ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif

Sofea Najmi

Kongsi melalui

4.-(From-left)-Amanda-Zhang,-CEO-&-President,-Mercedes-Benz-Malaysia,-together-with-Mohd-Rizal-Jailan,-CEO,-Naza-Automotive-Group,-at-the-launch-of-Stars@Mercedes-Benz-Bangsar.jpg


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar rasmi, NZ Wheels Sdn Bhd (anak syarikat Naza Auto Group), semalam melancarkan secara rasmi bilik pameran di Bangsar setelah diubah suai sepenuhnya. Kini tampil lebih moden dan canggih di bawah nama Stars@Mercedes-Benz Bangsar. 


Stars@Mercedes-Benz Bangsar merupakan bilik pameran ketiga di dunia yang menerapkan konsep ini, selain dua lokasi lain iaitu di Ginza, Tokyo (Jepun) dan Zurich (Switzerland).


Pelaburan RM5 Juta Ubah Bilik Pameran 


Stars@Mercedes-Benz-(1).jpg


Terletak di Jalan Ara, Bangsar, premis dua tingkat seluas 1,800 meter persegi ini diberikan perubahan besar-besaran dengan pelaburan sebanyak RM5 juta oleh NZ Wheels.


Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden MBM, Amanda Zhang menyatakan bahawa konsep baharu ini "belum pernah terjadi sebelum ini" kerana ia melambangkan visi untuk mengubah ruang jualan menjadi destinasi gaya hidup yang imersif.


web_TA_Stars@Mercedes-Benz-Bangsar_NZ-Wheels_-4.jpgweb_TA_Stars@Mercedes-Benz-Bangsar_NZ-Wheels_-3.jpg3.-(Right)-SM-Nasarudin-SM-Nasimuddin,-Group-Executive-Chairman,-Naza-Corporation-Holdings,-presenting-a-memento-to-Amanda-Zhang,-CEO-&-President,-Mercedes-Benz-Malaysia,-in-commemoration-of-Stars@Mercedes-Benz-Bangsar-launch.jpg


Turut hadir menyempurnakan majlis, pimpinan utama Naza Auto Group termasuk Pengerusinya, Datuk Jasmy Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Rizal Jailan.


Zon Eksklusif 


Stars@Mercedes-Benz-(3).jpgStars@Mercedes-Benz-(2).jpgStars@Mercedes-Benz-(4).jpg


Bilik pameran ini dibina untuk menawarkan pengalaman eksklusif dengan 'zon imersif khas' untuk barisan model premium dan mewah yang termasuk Mercedes-Maybach, Mercedes-AMG, G-Class dan model flagship Mercedes-Benz. 


Stars@Mercedes-Benz-(6).jpgStars@Mercedes-Benz-(7).jpg


Keunikan utama Stars@Mercedes-Benz Bangsar ialah ruang khas 'Manufaktur'. Ia membolehkan pelanggan istimewa meneroka pelbagai sampel dan pilihan untuk menjadikan kenderaan tampil lebih eksklusif  dibantu oleh skrin digital bersaiz besar dalam suasana santai seperti kafe.


Menurut Datuk Jasmy Ismail, "Bilik pameran ini menjadi contoh terbaik untuk perkhidmatan dan pengalaman automotif yang eksklusif,  menggambarkan komitmen kami untuk melakukan yang terbaik dan memahami evolusi keperluan pengguna masa kini.”


Komprehensif & Canggih


Stars@Mercedes-Benz-(8).jpg


Stars@Mercedes-Benz Bangsar juga menyediakan kemudahan pengecas pantas DC 50 kW untuk pemilik kenderaan elektrik (EV) Mercedes-Benz.


Dalam kenyataan bersama, MBM dan NZ Wheels memaklumkan bahawa Stars@Mercedes-Benz Bangsar mempunyai kebolehan untuk 'berubah menjadi satu identiti jenama yang berbeza dalam tempoh 30 minit', yang dimungkinkan oleh sistem dinding modular premis. 


Melihat potensi ini,  Zhang menambah, syarikat menjangkakan lebih banyak kerjasama dengan jenama mewah lain akan diadakan di ruang pameran sama pada masa akan datang.


Turut akan dilancarkan tidak lama lagi ialah pusat perkhidmatan selepas jualan (2S) di lokasi lain, Jalan Genting Klang/Setapak yang menurut NZ Wheels,  akan mula beroperasi pada suku kedua 2026.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY4512

SELANGOR

BSV1172

JOHOR

JH4075J

PULAU PINANG

PSH4012

PERAK

APM9475

PAHANG

CFJ4082

KEDAH

KGJ8110

NEGERI SEMBILAN

NEM5843

KOTA KINABALU

SJV1820

KUCHING

QAB198Q

Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

11-11-2025
Gaya Hidup

11-11-2025
Kereta Baru

04-03-2026
Berita Auto

03-02-2026
Kereta Baru

14-01-2026
Kereta Baru

06-01-2026
EV

10-12-2025
Kereta Baru

09-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse

: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.

13-11-2026
Berita Auto

Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu

Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.

13-11-2026
Berita Auto

Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok

LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.

12-11-2026
Berita Auto

Siapa Pengganti Menteri Pengangkuran?

Pengganti Anthony Loke Masih Belum Dibincangkan.

12-11-2026
Berita Auto

JPJ Cipta Sejarah

Nombor Pendaftaran Siri H Catat Sejarah, JPJ Kutip RM91.2 Juta.

11-11-2026
Berita Auto

Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang

Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.

11-11-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.