ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

China Mahu Kurangkan Had Pecutan 0-100 KM/J Kepada 5 Saat

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Keselamatan Awam China kini mencadangkan had masa pecutan 0–100 km/j dikurangkan dalam tempoh lima saat bagi kenderaan bermotor. 

Bagaimanapun, langkah ini sedang dipertimbangkan bagi mengurangkan risiko keselamatan yang dikaitkan dengan  pecutan berlebihan, khususnya pada kenderaan elektrik.

image.pngimage.png

Bertajuk “Syarat Teknikal untuk Keselamatan Operasi Kenderaan Bermotor,” cadangan ini merupakan sebahagian daripada standard keselamatan nasional baharu untuk kenderaan bermotor, yang merangkumi beberapa sekatan penting serta langkah keselamatan yang dipertingkatkan.

Malah, langkah itu dilihat perlu dilaksanakan terhadap kenderaan hibrid plug-in (PHEV) dan kenderaan elektrik bateri (BEV) dimana ia mesti dilengkapi dengan teknologi penindasan kesilapan pedal yang boleh mengesan dan mengehadkan output kuasa apabila kenderaan berada dalam keadaan pegun atau bergerak perlahan.

Pada masa yang sama, teknologi ini juga mesti menyediakan amaran audio dan visual yang akan memaklumkan kepada pemandu supaya tidak memecut.

image.pngimage.png

Bagi BEV, pemantau status bateri mesti dinaik taraf untuk merangkumi pengesanan automatik, perekodan, atau amaran awal tentang keadaan tidak normal pada sel bateri. Jika terdapat sebarang isu terma dikesan dalam bateri, kenderaan mesti memberi amaran kepada penumpang melalui isyarat audio dan visual.

Selain isu keselamatan bateri dan pecutan pantas, draf tersebut turut menangani beberapa masalah berkaitan sistem bantuan pemandu, termasuk cadangan yang mengkehendaki pemandu menerima serta melengkapkan latihan yang sewajarnya sebelum dibenarkan menggunakan fungsi tersebut.

Bukan itu sahaja, kereta yang dilengkapi fungsi ADAS mungkin diwajibkan mempunyai sistem pengesahan identiti, sama ada melalui pengenalan biometrik atau log masuk ID pengguna.

image.png

Bagi sistem bantuan pemanduan gabungan, apabila diaktifkan pada kelajuan melebihi 10 km/j, kenderaan mesti memantau keterlibatan pemandu secara berterusan menggunakan sekurang-kurangnya dua kaedah, iaitu pengesanan tangan tidak memegang (hand-off detection) dan pemantauan pandangan (gaze monitoring).

Cadangan ini turut menangani beberapa isu keselamatan lain berkaitan pintu dan tingkap, di mana kenderaan mesti memastikan setiap penumpang boleh keluar melalui sekurang-kurangnya dua pintu berbeza

Dalam pada itu, setiap pintu mesti dilengkapi mekanisme buka secara mekanikal dari dalam dan luar.

Bagi kenderaan yang hadir dengan dengan sistem penguncian pintu elektronik pula, pintu sisi yang tidak terjejas mesti dinyahkunci secara automatik apabila beg udara diaktifkan atau apabila berlaku kebakaran bateri.

Bagaimanapun, cadangan ini masih berada dalam fasa rundingan awam, yang merupakan sebahagian daripada proses semakan standard nasional sebelum diluluskan sebagai peraturan wajib. 






Gallery

Tag:

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

06-02-2026
Global

28-01-2026
Global

02-12-2025
EV

30-09-2025
Global

20-08-2025
Global

29-07-2025
EV

14-07-2025
Global

04-02-2025

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.