ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_honda-cr-v-two-tone.jpg


Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V. 


Bumbung Kontra Berwarna Hitam


Dua pilihan warna badan yang ditawarkan ialah Ignite Red Metallic (merah) dan Platinum White Pearl (putih) dengan gabungan warna kontra hitam pada bahagian bumbung, tiang tingkap, perumah cermin sisi, gril depan dan bawah serta skirting. 


Selain daripada penggunaan warna luaran dua tona ini, tiada sebarang perubahan lain dari segi mekanikal atau kelengkapan kabin dilaporkan.


Spesifikasi Lain Kekal Sama


web_CariCarz_Press_Honda-CR-V_launch_product_-34.jpg


Varian E dan V kekal menggunakan trenkuasa yang sama seperti yang diperkenalkan pada Disember 2023 lalu yang mana kedua-duanya dikuasakan oleh enjin yang sama iaitu 1.5L VTEC Turbo 4-Silinder dengan output 193 PS / 243 Nm. Kuasa disalurkan melalui sistem transmisi automatik CVT  kepada roda hadapan (FWD) untuk varian E dan kesemua roda (AWD) pada varian V. 


Menurut Honda, teknologi trenkuasa ini menghasilkan purata penggunaan bahan api antara 7.0 hingga 7.5 liter/100 km.


web_CariCarz_Press_Honda-CR-V_launch_product_-24.jpg


Dari segi keselamatan, kedua-dua varian ini kekal dilengkapi dengan sistem keselamatan sama yang terdapat pada versi standard, iaitu pakej bantuan keselamatan canggih (ADAS) Honda Sensing yang terdiri daripada sembilan ciri keselamatan aktif, di samping ciri standard seperti Honda LaneWatch dan kamera parkir 360 darjah.


Harga Jualan CR-V Dual-Tone Edition


Honda Malaysia mengesahkan bahawa hanya 300 unit CR-V Dual-Tone Edition ditawarkan dengan harga bermula daripada RM169,900 untuk varian E dan  RM181,900 untuk varian V, harga yang dinyatakan tidak termasuk insurans. 


Harga ini termasuk waranti kenderaan selama 5 tahun tanpa had perbatuan, serta pakej servis buruh percuma sebanyak lima kali dalam tempoh 5 tahun atau 100,000 km.


web_TA_CariCarz_rolling_Honda-CR-V-RS-Hybrid_-2.jpg


Sejak pengeluaran CR-V secara CKD dimulakan di kilang Pagoh, Melaka pada tahun 2003, hampir 149,000 unit model ini telah dikeluarkan. Versi generasi terkini yang dilancarkan pada Disember 2023 telah mencatatkan jualan lebih 11,300 unit, menguasai 36% pasaran dalam segmen SUV sederhana tempatan.

Baca: [PANDU UJI] Honda CR-V 2.0 e:HEV RS – Model Sporty yang Jimat Minyak & Praktikal!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQX3295

SELANGOR

BSP8730

JOHOR

JYW4033

PULAU PINANG

PSC1679

PERAK

APH3575

PAHANG

CFG4612

KEDAH

KGF8039

NEGERI SEMBILAN

NEK3670

KOTA KINABALU

SJR8269

KUCHING

QAB7403N

Terakhir Kemas Kini 14 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

03-03-2026
Kereta Baru

13-11-2025
Berita Auto
Global

14-04-2025
Berita Auto

07-02-2025
Berita Auto

06-11-2024
Berita Auto

17-05-2024
Global

29-02-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Kereta Baru

Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng

Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.

30-04-2026
Kereta Baru

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.