ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Maybach S580 Night Series 4Matic Dilancarkan Di Malaysia – 'Hanya' Dari RM2.4 Juta

Sofea Najmi

Kongsi melalui

MM-S-Class-Night-Series-(2).jpg


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) secara rasmi telah memperluaskan lagi barisan model S-Class generasi ketujuh (W/V223) di pasaran tempatan. Minggu ini, model limosin itu ‘dihidupkan’ dengan kemunculan Mercedes-Maybach S580 4Matic Night Series.


Tidak seperti varian S580e PHEV yang dipasang secara tempatan (CKD) dan diperkenalkan pada September tahun ini, model import sepenuhnya (CBU) ini boleh dikatakan sebagai varian S-Class (jarak roda yang panjang, V223) yang paling mewah dan mahal yang ditawarkan secara rasmi di Malaysia.


Berapakah Harga S580 Night Series Ini Berbanding Model Lain?


MM-S-Class-Night-Series-(3).jpg


Memandangkan statusnya sebagai model tertinggi di bawah Maybach, limosin ini ditawarkan pada harga yang paling tinggi berbanding model S-Class yang lain, iaitu mencecah RM2,404,888.


Sebagai salah satu model di bawah jenama Maybach, ia berdiri sebaris dengan jenama ultra-mewah lain seperti Bentley dan Rolls-Royce. Sekiranya anda antara individu ‘kayangan’ dengan pendapatan sangat tinggi (UHNWI) yang mencari kereta baharu untuk dipandu oleh pemandu peribadi, ini antara model yang boleh dipertimbangkan.  


Adakah S580 Night Series Mampu Memecut Laju Walaupun Bersaiz ‘Gergasi’?


Walaupun bersaiz besar dan berat, Maybach S580 Night Series ini masih mampu memecut dengan pantas. Prestasi ini datang daripada enjin petrol V8 4.0 liter turbo kembar yang dimilikinya, menjana kuasa 503 hp dan tork 700 Nm. Hasilnya? Model ini boleh membuat pecutan abad (0-100 km/j) dalam masa sepantas 4.8 saat!


Kebolehan pecutan ini turut dibantu oleh sistem pacuan semua roda 4Matic (AWD) dan transmisi automatik 9 kelajuan yang lancar. 


Apa Yang Ditawarkan Untuk Keselesaan & Kestabilan Pemanduan?


Keselesaan penumpang dijamin melalui penggunaan sistem suspensi udara Airmatic dengan peredam adaptif pada casis.


Untuk menambah ketangkasan dan memudahkan pergerakan memusing (walaupun bersaiz panjang), varian ini juga dilengkapi dengan sistem pengendalian gandar belakang (rear-axle steering) sebagai ciri standard.


Sejauh Mana Keunikan Rekaan Model Ini?


MM-S-Class-Night-Series-(1).jpg


Ciri paling menyerlah pada model tertinggi ini adalah sentuhan visual gelap ‘Night Series.’ Pakej ini membawa beberapa ciri eksklusif iaitu:

  • Elemen krom gelap.
  • Pelbagai pilihan warna luaran dua tona yang eksklusif.
  • Aksen lampu hadapan berwarna krom gelap metalik dan rose gold.
  • Kemasan hitam dengan tahap kilatan yang tinggi (high-gloss black) pada garis ‘pinggang’ badan (beltline), sekeliling tingkap, tiang B dan perumah cermin sisi.
  • Rim Maybach 7 jejari 20 inci eksklusif dalam kemasan hitam dan dark shadow gloss.
  • Ambang pintu bercahaya.

Bagaimana Rupa Kabin S580 Night Series?


MM-S-Class-Night-Series-(7).jpgMM-S-Class-Night-Series-(6).jpg


Di dalam, kabin Maybach S580 Night Series dipertingkatkan dengan pencahayaan ambien aktif ‘Garnet Glow’, kemasan kayu walnat dengan pori terbuka berwarna coklat gelap, konsol tengah dengan kemasan gaya kristal berwarna hitam eksklusif Maybach dan corong pendingin hawa dark shadow gloss.


MM-S-Class-Night-Series-(4).jpgMM-S-Class-Night-Series-(5).jpg


Sebagai model kereta yang eksklusif, kebanyakan ciri dalamannya boleh direka mengikut citarasa pembeli, dengan syarat ada ‘Ringgit tambahan’ untuk dibelanjakan dalam program personalisasi produk, Mercedes-Benz Manufaktur.


Harga jualan adalah termasuk waranti standard MBM selama 4 tahun tanpa had perbatuan.


Persoalannya, sanggupkah anda berbelanja hampir empat kali ganda lebih tinggi berbanding S580e CKD semata-mata untuk mendapatkan ciri yang lebih mewah dan eksklusif yang terdapat pada model ini?

Juga Menarik: Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif

S-580-e-(1).jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG6213

SELANGOR

BSR7046

JOHOR

JA4988J

PULAU PINANG

PSD9306

PERAK

APJ9542

PAHANG

CFH2047

KEDAH

KGH1709

NEGERI SEMBILAN

NEK9641

KOTA KINABALU

SJT1521

KUCHING

QAB2241P

Terakhir Kemas Kini 20 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

25-09-2025
Kereta Baru

25-02-2025
Global

04-04-2023
Berita Auto

12-02-2023
Global

13-12-2022
Global

Model Edisi Terhad Maybach, Hasil Kerjasama Dengan Pereka Fesyen Virgil Abloh Dilancarkan

Mercedes‑Maybach S‑Class S680, ialah sebuah model serba lengkap yang telah dihasilkan dengan kerjasama mendiang Virgil Abloh.

15-05-2022
Berita Auto

Project Maybach, Kereta Elektrik Yang Menjadi Inspirasi Buat Generasi Muda

Mercedes-Benz telah mengadakan pameran di Rubell Museum untuk mempertontonkan Project Maybach kepada umum.

28-01-2022
Berita Auto

18-11-2021

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.