ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Insentif Cukai EV Tamat Tahun Ini? Ini Impaknya Kepada Harga Kereta

Sofea Najmi

19-3-2025

Kongsi melalui

web_MA_CariCarz_Proton-e.MAS-7-launch_batch-1_-6.jpg


Masa depan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia masih menjadi tanda tanya. Insentif cukai bagi EV import sepenuhnya (CBU) dijadualkan tamat pada hujung tahun ini, manakala pengecualian untuk EV pemasangan tempatan (CKD) masih diteruskan hingga 2027. Persoalannya, apakah yang akan terjadi setelah semua insentif ini ditamatkan kelak?


Jawapannya, harga EV bakal meningkat secara mendadak, sekali gus memperlahankan kadar penerimaan teknologi hijau di negara kita. 


Kenaikan Harga EV: Sejauh Mana Kesannya?


BYD-Atto-3-2024_Social-Media-Only-Images_02;.jpg


Jika pengecualian cukai tidak diteruskan selepas hujung tahun ini, semua EV CBU akan dikenakan duti import 30% dan duti  eksais antara 10% hingga 30%, selain cukai jualan sedia ada sebanyak 10%. Ini bermakna, pengguna bakal melihat lonjakan harga yang ketara bagi model-model EV yang ada di pasaran.


Berikut adalah contoh perubahan harga untuk beberapa model EV terlaris di Malaysia buat masa ini:

Kenaikan harga ini pastinya akan mengurangkan daya tarikan EV dalam kalangan pembeli tempatan, kerana EV bakal dipasarkan pada harga kurang mampu milik. Situasi ini akan memperlahankan peralihan ke arah kenderaan mesra alam.


tax-and-price-1-(1).jpg


Jadual di atas menunjukkan senarai EV berserta cukai jalan (LKM) dan anggaran harga jualan selepas 2025


Kurang Keyakinan untuk Pelaburan CKD


Ketidaktentuan dasar selepas 2027 membuatkan pengeluar kenderaan kurang yakin untuk memulakan pengeluaran EV CKD di Malaysia. Walaupun terdapat jenama yang berminat dengan pemasangan tempatan, ramai masih bersikap tunggu dan lihat, terutamanya dengan semakan duti eksais bagi nilai pasaran terbuka (OMV) yang telah ditangguhkan sebelum ini dan kini dijadualkan berkuat kuasa tahun depan.


Info: OMV atau Other Market Value merujuk kepada harga asas kenderaan yang ditetapkan pengeluar berdasarkan kos pengeluaran sebelum kerajaan mengenakan sebarang cukai.


Tanpa hala tuju dasar yang jelas, pelaburan dalam pemasangan tempatan dan infrastruktur EV berisiko terbantut, sekali gus menyebabkan Malaysia ketinggalan dalam perlumbaan global ke arah elektrifikasi automotif.


Baca: XPeng Laksana CKD, Rancangan Masih Samar!


tax-and-price-2-(1).jpg


Sambungan senarai EV berserta cukai jalan (LKM) dan anggaran harga jualan selepas 2025


Rangkaian Pengecas EV: Mampukah Sasaran 10,000 Unit Dicapai?


Selain itu, turut menimbulkan kebimbangan adalah perkembangan fasiliti pengecasan EV di Malaysia yang masih bergerak perlahan, jauh daripada sasaran 10,000 pengecas menjelang akhir 2025. Syarikat pengendali pengecas (CPO) sudah mula mengurangkan pembangunan stesen pengecas kerana permintaan yang rendah.


chargesini-business-(14)-(1).jpg


Jika insentif cukai dimansuhkan dan harga EV melonjak, usaha memperluaskan infrastruktur pengecasan mungkin terhenti sepenuhnya, lebih-lebih lagi kerana CPO tidak menerima sebarang dana kerajaan untuk menyokong pengembangan rangkaian.


Baca: EV di Malaysia: Masa Depan Cerah, Tapi Apa Nasib Bateri Terpakai?


Risiko Jika Insentif Cukai EV Dihapuskan


Malaysia telah menetapkan sasaran tinggi untuk peralihan kepada EV iaitu 20% daripada jualan kenderaan baharu ialah xEV menjelang 2030, 50% menjelang 2040 dan 80% menjelang 2050. Namun, sasaran ini sukar untuk direalisasikan sekiranya  insentif cukai EV ditarik terlalu awal. 


Web_CariCarz_Tesla-Model-3-02.jpgChery-Omoda-E5-Exterior-11.jpg


Ini bukan sahaja akan memperlahankan kadar penerimaan EV dalam pasaran, malah ia juga akan menghalang pengeluar dari melabur dalam pemasangan CKD, menyukarkan pengguna memiliki EV kerana harga lebih tinggi dan mengehadkan pilihan pembeli.


Apa Yang Boleh Dilakukan?


Untuk memastikan Malaysia kekal di landasan yang tepat untuk menuju ke arah masa depan yang lebih hijau, dasar insentif cukai EV wajar dilanjutkan. 


Orang ramai boleh memainkan peranan dengan menyuarakan pendapat kepada pembuat dasar tentang kepentingan harga EV yang mampu milik, menyokong petisyen yang menggesa lanjutan insentif cukai dan meningkatkan kesedaran di media sosial tentang kesan pemansuhan insentif cukai EV. 

Baca: "Serah" & Jual EV Terpakai Kepada Caricarz Automall

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPC8374

SELANGOR

BSE6294

JOHOR

JXX1040

PULAU PINANG

PRQ5332

PERAK

ANV5816

PAHANG

CFB7310

KEDAH

KGA5238

NEGERI SEMBILAN

NEF8241

KOTA KINABALU

SJK8571

KUCHING

QAB3438L

Terakhir Kemas Kini 14 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.10

-0.08

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.80

-0.08

EURO 5 B7

RM 3.00

-0.08

Terakhir Kemas Kini 08 May, 2025

Berita Terkini

EV
Petronas & Blueshark Jalin Kerjasama – Tukar Bateri E-Motosikal Di Stesen Terpilih

Petronas & Blueshark Jalin Kerjasama – Tukar Bateri E-Motosikal Di Stesen Terpilih

Petronas Dagangan Berhad (PDB) dan Blueshark Ecosystem Sdn. Bhd. kini berganding tenaga secara rasmi melalui penubuhan syarikat usaha sama baharu, Blueshark Malaysia Sdn. Bhd.

14-05-2025
EV
Toyota bZ4X Kini Hanya Dipanggil 'bZ' di AS – Guna Pengecas Tesla

Toyota bZ4X Kini Hanya Dipanggil 'bZ' di AS – Guna Pengecas Tesla

Model facelift Toyota bZ4X yang pertama kali diperkenalkan di Eropah kini dikenali hanya sebagai Toyota bZ di AS.

14-05-2025
EV
MAS 2025: Label NxGV Dilancarkan, Pacu Inovasi Automotif Lebih Mesra Alam

MAS 2025: Label NxGV Dilancarkan, Pacu Inovasi Automotif Lebih Mesra Alam

MARii secara rasmi melancarkan Skim Pelabelan Kenderaan Generasi Akan Datang (NxGV) Sukarela.

13-05-2025
EV
Toyota Bakal Ambil Alih Neta Untuk Dominasi EV Di China?

Toyota Bakal Ambil Alih Neta Untuk Dominasi EV Di China?

Toyota dilaporkan sedang mempertimbangkan langkah strategik baharu untuk memperkukuhkan kehadiran EV di pasaran China.

13-05-2025
EV
MAS 2025: AION V Didedah, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2025

MAS 2025: AION V Didedah, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2025

Generasi kedua GAC Aion V akhirnya tampil buat pertama kali secara umum di Malaysia menerusi MAS 2025.

10-05-2025
EV
MAS 2025: Jetour eVT5 EV Didedah, SUV B-Segmen, Jarak Gerak Hingga  356km

MAS 2025: Jetour eVT5 EV Didedah, SUV B-Segmen, Jarak Gerak Hingga 356km

Adakah model ini bakal menjadi EV yang ditawarkan pada harga bawah RM100,000 di negara kita?

10-05-2025
EV
MAS 2025: Jenama EV Terbaru, SoloEra, Pamer Tiga Motosikal - Bateri Boleh Tukar

MAS 2025: Jenama EV Terbaru, SoloEra, Pamer Tiga Motosikal - Bateri Boleh Tukar

MAS 2025 bukan sahaja dimeriahkan dengan himpunan pelbagai model empat roda baharu, tetapi turut menyaksikan kehadiran lebih sedozen jenama motosikal.

10-05-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.