Mercedes-Benz G-Class Capai Pengeluaran 600,000 Unit
-full.jpg)
Mercedes-Benz G-Class generasi terkini (W464)
Mercedes-Benz baru-baru ini mengumumkan pencapaian penting bagi model ikoniknya, Gelandewagen atau G-Class. Selepas 46 tahun pengeluaran tanpa henti, jumlah kenderaan G-Class yang dihasilkan kini mencecah 600,000 unit.
G580 EQ Technology Jadi Unit Ke-600 000

Menariknya, unit ke-600,000 ini ialah varian terbaru versi elektrik sepenuhnya, G580 dengan EQ Technology, yang tampil bergaya dalam warna Obsidian Black. Model ini telah dilancarkan di pasaran tempatan awal tahun ini dengan harga bermula RM958,888.
Pencapaian ini dibuat dalam tempoh hanya dua tahun selepas rekod 500,000 unit dicapai. Bermakna, 100,000 unit telah dihasilkan dalam tempoh yang singkat, menunjukkan perkembangan pesat model ini. Sebelum ini, Mercedes-Benz memaklumkan pengeluaran daripada 400,000 unit kepada 500,000 mengambil masa tiga tahun, begitu juga daripada 300,000 kepada 400,000 unit.
Baca: Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888
Model Paling Banyak Disematkan Dengan Ciri Eksklusif
Selain pencapaian pengeluaran, Mercedes-Benz turut mendedahkan bahawa G-Class ialah model paling banyak diberikan sentuhan eksklusif. Lebih 90% pembeli memilih sekurang-kurangnya satu pilihan personalisasi Manufaktur.

Unit ke-600 000 dihasilkan ialah varian elektrik, G580 dengan EQ Technology dalam warna Obsidian Black
Di pasaran luar negara, permintaan terhadap model ini cukup menggalakkan sehingga membuatkan harganya melambung tinggi dan senarai menunggu bukan hanya berbulan-bulan, malah bertahun-tahun.
Mercedes-Benz G-Class Di Malaysia


Di pasaran tempatan, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) menawarkan G-Class dalam versi elektrik sepenuhnya G580 dengan EQ Technology (kiri) dan varian prestasi tinggi Mercedes-AMG G63 (kanan).
Di Malaysia, selain varian elektrik G580 dengan EQ Technology, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut menawarkan versi berprestasi tinggi Mercedes-AMG G63 yang dijual pada harga RM1,948,888. Model ini dilengkapi enjin V8 4.0 liter turbo kembar yang mampu menghasilkan kuasa 577 hp (585 ps) dan tork 850 Nm, membolehkan G63 menyempurnakan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 2.6 saat.
Baca: Mercedes-AMG G63 2024 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.948 Juta






Mercedes-AMG G63
Walaupun ada beberapa laporan menyatakan bahawa jualan G-Class versi elektrik agak perlahan di peringkat global, permintaan terhadap model ini secara keseluruhannya kekal tinggi. Pengeluaran dijangka akan terus meningkat, dengan jumlah unit diunjurkan mencecah 700,000 dalam masa terdekat.
Baca: Mercedes-Benz GLC With EQ Tech: Gaya Futuristik Yang Menawan

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9245
SELANGOR
BSU2554
JOHOR
JF3280J
PULAU PINANG
PSG1764
PERAK
APL9486
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3641
NEGERI SEMBILAN
NEM1983
KOTA KINABALU
SJU4374
KUCHING
QAB7145P
Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Peminat G-Class Kena Bersabar! Pelancaran Versi 'Baby' Ditunda Ke 2027 – Sedang Diuji
Imej intipan terbaru mendedahkan bahawa Mercedes-Benz kini sedang giat menguji model yang digelar sebagai ‘baby G-Class’.
23-02-2026
Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran tempatan di ibu negara, pagi tadi.
26-06-2025
Mercedes-Benz G-Class Kini Dengan Sistem MHEV 48 Volt!
Mercedes-Benz telah mengemaskini SUV ikoniknya, G-Class, dengan semua varian kini dilengkapi dengan sistem hibrid ringan 48 volt.
28-03-2024
Mercedes-Benz G Class Ditayang, Belum Dilancar Lagi Tetapi ROI Sudah Dibuka
Biarpun, ia dibalut dengan pelekat penyamaran berwarna ungu namun ia sebenarnya model Mercedes-Benz G Class Elektrik yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
13-06-2025
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

