iCAUR V23 Didedah, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM145,000

iCAUR Malaysia buat julung kalinya menayangkan iCAUR V23 dalam satu majlis pratonton yang diadakan di ibu negara, sebentar tadi.
Untuk pasaran tempatan, ia hadir dalam dua varian iaitu pacuan dua roda (2WD) (RM145,000) dan pacuan empat roda (iWD) RM155,000.
Varian 2WD dilengkapi motor tunggal pada gandar belakang yang menghasilkan kuasa 136 PS dan tork 180 Nm, digerakkan oleh bateri 59.9 kWh Lithium Iron Phosphate (LFP).

Sementara itu, varian iWD menggunakan sistem dwi-motor dengan pacuan semua roda pintar, yang menjana kuasa gabungan 211 PS dan tork 292 Nm, disokong oleh bateri ternary lithium (NMC) berkapasiti 81.8 kWh.
iCAUR V23 2WD menawarkan jarak pemanduan maksimum sehingga 401 km (NEDC), manakala varian iWD mencapai sehingga 501 km (NEDC). Mengenai trenkuasanya, , varian 2WD dikatakan mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 11 saat, manakala iWD hanya memerlukan 7.5 saat. Kedua-duanya mempunyai had kelajuan maksimum elektronik 140 km/j.

Dari segi dimensi, V23 berukuran 4,220 mm panjang, 1,915 mm lebar dan 1,845 mm tinggi, serta jarak roda sepanjang 2,735 mm.
Bagi pengecasan, varian 2WD menyokong pengecasan pantas DC sehingga 85 kW, manakala iWD sehingga 104 kW, dengan pengecasan AC 6.6 kW bagi kedua-dua varian.

Menariknya, iCAUR V23 turut dilengkapi fungsi “3.3 kW Vehicle-to-Load (V2L)”, membolehkan kenderaan ini membekalkan kuasa elektrik kepada peralatan luaran.
Dari segi kejuruteraan, Casis V23 direka untuk ketahanan sebenar dengan sistem suspensi MacPherson strut di bahagian hadapan dan multi-link di bahagian belakang, menawarkan keseimbangan antara keselesaan dan kawalan pemanduan.
Menjengah luarannya, iCAUR V23 menampilkan gabungan gaya minimalisme moden dengan pesona klasik SUV lasak. Bentuk petak yang tegas dipadankan dengan rim 19 inci (tayar 255/55 R19) bagi varian 2WD dan rim 21 inci (tayar 265/45 R21) bagi varian AWD.
Sementara itu, ia juga hadir elemen rekaan retro seperti kamera casis lutsinar 540-darjah definisi tinggi “Transparent HD Chassis Camera”, butang kawalan putar “rotary knobs” pada konsol Tengah, dan reka bentuk bumbung tinggi untuk ruang kepala.


Bagi yang berminat, anda jangan risau mengenai ciri keselamatannya kerana ia hadir dengan Sistem Bantuan Pemandu Tahap 2 (Level 2 Advanced Driver Assistance System – ADAS), yang terdiri daripada kawalan jelajah adaptif (adaptive cruise control), amaran keluar lorong (lane departure warning), dan brek kecemasan automatik (automous emergency braking).



Untuk makluman iCAUR V23 dijangka dilancarkan pada suku keempat (S4) 2025, dengan harga anggaran antara RM145,000 (2WD) hingga RM155,000 (iWD). Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan awal, bermula hari ini, sebelum pelancaran rasmi.
Untuk maklumat lanjut, layari www.icaur.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW7489
SELANGOR
BSP7382
JOHOR
JYW1822
PULAU PINANG
PSC209
PERAK
APH2632
PAHANG
CFG4258
KEDAH
KGF7042
NEGERI SEMBILAN
NEK3307
KOTA KINABALU
SJR7514
KUCHING
QAB7209N
Terakhir Kemas Kini 09 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ramai Minat iCaur, Ada 1,800 Unit Di Malaysia
iCAUR Malaysia terus memecah rekod dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) tempatan apabila secara rasmi mencatatkan 1,800 unit kenderaan di jalan raya
16-03-2026
Berita Terkini
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788
Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.
06-05-2026
Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng
Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.
30-04-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat