Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro

Chery telah menambahkan satu lagi varian untuk Chery Arrizo 8 Pro yang dikenali sebagai 400T Luxury, baru-baru ini. Model ini yang dijual pada harga 147,900 yuan (RM85,861), sudah pun dilancarkan di China.
Difahamkan, varian spesifikasi tertinggi ini hadir dengan sedikit peningkatan kuasa berbanding varian lebih rendah, selain menerima beberapa perubahan reka bentuk kecil .


Bagaimanapun, sebahagian reka bentuk luaran model ini kekal sama seperti varian 2.0T lain bagi Arrizo 8 Pro, termasuk gril hadapan heksagon dengan kemasan sarang lebah hitam yang Chery gelar sebagai “Star Ring Obsidian Grille,” kemasan bampar bawah beraksen krom, serta lampu belakang LED penuh lebar yang tajam dengan empat ekzos.
Antara yang baharu ialah, ia kini hadir dengan lencana 400T di bahagian belakang yang menandakan peningkatan kuasa tersebut, serta rim aloi dua tona 18-inci multi-jejari yang dipadankan dengan angkup brek berwarna merah dan tayar Continental UltraContact UC6.

Dari segi dimensi, Arrizo 8 Pro 400T Luxury kekal sama seperti varian spesifikasi lebih rendah, iaitu berukuran 4,812 mm panjang, 1,843 mm lebar dan 1,469 mm tinggi, dengan jarak roda 2,790 mm.
Walaupun angka ini meletakkannya dalam kategori sedan segmen-D bersaiz sederhana, model sporty ini masih diposisikan sebagai sedan segmen-C di pasaran domestik China.
Ia adalah salah satu pesaing rapat kepada model seperti Honda Civic dan Toyota Corolla.
Menjengah bahagian kabinnya, Arrizo 8 Pro 400T Luxury turut mengekalkan susun atur kabin yang sama seperti varian 2.0T, namun ia menerima warna hitam-merah yang lebih sporty.

Seperti biasa, model ini juga hadir dengan skrin infotainmen besar 15.6 inci yang dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8155, kluster meter digital 10.25 inci, stereng tiga jejari, pemilih gear elektronik, lampu ambien, bumbung suria panorama, dan banyak lagi.
Mengenai trenkuasanya, Arrizo 8 Pro 400T Luxury disumbat dengan enjin petrol 4-silinder 2.0 liter Kunpeng turbo yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 257 hp (192 kW) dan 400 Nm, berbanding 251 hp (187 kW) dan 390 Nm sebelum ini.
Enjin 2.0 liter TGDI tersebut masih dipadankan dengan transmisi automatik DCT 7-kelajuan dan pacuan roda hadapan (FWD), walaupun Chery masih belum menyatakan sebarang angka prestasi baharu hasil peningkatan kuasa ini.

Walaupun naik taraf ini menjadikan Arrizo 8 Pro 400T Luxury sebagai varian paling berkuasa namun ia masih belum cukup untuk menjadikannya versi paling berkuasa secara keseluruhannya kerana gelaran tersebut masih milik kembarnya, Chery Fulwin A8.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW4824
SELANGOR
BSU7058
JOHOR
JG6045J
PULAU PINANG
PSH271
PERAK
APM5875
PAHANG
CFJ2852
KEDAH
KGJ6462
NEGERI SEMBILAN
NEM4429
KOTA KINABALU
SJU8092
KUCHING
QAB8745P
Terakhir Kemas Kini 29 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas
Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.
02-01-2026
Berita Terkini
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

