- Berita
- Berita Auto
- GWM Tank 500 HEV Black Edition Dilancarkan – Tampil Lebih Menggerunkan Pada Hanya RM8,000
GWM Tank 500 HEV Black Edition Dilancarkan – Tampil Lebih Menggerunkan Pada Hanya RM8,000

Great Wall Motor (GWM) Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan versi eksklusif, Tank 500 HEV 'Black Edition', yang hadir dengan pakej estetik serba hitam yang bertujuan untuk menonjolkan imej lebih garang dan premium.
Model off-roader mewah tujuh tempat duduk ini dilancarkan sebagai model andalan semasa Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) awal tahun ini, dan kini ia ‘disegarkan’ dengan sentuhan visual yang lebih gah.
Aura Gelap ‘Menggerunkan’
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Tank 500 HEV Black Edition ini seperti yang terserlah daripada namanya, hampir keseluruhan komponen luaran kini disuntik dengan kemasan gelap, menjadikannya kelihatan jauh lebih ‘menggerunkan.’
Bahagian hadapan kini menggunakan lampu depan yang digelapkan (smoked) yang mengapit gril hadapan yang dicat hitam sepenuhnya. Kemasan hitam turut digunakan pada bampar depan, lampu kabus, lampu belakang, pemegang pintu, pelindung bampar belakang dan pemegang pintu.
-full.jpg)
-full.jpg)
Juga tampil dalam warna gelap ialah rim 20 inci, pemijak sisi (automatik), tingkap dan rel bumbung. Edisi khas ini hanya ditawarkan dalam satu pilihan warna luaran iaitu 'Sun Black.’
Enjin Hibrid Kekal Berkuasa, Tork Cecah 648 Nm
Walaupun aspek visualnya dirombak, tiada sebarang perubahan mekanikal dilaporkan pada varian 'Black Edition' ini kerana ia masih menggunakan sistem trenkuasa sama yang terdiri daripada enjin petrol 2.0 liter 4 silinder turbo yang digabungkan dengan motor elektrik dan sistem bateri kompak.
Gabungan sistem hibrid ini mampu menjana kuasa mencecah 346 PS dan tork yang sangat tinggi iaitu 648 Nm. Kuasa ini disalurkan melalui transmisi automatik 9 kelajuan dan sistem pacuan semua roda (4WD) boleh tukar (switchable).
Sistem 4WD ini menawarkan sehingga 11 mod pemanduan dan rupa bumi untuk dipilih, serta ciri seperti off-road cruise control dan fungsi 'Tank Turn' untuk kelincahan maksimum di luar jalan.
Harga Premium RM8,000 & Waranti Seumur Hidup






Model Black Edition yang eksklusif ini ditawarkan pada harga RM336,800 (tidak termasuk insurans dan kos atas jalan). Peningkatan sebanyak RM8,000 berbanding model Tank 500 HEV standard yang berharga RM328,800.
Pelanggan terawal yang menempah edisi ini turut akan menerima ‘Hadiah Premium Edisi Terhad’ sebagai penghargaan.
Yang menarik, pakej waranti komprehensif GWM turut dikekalkan, termasuk:
- Waranti SEUMUR HIDUP untuk enjin, transmisi dan sistem HEV (eksklusif untuk pemilik berdaftar pertama).
- Waranti bateri selama 8 tahun atau 200,000 km.
- Waranti asas kenderaan selama 6 tahun dengan jarak perbatuan tanpa had.
- Pakej penyelenggaraan percuma selama 5 tahun.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC9305
SELANGOR
BSQ9152
JOHOR
JYB433
PULAU PINANG
PSD1857
PERAK
APJ3062
PAHANG
CFG8124
KEDAH
KGG5705
NEGERI SEMBILAN
NEK6837
KOTA KINABALU
SJS4608
KUCHING
QAB223P
Terakhir Kemas Kini 23 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri
Intai Dua Model Elektrik Baharu GWM di KLIMS 2026 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!
08-06-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif
Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.
27-04-2026
GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia
WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!
22-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
BUDI95 Tak Cukup? Haval H6 HEV 'Tapau' 1,000KM 1 Tangki
SUV jimat minyak, Haval H6 HEV sekali isi, boleh redah lebih 1,000KM.
31-03-2026
GWM Haval H6 HEV
Sambut Hari Raya 2026 dengan GWM HAVAL H6 HEV, SUV hibrid paling laris di Malaysia.
13-03-2026
Berita Terkini
JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!
JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.
22-06-2026
PM Rasmikan Operasi LRT3 Ahad Ini
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekiranya akan bermula Isnin depan.
22-06-2026
Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global
Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.
22-06-2026
Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai
Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.
22-06-2026
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
