ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MPV 1,000 KM, Nissan Serena e-Power 'Didekati' & Diuji – Lancar Di Malaysia Q1 2026

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz-SN-Nissan-Serena-Unveiling-2.jpeg


Pengedar eksklusif kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), telah memberi peluang kepada media untuk mendekati dan memandu uji model terbaru, Nissan Serena e-Power yang merupakan Serena generasi keenam dengan kod nama C28. Pertama kali diperkenalkan di Jepun pada tahun 2022, model ini bakal muncul sebagai pengganti kepada Serena C27 yang telah dipasarkan di negara kita sejak 2018.


Apakah Perbezaan Reka Bentuk Antara Serena C27 & C28?


Web_CariCarz-_SN_Serena-E-Power-C28-Preview_-029.jpg


Model C28 ini mendapat pelbagai pembaharuan estetik luaran yang mempamerkan elemen rekaan terkini Nissan, namun ia masih mengekalkan siluet MPV ‘kotak’ yang menjadi identiti Serena sebelum ini.


Web_CariCarz-_SN_Serena-E-Power-C28-Preview_-143.jpgWeb_CariCarz-_SN_Serena-E-Power-C28-Preview_-136.jpg


Dari sudut depan, model ini menggunakan rekaan jeriji V-Motion baharu dengan palang melintang yang disepadukan bersama lampu LED. Komponen ambilan udara menegak turut diletakkan di kiri dan kanan sudut hadapan. 


Web_CariCarz-_SN_Serena-E-Power-C28-Preview_-140.jpgWeb_CariCarz-_SN_Serena-E-Power-C28-Preview_-118.jpg

Web_CariCarz-_SN_Serena-E-Power-C28-Preview_-123.jpgWeb_CariCarz-_SN_Serena-E-Power-C28-Preview_-122.jpg


Bergerak ke sudut tepi, model ini kekal menggunakan pintu jenis gelangsar bukaan automatik dan dilengkapi rim aloi dua tona 16 inci yang baharu.


Web_CariCarz-_SN_Serena-E-Power-C28-Preview_-015.jpg


Sudut belakang pula tampil menyerlah dengan lampu LED menegak yang tirus dengan bentuk unik boomerang. Yang menariknya, bukaan but belakang adalah jenis split tailgate. 


Web_CariCarz-_SN_Serena-E-Power-C28-Preview_-023.jpgWeb_CariCarz-_SN_Serena-E-Power-C28-Preview_-022.jpgWeb_CariCarz-_SN_Serena-E-Power-C28-Preview_-021.jpgWeb_CariCarz-_SN_Serena-E-Power-C28-Preview_-045.jpg


Dari segi ukuran, Serena e-Power C28 memiliki panjang 4,765 mm, lebar 1,715 mm dan tinggi 1,870 mm, dengan jarak roda 2,870 mm. Ini bermakna model baharu ini 5 mm lebih rendah dari segi kepanjangan dan 25 mm lebih kecil dari segi kelebaran, namun jarak rodanya bertambah 10 mm berbanding C27.


Terdapat empat pilihan warna, termasuk tiga pilihan dwi-tona dengan bumbung hitam seperti Brilliant White, Dark Metal Gray, Turquoise Blue dan Diamond Black. 


Apakah Kelebihan Utama Sistem Hibrid e-Power Generasi Kedua?


Web_CariCarz-_SN_Serena-E-Power-C28-Preview_-001.jpg


Peningkatan paling signifikan pada Serena baharu terletak pada sistem trenkuasa yang digunakan iaitu hibrid e-Power generasi kedua. Sistem ini direka untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang menyerupai kenderaan elektrik (EV). 


Sistem e-Power ini terdiri daripada enjin petrol 3 silinder 1.4 liter aspirasi natural (HR14DDe) yang hanya berfungsi sebagai penjana tenaga untuk mengecas pek bateri lithium-ion 1.769 kWj.


Model ini digerakkan sepenuhnya oleh motor elektrik yang memacu roda hadapan (FWD), menjana kuasa 163 PS dan 315 Nm.


Web_CariCarz-_SN_Serena-E-Power-C28-Preview_-028.jpg


Dengan tangki bahan api 51 liter, Nissan mendakwa sistem e-Power ini mampu menawarkan penjimatan bahan api serendah 18.5 km seliter (NEDC), memberikan jarak perjalanan maksimum sehingga 1,000 km dengan satu tangki penuh!


Kami berpeluang untuk memegang stereng dan merasai pengalaman memandu kedua-dua versi, C28 dengan teknologi e-Power dan C27 dengan sistem S-Hybrid 2.0L. Pendapat kami? Sangat ketara perbezaannya, C28 terasa lebih lancar seolah-olah memandu sebuah kereta elektrik. 


Web_CariCarz-_SN_Serena-E-Power-C28-Preview_-146.jpg


Ciri menarik lain yang terserlah pada versi terbaru ini juga adalah kehadiran mod pemanduan e-Pedal yang membolehkan pemandu memandu dengan lebih relaks, tanpa perlu memijak brek, kerana hanya menggunakan satu pedal sahaja, namun berkesan untuk menyalurkan lebih tenaga kepada bateri melalui sistem regeneratif. Ciri ini sangat sesuai untuk dimanfaatkan semasa menempuhi trafik yang sesak. 


Bukan hanya menyerlah dalam aspek pemanduan, kerana keselesaan segenap kabin juga terasa berbeza. C28 jauh lebih senyap daripada C27, seolah-olah tiada ‘enjin’ yang mengganggu walaupun ia kekal aktif untuk menyalurkan tenaga  kepada bateri. 


Bilakah Serena C28 Akan Dilancarkan Di Malaysia?


ETCM mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi di negara kita pada suku pertama tahun 2026. Walaupun harganya belum didedahkan, model C27 S-Hybrid yang kini berada di pasaran dijual daripada harga RM149,888. Berdasarkan harga ini, Serena C28 dijangka akan dijual dalam lingkungan harga yang sama atau mungkin juga lebih tinggi, namun dengan perbezaan yang tidak terlalu ketara. 


Web_CariCarz-_SN_Serena-E-Power-C28-Preview_-152.jpg


Kami berpeluang menguji kedua-dua versi, iaitu Serena C28 dan juga C27. Perbezaan yang sangat ketara dapat dirasakan. 


Apa yang menariknya, kami juga dimaklumkan bahawa Serena C28 akan menjadi model e-Power Nissan pertama yang dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia, iaitu di kilang pemasangan Tan Chong di Serendah. Ini menjadikan Malaysia sebagai pasaran luar negara pertama yang mengeluarkan Serena versi terbaru dan pasaran kedua selepas Thailand yang membuat pemasangan model dengan sistem e-Power Nissan.

Web_CariCarz-_SN_Serena-E-Power-C28-Preview_-039.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRP4017

SELANGOR

BST5462

JOHOR

JD8426J

PULAU PINANG

PSF4203

PERAK

APL3477

PAHANG

CFH6708

KEDAH

KGH9582

NEGERI SEMBILAN

NEL7517

KOTA KINABALU

SJT9633

KUCHING

QAB5356P

Terakhir Kemas Kini 10 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

03-03-2026
Pandu Uji

16-01-2026
Kereta Baru

05-12-2025
Global

25-03-2025
Berita Auto

13-08-2024
Berita Auto

04-06-2025
Berita Auto

22-05-2024
Berita Auto

08-05-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.