Rekaan EV Leapmotor A10 Didedahkan Menjelang Kemunculan Rasmi Di Auto Guangzhou 2025

Leapmotor A10 serba baharu telah didedahkan di China secara dalam talian menjelang penampilan global pertamanya di Pameran Auto Guangzhou 2025 hujung minggu ini. Diposisikan sebagai crossover elektrik terkecil jenama itu setakat ini, A10 mempamerkan beberapa sentuhan reka bentuk yang diambil daripada model ‘abangnya’ C10 dan B10.
Dengan gaya badan crossover SUV subkompak yang agak bersegi atau boxy, A10 dijangka akan bersaing secara langsung dengan kenderaan elektrik (EV) crossover segmen B lain di China. Antara pesaing utamanya termasuk BYD Atto 2 (Yuan Up) dan MG S5 EV.
Rekaan Ranggi Dengan Sentuhan Premium


A10 meneruskan identiti rekaan Leapmotor dengan bahagian hadapan tanpa gril, sama seperti C10 dan B10. Ia menggunakan lampu hadapan LED berbentuk titisan air mata yang lebih bersegi berbanding model abangnya.
Gambar terhad yang dikeluarkan Leapmotor mendedahkan beberapa sudut rekaan penting, termasuk rim aloi dwi-lima jejari dan pemegang pintu jenis terbenam pada badan kereta.

Salah satu ciri paling menarik adalah kehadiran unit LiDAR yang dipasang pada bahagian bumbung, membayangkan tahap keupayaan pemanduan autonomi yang tinggi.
Port pengecasan diletakkan di bahagian fender hadapan di sebelah kiri. Manakala lampu belakang LED pula memaparkan bentuk ‘senyuman' yang unik.
Jangkaan Ciri Mekanikal Leapmotor A10
Walaupun butiran teknikal terperinci masih belum didedahkan, berdasarkan saiz dan kedudukannya dalam hierarki Leapmotor, A10 dijangka akan mempunyai spesifikasi trenkuasa yang lebih rendah berbanding B10.

Untuk perbandingan, model B10 menggunakan satu motor pacuan roda belakang (RWD) dengan output 215 hp (160 kW) dan tork 240 Nm. Pek bateri LFP 67.1-kWj yang dibekalkan CATL membolehkan B10 mencapai jarak WLTP sehingga 434 km.
Walaupun ruang kabin A10 tidak didedahkan, crossover segmen B ini dijangka akan dilengkapi dengan skrin infotainmen tengah bersaiz besar, 14.6 inci, yang sama seperti yang terdapat pada model B10, C10 dan hatchback B05.
Anggaran Harga & Rancangan Pasaran Global
Seperti yang dinyatakan di awal artikel, Leapmotor A10 akan membuat kemunculan global pertamanya di Pameran Auto Guangzhou 2025 hujung minggu ini. CarNewsChina melaporkan bahawa harga anggaran A10 di pasaran China dijangka bermula daripada CNY 80,000 (kira-kira RM46,885) hingga CNY 100,000 (kira-kira RM58,606). Ini meletakkannya setanding dengan pesaingnya yang lain di China.
Sementara itu, untuk pasaran antarabangsa, Autocar UK memberi bayangan bahawa A10 mungkin akan menjadi sebahagian daripada barisan produk global Leapmotor. Ia berpotensi menyertai model sedia ada lain C10, B10 dan T03 untuk pasaran luar negara seperti Eropah. Persoalannya, adakah crossover EV subkompak ini akan turut ‘menerjah’ pasaran Asia Tenggara?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6230
SELANGOR
BSU3687
JOHOR
JF5842J
PULAU PINANG
PSG3654
PERAK
APM1847
PAHANG
CFJ509
KEDAH
KGJ4374
NEGERI SEMBILAN
NEM2549
KOTA KINABALU
SJU5166
KUCHING
QAB7445P
Terakhir Kemas Kini 12 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Auto Guangzhou 2025: Leapmotor A10 Didedahkan Kepada Umum – Bakal Tiba Di Malaysia?
SUV crossover elektrik kompak Leapmotor A10 (B03X) akhirnya muncul menyerlahkan rekaannya untuk tatapan umum di Auto Guangzhou 2025.
24-11-2025
Auto Guangzhou 2025: Leapmotor A10 Didedahkan Kepada Umum – Bakal Tiba Di Malaysia?
SUV crossover elektrik kompak Leapmotor A10 (B03X) akhirnya muncul menyerlahkan rekaannya untuk tatapan umum di Auto Guangzhou 2025.
24-11-2025
Auto Guangzhou 2025: Leapmotor A10 Didedahkan Kepada Umum – Bakal Tiba Di Malaysia?
SUV crossover elektrik kompak Leapmotor A10 (B03X) akhirnya muncul menyerlahkan rekaannya untuk tatapan umum di Auto Guangzhou 2025.
24-11-2025
Auto Guangzhou 2025: Xpeng X9 PowerX EREV Dilancarkan – 1,602 KM, Bakal Tiba Di Malaysia?
Xpeng telah melancarkan secara rasmi MPV Xpeng X9 dalam versi trenkuasa kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di Auto Guangzhou 2025.
21-11-2025
Auto Guangzhou 2025: Chery iCar V27 Didedah, Jarak Gerak 1,000KM
Chery iCar V27 REEV yang mampu bergerak sejauh 1,000 kilometer (km) didedahkan pada pameran Auto Guangzhou 2025 yang sedang berlangsung di Guangzhou, China, baru-baru ini.
21-11-2025
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge