Data Terkini: EV & Hibrid Makin Popular, Petrol Masih Mendominasi Pasaran
Data terbaru daripada portal data.gov.my mendedahkan bahawa jumlah pendaftaran kenderaan Malaysia pada bulan Januari 2025 menurun dengan mendadak sebanyak 36.1% iaitu hanya 53,930 unit berbanding Disember 2024 yang mencatatkan 84,425 unit. Jika dibandingkan dengan Januari 2024 yang merekodkan 66,323 unit, penurunan mencecah 18.7%.
Kereta Petrol Masih Mendominasi
Kenderaan berasaskan petrol terus menjadi pilihan utama pengguna dengan 47,093 unit didaftarkan pada Januari 2025, mewakili 87.3% daripada jumlah keseluruhan jualan. Namun, jumlah ini merosot 34.3% berbanding Disember 2024 (71,685 unit) dan 23.7% lebih rendah daripada Januari 2024 (61,753 unit).
Walaupun terdapat penurunan, data menunjukkan kenderaan petrol masih menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia, didorong oleh faktor harga mampu milik serta pilihan model yang luas daripada jenama tempatan seperti Proton dan Perodua.
Pendaftaran Kenderaan Hibrid Kekal Positif
Januari 2025 menyaksikan 2,249 unit kenderaan hibrid petrol didaftarkan, mewakili 4.2% daripada jumlah keseluruhan. Walaupun jumlah ini merosot 34% berbanding Disember 2024 (3,405 unit), ia mencatatkan peningkatan 7% berbanding Januari 2024 (2,101 unit).
Trend ini menunjukkan pengguna semakin menerima teknologi hibrid sebagai alternatif peralihan sebelum beralih sepenuhnya kepada EV.
EV Catat Pertumbuhan Tahunan, Proton e.MAS 7 Tarik Perhatian
Pendaftaran kenderaan elektrik (EV) mencecah 1,691 unit pada Januari 2025, bersamaan 3.1% daripada jumlah keseluruhan. Ini merupakan penurunan 34.5% daripada Disember 2024 (2,581 unit) tetapi meningkat 20.5% berbanding Januari 2024 (1,403 unit).
Lonjakan ini sebahagian besarnya didorong oleh pelancaran Proton e.MAS, insentif kerajaan serta pembangunan infrastruktur pengecasan yang semakin meluas, terutamanya di bandar-bandar utama.
Baca: EV Jadi Pilihan Golongan M40, Kereta Mampu Milik Golongan B40 – Kenanga Research
Segmen Diesel Terus Merosot Akibat Rasionalisasi Harga
Kenderaan diesel kekal sebagai pilihan paling rendah dengan hanya 372 unit didaftarkan, mewakili 0.7% daripada jumlah keseluruhan. Jumlah ini menunjukkan penurunan 38.5% daripada Disember 2024 (605 unit).
Sementara itu, kenderaan Green Diesel mencatatkan 2,525 unit, bersamaan 4.7% daripada jumlah jualan. Namun, ini merupakan penurunan mendadak sebanyak 61% berbanding Disember 2024 (6,469 unit). Program rasionalisasi subsidi diesel, yang menyebabkan peningkatan harga bahan api, menjadi faktor utama penurunan dalam segmen ini.
Baca: Nak Subsidi Diesel? Wajib Buat Penyelenggaraan Berkala – Pakar
Masa Depan: Insentif & Dasar Tentukan Halatuju Pasaran
Data Januari 2025 yang dikongsikan ini menunjukkan kereta petrol kekal mendominasi pasaran, tetapi dalam masa yang sama, terdapat peningkatan stabil dalam pendaftaran kenderaan elektrifikasi (xEV) seperti EV dan hibrid.
Tahun ini dijangka menyaksikan pertumbuhan mendadak dalam penerimaan xEV. Kerajaan diramalkan akan memperkenalkan insentif baharu, khususnya untuk model peralihan seperti hibrid HEV, EREV dan PHEV, bagi menggalakkan lebih banyak jenama menawarkan pilihan mesra alam.
Pada masa yang sama, kerajaan menggalakkan syarikat automotif untuk memasang EV secara tempatan (CKD) bagi menikmati pengecualian cukai lanjutan sehingga 2027. Namun, terdapat kebimbangan mengenai hala tuju pasaran selepas tempoh tersebut kerana pelaburan CKD memerlukan pertimbangan kos jangka panjang.
Bagi memastikan momentum elektrifikasi berterusan, kerajaan berkemungkinan akan melaksanakan dasar baharu dan memperkenalkan insentif tambahan dalam tempoh terdekat. Langkah ini penting bagi mengelakkan situasi pada tahun 2014 berulang kembali, di mana penarikan semula insentif hibrid menyebabkan jualan kenderaan segmen tersebut merudum.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPV6305
SELANGOR
BSJ4867
JOHOR
JYJ4108
PULAU PINANG
PRU8439
PERAK
APB7817
PAHANG
CFD7584
KEDAH
KGC6243
NEGERI SEMBILAN
NEH3819
KOTA KINABALU
SJN1649
KUCHING
QAB3523M
Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.93
EURO 5 B7
RM 3.13
Terakhir Kemas Kini 16 Oct, 2025
Berita Terkini
Deepavali: Perkhidmatan Feri Ditawarkan Secara Percuma
Perkhidmatan feri percuma kepada warganegara Malaysia sempena perayaan Deepavali 20 Oktober ini.
16-10-2025
Tular: Video Mini Cooper Terbang, Rupanya Pemandu Tersilap Tekan Pedal Minyak
Pemandu Mini Cooper didapati negatif daripada pengaruh alkohol.
16-10-2025
Apa Nak Jadi, Perkhidmatan Aerotrain Semakin Kerap Tergendala
Perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sekali lagi tergendala malam tadi.
16-10-2025
Pemegang Lesen Memandu Singapura Boleh Mohon Subsidi BUDI95 – Ini Syaratnya...
Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan laman web khas hari ini bagi memudahkan rakyat Malaysia.
16-10-2025
SAIC Motor Malaysia Umum Pasang EV MG CKD Pertama di Melaka, Bermula 2026
SAIC Motor Malaysia mengumumkan rancangannya untuk memulakan pemasangan tempatan kenderaan MG di kilang EPMB yang terletak di Melaka, bermula pada tahun depan.
16-10-2025
KL "Lockdown" Sempena Ketibaan Pemimpin Dunia Pada Sidang ASEAN
Perhatian buat warga kota! Ini kerana pusat bandaraya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya sempena Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
16-10-2025
Proton Anjur Penang PROTON One Tank Challenge, Peserta Buktikan Proton S70 Jimat Minyak
Dengan satu tangki penuh berkapasiti 50 liter, seorang pemilik Proton S70, Abu Bakar Mohd Yusoff dinobatkan sebagai juara acara Penang PROTON One Tank Challenge selepas membuktikan Proton S70 menawarkan penggunaan bahan api terendah.
16-10-2025
Harga Minyak Kekal, Tiada Kenaikan
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.18 dan RM2.60 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Okt ini.
15-10-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat