Pratonton: Volkswagen Golf R-Line Ditunjuk

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mendedahkan Golf R-Line, sebentar tadi. Bagaimanapun, model Golf R-Line ini tersedia untuk pratonton sahaja.
Golf R-Line yang diinspirasikan daripada model berprestasi tinggi Volkswagen R,dipasang secara tempatan di kilang Volkswagen di Pekan, Pahang.


Menjengah bahagian luaran Golf R-Line menampilkan gaya tersendiri dengan elemen rekaan eksklusif. Ia hadir dengan bampar belakang ‘R-Line’ dengan paip ekzos krom di kiri dan kanan, serta side skirt ‘R-Line’ yang menyerlahkan dengan gaya sporty.
Sementara itu, bahagian kabinnya pula menawarkan identiti sporty R-Line iaitu pelapik bumbung hitam ‘R-Line’ (Black Headliner), pedal keluli tahan karat (Brushed Stainless Steel), stereng sport multi fungsi ‘R-Line’ dibalut kulit dengan butang fizikal untuk rasa kawalan lebih semula jadi.
Malah, papan pemuka dan panel pintu hadapan juga diberi kemasan carbon grey, upholsteri fabrik ‘R-Line’ di untuk kerusi hadapan dan kemasan ‘Artvelours’ pada tempat duduk belakang.


Tidak ketinggalan, sistem audio dengan tujuh pembesar suara mudah dikawal melalui antaramuka infotainmen yang intuitif.
Terdapat dua port USB-C di hadapan dan belakang, membolehkan pemandu serta penumpang mengecas peranti mereka dengan mudah sepanjang perjalanan.


Mengenai trenkuasa, Golf R-Line dikuasakan oleh enjin 1.5 eTSI (mHEV) turbo mild-hybrid (150PS, 250Nm) bersama transmisi DSG 7-kelajuan dengan sistem “shift-by-wire”.'
Ia mampu memecut dari 0–100 km/j dalam masa 8.6 saat dengan penggunaan bahan api sekitar 5.2L/100km, serta menawarkan kecekapan dan kestabilan pemanduan yang lebih mantap.

Golf R-Line akan dipamerkan di Auto Car Expo (ACE) 2025 yang akan berlangsung pada 8 dan 9 November 2025 di Setia City Convention Centre (SCCC). Pengunjung berpeluang memandu uji pelbagai model Volkswagen, termasuklah Tiguan Allspace, Touareg yang memenangi anugerah serta Golf GTI.
Untuk maklumat lanjut, layari www.volkswagen.com.my atau kunjungi mana-mana pengedar sah Volkswagen di seluruh negara.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW7443
SELANGOR
BSP7362
JOHOR
JYW1769
PULAU PINANG
PSC139
PERAK
APH2624
PAHANG
CFG4257
KEDAH
KGF7037
NEGERI SEMBILAN
NEK3301
KOTA KINABALU
SJR7509
KUCHING
QAB7207N
Terakhir Kemas Kini 09 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jom Raikan 50 Tahun Volkswagen Golf
VPCM bakal melakar sejarah dalam Malaysia Book of Records menerusi penganjuran perhimpunan pemilik dan peminat Volkswagen Golf terbesar di negara ini.
05-08-2024
Harga Volkswagen Golf R-Line Versi CKD Akhirnya Diumumkan, Dari RM170K! Ini Spesifikasinya...
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan harga Volkswagen Golf R-Line baharu.
02-08-2022
Dilancar: Volkswagen Golf GTI Mk 8.5, Versi CKD - Harga Bermula Daripada RM255,990
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan secara rasminya Golf GTI Mk 8.5 pada harga RM255,990, sebentar tadi.
05-11-2025
Volkswagen Pet Collection: Furever in Style, Koleksi Untuk Eratkan Hubungan Pemilik, Haiwan Peliharaan
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan koleksi gaya hidup eksklusif baharu, Volkswagen Pet Collection: Furever in Style, baru-baru ini.
17-09-2025
Renate Noessler Terajui VPCM
VPCM dan PHSAM mengumumkan pihaknya telah melantik Renate Noessler sebagai Pengarah Urusan VPCM untuk mengetuai operasi dan perniagaan VPCM.
16-06-2025
Dilancar: Golf GTI Black Edition - Harga Bermula Dari RM247, 512
VPCM memperkenalkan Golf GTI Black Edition ke pasaran tempatan.
07-05-2025
VPCM Kemas Kini Harga Baharu Untuk Touareg R-Line CKD, Harga Tak Sampai RM400K
VPCM mengumumkan Touareg R-Line versi pemasangan tempatan kini ditawarkan pada harga bermula dari RM382,690.
03-01-2025
VPCM Laksana Program Bantuan Banjir, Tawar Diskaun 30% Alat Ganti Tulen
VPCM melaksanakan inisiatif tahunan Volkswagen Cares untuk membantu pemilik kenderaan Volkswagen yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.
02-12-2024
Berita Terkini
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?
Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.
08-05-2026
Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788
Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.
06-05-2026
Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng
Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.
30-04-2026
BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum
Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.
27-04-2026
MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000
MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.
24-04-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat