ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: Volkswagen Golf GTI Mk 8.5, Versi CKD - Harga Bermula Daripada RM255,990

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)  melancarkan secara rasminya Golf GTI Mk 8.5 pada harga RM255,990, sebentar tadi.

Sebaliknya, bagi  50 pelanggan terawal yang mendaftar sebelum 31 Disember 2025, harga pengenalan RM242,990 ditawarkanM249,990ermasuk VAP untuk Golf GTI.

image.png

Golf GTI baharu  ini dijana oleh enjin petrol 2.0 TSI turbocharged yang mana ia mampu menghasilkan  kuasa setakat 265PS (peningkatan sebanyak 20PS berbanding model sebelumnya) dan dipadankan dengan transmisi DSG 7-kelajuan. 

image.pngimage.png

Menjengah luarannya, ia menampilkan   gaya ikonik dengan rekaan luaran yang menyerlah dan sporty. Seperti mana versi global, Golf GTI Mk 8.5 ini n turut menerima sentuhan facelift yang sama, menampilkan beberapa perubahan kecil pada reka bentuk luaran.

Model versi pemasangan tempatan ini (CKD) hadir dengan lampu utama IQ.Light LED matriks baharu, reka bentuk bampar hadapan baharu dengan lampu kabus berbentuk heksagon, serta terdapat lampu belakang IQ.Light 3D LED yang direka semula dengan grafik animasi dan isyarat membelok dinamik.

Model ini dipasang dengan  rim aloi ‘Richmond’ bersaiz 18 inci (7.5J x 18”) dengan tayar 225/40 R18.

image.pngimage.pngimage.png

Menjengah ruang kabinnya, ia menawarkan  sentuhan premium  dimana terdapat pelapik bumbung hitam ‘GTI’ pedal keluli tahan karat, stereng sport pelbagai fungsi ‘GTI’ di balut kulit dengan butang kawalan fizikal, kemasan ‘Black Metal Chrome’ ‘GTI’ pada papan pemuka dan panel pintu hadapan termasuk sistem audio Harman Kardon 480 watt dengan 9 pembesar suara dan subwoofer yang dikuasakan oleh penguat digital 12-saluran.

image.png

Tidak ketinggalan, dua  port USB-C di hadapan dan belakang,  terdapat  Head-Up Display (HUD) yang memaparkan maklumat penting terus ke cermin hadapan seperti tahap kelajuan, arahan navigasi dan amaran bantuan pemandu bagi memastikan pemandu kekal fokus di jalan raya.

image.pngimage.png

Bagi yang berminat, ia hadir dalam lima warna Oryx White, Moonstone Grey, Grenadilla Black, Kings Red dan Anemone Blue .

Ia juga hadir dengan pakej jaminan Volkswagen Assurance Package (VAP) yang merangkumi:

• 5 tahun penyelenggaraan percuma.

• 5 tahun jaminan perbatuan.

• 5 tahun bantuan tepi jalan percuma.

Untuk maklumat lanjut, layari www.volkswagen.com.my atau kunjungi mana-mana pengedar sah Volkswagen di seluruh negara.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW7443

SELANGOR

BSP7362

JOHOR

JYW1769

PULAU PINANG

PSC139

PERAK

APH2624

PAHANG

CFG4257

KEDAH

KGF7037

NEGERI SEMBILAN

NEK3301

KOTA KINABALU

SJR7509

KUCHING

QAB7207N

Terakhir Kemas Kini 09 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

08-10-2025
EV

07-10-2025
Kereta Baru

07-05-2025
Kereta Baru

07-05-2025
Kereta Baru

07-05-2025
Kereta Baru

09-08-2024
Kereta Baru

20-05-2024
Kereta Baru

20-01-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Kereta Baru

Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng

Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.

30-04-2026
Kereta Baru

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Kereta Baru

MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000

MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.

24-04-2026
Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.