmatan ConnectedDrive, pakej sambungan profesional dan integrasi telefon pintar sebagai ciri standard.

Dari segi prestasi, BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu menawarkan kuasa 400 kW (544 hp) dan tork 765 Nm, menjadikannya varian lebih berkuasa dan dinamik antara kedua-dua model.

Kenderaan ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 4.6 saat, dengan kelajuan maksimum 200 km/j.
Manakala, jarak pemanduan elektriknya mencatatkan sehingga 701 km mengikut kitaran WLTP, hasil daripada bateri berkapasiti kasar 111.5 kWh yang lebih besar.
Kadar pengecasan arus terus dengan maksimum 195 kW membolehkan BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu mencapai pengecasan pantas, memberikan sehingga 217 km jarak tambahan hanya dalam 10 minit pengecas.
Sebagai sebahagian daripada sistem akses keselesaan, model ini juga hadir bersama Kunci Digital Plus BMW menawarkan kaedah yang lancar dan selamat untuk mengakses kenderaan. Sistem ini merangkumi kunci fizikal, kad penyediaan dan kad servis, bagi proses pemasangan dan pengaktifan yang mudah.
Denganmenggunakan Kad Penyediaan, pengguna hanya perlu mendekatkannya ke telefon pintar atau mengimbas kod QR untuk mengaktifkan kunci digital.
Ciri ini membolehkan sehingga 18 kunci digital dikongsi bersama pengguna lain, dengan tetapan peranan dan had tertentu seperti kelajuan atau pecutan, ciri yang amat bermanfaat untuk pemandu baharu. Selain itu, sistem juga membolehkan kawalan fungsi kenderaan dilakukan melalui aplikasi My BMW.
Kad Servis pula membolehkan peralihan semula ke penggunaan kunci fizikal sekiranya diperlukan untuk tujuan penyelenggaraan atau kecemasan.
Daripada segi bantuan pemanduan, ia hadir secara standard dengan Bantuan Pemanduan Profesional dan Bantuan Parkir Plus, iaitu sistembantuan pemanduan canggih yang memberikan pengalaman pemanduan yang lebih mudah dan selamat.
Bagi yang berminat, ia boleh didapati dalam warna eksklusif M Carbon Black, manakala ruang dalamannya ditawarkan dalam pilihan Interior Design Suite Amido, Interior Design Suite Castanea, serta reka bentuk dalaman M Sport berwarna hitam atau Atlas Grey.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRH8466
SELANGOR
BSR9759
JOHOR
JB1955J
PULAU PINANG
PSE2448
PERAK
APK2609
PAHANG
CFH2921
KEDAH
KGH3086
NEGERI SEMBILAN
NEL1954
KOTA KINABALU
SJT3017
KUCHING
QAB2736P
Terakhir Kemas Kini 29 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
Masuk Percuma! Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Serbu BMW Clubhouse Di Factory 19 Julai Ini
BMW Clubhouse– Tampil Model Baharu BMW & M.
01-07-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!
Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.
21-01-2026
BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K
BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.
15-01-2026
BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia
BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.
15-01-2026
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik
Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.
10-11-2025
BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800
Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.
21-07-2025
Berita Terkini
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya
EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.
15-07-2026
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k
Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.
13-07-2026
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat