Tiket Super GT 2025 Malaysia Kini Dijual – Dari RM80 Untuk Yang Terawal
Jualan tiket acara Autobacs Super GT 2025 kini sudah dibuka
Perlumbaan berprestij dari Jepun, Autobacs Super GT 2025, bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Petronas Sepang tahun ini! Penganjur, Haro Sports & Entertainment, kini giat membuat persiapan bagi memastikan kejuaraan ini berlangsung dengan penuh aksi dan kemeriahan.
Tarikh dan Tiket Super GT 2025 di Malaysia
Super GT 2025 dijadualkan berlangsung pada 27 dan 28 Jun akan datang. Tiket kini boleh dibeli secara dalam talian di laman rasmi kejohanan di www.supergtmalaysia.com.
Bagi peminat yang ingin mendapatkan harga istimewa, tiket Early Bird kini ditawarkan dengan harga berikut:
- Grandstand K1 – RM80
- Grandstand Utama – RM200
- GT Club Paddock Hospitality Lounge – RM2,000
Setiap pembelian tiket juga tertakluk kepada caj tambahan sebanyak RM3.
Dua Kelas Perlumbaan, Barisan Jentera Berkuasa
Bagi yang belum pernah mendengar mengenai Super GT, perlumbaan ini menampilkan dua kategori utama yang berlumba serentak di litar:
- GT500 – Kelas utama dengan jentera perlumbaan khas daripada pengeluar terkemuka Jepun seperti Toyota, Lexus, Honda, Nissan dan Subaru.
- GT300 – Kategori yang menyaksikan perlumbaan jentera GT3 dari jenama antarabangsa seperti Mercedes-AMG, BMW, Ferrari, Lamborghini, Aston Martin dan banyak lagi.
Pusingan yang diadakan di Malaysia adalah yang ketiga bagi Super GT musim ini, dan merupakan satu-satunya yang diadakan di luar negara. Sepanjang hujung minggu perlumbaan itu nanti, pelumba akan menempuh jarak perlumbaan sejauh 300 km bagi acara utama pada hari Ahad.
Perlumbaan Sulung GR86 Cup Series Malaysia
Selain perlumbaan utama Super GT, peminat sukan permotoran turut dapat menyaksikan kejohanan baharu, GR86 Cup Series Malaysia 2025. Kejohanan ini bakal berlangsung dalam empat pusingan sepanjang tahun di SIC dan menampilkan grid 30 kereta, menjadikannya antara perlumbaan one-make (satu model/spesifikasi sama) terbesar di Malaysia.
Nihon Matsuri – Festival Budaya dan Makanan Jepun
Penganjur, Haro Sports & Entertainment bekerjasama dengan Trumpet International, untuk mengadakan festival budaya dan makanan Jepun, Nihon Matsuri
Bagi menambah kemeriahan acara, Haro Sports & Entertainment turut bekerjasama dengan Trumpet International, untuk mengadakan festival budaya dan makanan Jepun, Nihon Matsuri, acara yang diadakan secara besar-besaran setiap tahun.
Sepanjang tiga tahun penganjurannya, Nihon Matsuri telah menarik lebih 100,000 pengunjung, menawarkan pengalaman unik kepada peminat untuk menikmati budaya dan aktiviti Jepun, serta pelbagai hidangan jalanan asli dan fusion negara tersebut.
Untuk butiran lanjut serta pembelian tiket, layari laman web rasmi www.supergtmalaysia.com.
Baca: Selepas 13 Tahun, Perlumbaan Autobacs Super GT Kembali Beraksi Di M'sia
Baca: Perlumbaan F1: Ini Penjelasan PETRONAS
Baca: Hyundai Perkenal Hypercar Genesis GMR-001 – Bakal Beraksi Dalam Perlumbaan Ketahanan WEC 2026
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPK2905
SELANGOR
BSG2903
JOHOR
JYD2639
PULAU PINANG
PRS3990
PERAK
ANX6954
PAHANG
CFC5904
KEDAH
KGB3831
NEGERI SEMBILAN
NEG4591
KOTA KINABALU
SJL6908
KUCHING
QAB6772L
Terakhir Kemas Kini 16 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.08
+0.03
Terakhir Kemas Kini 10 Jul, 2025
Berita Berkaitan
Beli Tiket Untuk Peluang Memenangi Toyota GR Supra Di Super GT Malaysia 2025!
Super GT akan kembali ke Malaysia menerusi pusingan ketiga kalendar Autobacs Super GT 2025 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.
03-06-2025
Sepang Jadi Hos Pusingan Pembukaan Michelin 24H Series Middle East 2025/2026
Perlumbaan ketahanan Michelin 24H Series Middle East 2025/2026 akan membuka tirainya di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada minggu pertama Disember 2025.
22-06-2025
Beli Tiket Untuk Peluang Memenangi Toyota GR Supra Di Super GT Malaysia 2025!
Super GT akan kembali ke Malaysia menerusi pusingan ketiga kalendar Autobacs Super GT 2025 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.
03-06-2025
TGR Malaysia Musim Ke-7 Melabuhkan Tirai – Aksi Akhir yang Mendebarkan
Toyota Gazoo Racing Malaysia (TGR Malaysia) Musim Ke-7 berakhir dengan perlumbaan epik Vios Challenge yang berlangsung hujung minggu lalu di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.
10-01-2025
MAM Festival Of Speed Malaysia 2024 Buka Peluang Bakat Baharu Sukan Permotoran Pamer Kemahiran
Litar Antarabangsa Petronas Sepang bakal digegarkan dengan acara sukan permotoran, MAM Festival Of Speed Malaysia 2024.
25-09-2024
Berita Terkini
Lori Terbakar, Lebuhraya KLK Sesak
Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak selepas Genting Sempah sesak teruk gara-gara sebuah lori terbakar.
16-07-2025
Projek ECRL: Set Pertama Tren ECRL Bakal Tiba Tahun Ini, Baki 9 EMU Lagi Dihantar Tahun Depan
Nampaknya, dua set pertama tren pelbagai gerabak (EMU) dan dua unit lokomotif elektrik (E-Loco) untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), dijangka tiba selewat-lewatnya hujung tahun ini.
16-07-2025
Kehilangan Pempengaruh Masih Belum Terungkai, Kereta Ditemui Tenggelam Dalam Sungai
Kehilangan seorang pempengaruh masih belum terjawab apabila kereta miliknya ditemui tenggelam dalam sungai.
16-07-2025
Prolintas, Unit Lebuhraya Milik PNB Mungkin Dijual, Potensi Jana RM3 Bilion
Permodalan Nasional Berhad (PNB), salah satu institusi pelaburan terbesar negara, kini sedang menilai potensi penjualan unit lebuhraya miliknya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas).
16-07-2025
Rohingya Sanggup Bayar Sehingga RM500, Guna Identiti Rakyat Tempatan Daftar Kenderaan
Segelintir warga asing menggunakan identiti rakyat tempatan untuk mendaftar kenderaan dengan bayaran antara RM50 sehingga RM100 sebulan atau 'one-off' antara RM300 hingga RM500 setahun.
15-07-2025
Jambatan Marang Dijangka Siap Mac 2027, Lepas Ini Tiada Lagi Kesesakan
Jambatan Marang membabitkan jajaran sejauh 2.5 kilometer merentasi sungai Marang dijangka siap dan dapat digunakan sepenuhnya menjelang Aidilfitri 2027.
15-07-2025
Prasarana Tambah 310 Bas Diesel Sementara Tunggu Bas Elektrik
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) semalam telah melancarkan 310 bas diesel baharu di bawah Program Penggantian Bas 2025.
15-07-2025
Tawar Perkhidmatan Sewa Kereta Dari Singapura-Malaysia Secara Haram, 22 Pemandu Ditahan
Seramai 22 pemandu ditahan kerana menawarkan khidmat kereta sewa secara haram di Singapura.
15-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat