ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

XPeng G9 2025 Diberikan 66 Peningkatan – Bakal Tiba Di Malaysia?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Xpeng-G9-2025MY-China-15.jpg


Selain XPeng G6 2025, SUV elektrik XPeng G9 turut menerima kemas kini model tahun 2025 (MY2025) untuk pasaran China. Menurut Pengerusi XPeng Motors, He Xiaopeng, model ini menerima kira-kira 66 peningkatan, termasuk sistem pemanduan pintar Turing AI generasi baharu, sistem trenkuasa yang lebih baik dan sebagainya. 


Lebih Segar dengan Elemen Premium


Xpeng-G9-2025MY-China-3.jpgXpeng-G9-2025MY-China-16.jpgXpeng-G9-2025MY-China-20.jpg


Dari segi rekaan, XPeng G9 kini menampilkan reka bentuk X Robot Face 3.0, sama seperti pada model lebih kecil, G6. Antara perubahan yang diberikan di bahagian luaran ialah pintu soft-close dengan pemegang jenis terbenam, but belakang dengan bukaan automatik, rim aloi baharu bersaiz 20 inci. Selain itu, rim, logo dan fender kini hadir dalam versi khas ‘Black Warrior’ dengan kemasan hitam.


Xpeng-G9-2025MY-China-14.jpg


Dari segi ukuran, model ini kekal sama seperti versi terdahulu, iaitu panjang 4,891 mm, lebar 1,937 mm, tinggi 1,680 mm, serta jarak roda 2,998 mm. Sebagai perbandingan, XPeng G6 lebih kecil, dengan panjang 4,753 mm, lebar 1,920 mm dan tinggi 1,650 mm.


Kabin Kini Lebih Mewah dan Canggih


Xpeng-G9-2025MY-China-18.jpgXpeng-G9-2025MY-China-19.jpg


Bergerak masuk ke bahagian kabin, versi kali ini hadir dengan pilihan warna baharu Moon Shadow Coffee, memperbanyakkan lagi pilihan warna sedia ada selain Morning Glory Brown dan Elegant Grey. 


Jentera ini masih kekal menggunakan tiga skrin yang terdiri daripada dua skrin infotainmen 14.96 inci, panel kluster instrumen digital 10.25 inci, dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8295P dengan kemampuan kemas kini over-the-air (OTA).


Xpeng-G9-2025MY-China-4.jpg


Walaupun SUV ini kelihatan besar dari luar, hanya dua baris atau lima tempat duduk ditawarkan, namun ini bermakna ia jauh lebih lapang berbanding G6. 


Untuk keselesaan SUV ini dilengkapi dengan ciri tempat duduk penumpang hadapan yang boleh direbahkan sepenuhnya dengan sokongan ottoman. Penumpang belakang juga dapat menikmati keselesaan dengan kehadiran saluran pendingin hawa khas dan beberapa port USB untuk pengecasan peranti. Ciri menarik lain yang ditawarkan ialah bumbung kaca panoramik yang luas.


Sistem Pemanduan Pintar AI Generasi Baharu


Xpeng-G9-2025MY-China-5.jpg


Salah satu penambahbaikan paling ketara pada G9 ialah kehadiran sistem pemanduan pintar AI Turing generasi baharu. Berbeza dengan versi sebelumnya, sistem ini tidak lagi memerlukan sistem LiDAR, sebaliknya menggunakan 26 sensor, 11 kamera, 3 radar gelombang milimeter dan 12 radar ultrasonik.


Gabungan teknologi ini meningkatkan jarak penglihatan sebanyak 125% serta menjadikan kelajuan pengecaman objek 40% lebih pantas berbanding sistem sebelumnya.


Trenkuasa Lebih Berkuasa, Pengecasan Lebih Pantas


Xpeng-G9-2025MY-China-17.jpg


Selain teknologi AI baharu, XPeng G9 2025 turut menerima peningkatan trenkuasa yang mana varian pacuan roda belakang (RWD) kini dikuasakan oleh motor tunggal 346 hp (258 kW), meningkat daripada 308 hp (230 kW) sebelum ini. Sementara itu, varian pacuan semua roda (AWD) kini menghasilkan 567 hp (423 kW) dan tork maksimum 695 Nm.


Walaupun model ini masih menggunakan platform silikon karbida (SiC) 800V, versi kali ini dilengkapi dengan bateri AI 5C dan teknologi pengecasan cecair super S5, membolehkannya mencapai kelajuan pengecasan sehingga 530 kW, yang membolehkan pengecasan 10-80% dilakukan dalam hanya 12 minit.


Xpeng-G9-2025MY-China-10.jpgXpeng-G9-2025MY-China-2.jpg


Kapasiti bateri kekal sama dengan versi sebelum ini iaitu 79 kWj untuk varian RWD dan 93.1 kWj untuk varian AWD.


Dengan semua peningkatan ini, jarak pemanduan maksimum kini meningkat kepada 725 km, berdasarkan piawaian CLTC yang lebih longgar.


Bakal Tiba ke Pasaran Global Termasuk Malaysia?


XPeng dijangka akan memulakan jualan rasmi G9 2025 pada penghujung tahun ini, namun harga rasminya masih belum diumumkan.


Pengedar rasmi XPeng di Malaysia, Bermaz XPeng, sebelum ini telah mengesahkan bahawa lebih banyak model XPeng akan dibawa masuk ke pasaran tempatan, ini bermakna tidak mustahil G9 akan menjadi model seterusnya yang bakal dilancarkan di Malaysia dalam masa yang terdekat.

Baca: XPeng G6 2025 Diperkenal – Lebih 80 Peningkatan, Rekaan Lebih Futuristik!

Xpeng-G9-2025MY-China-6.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPJ2642

SELANGOR

BSF9301

JOHOR

JYC5273

PULAU PINANG

PRS1323

PERAK

ANX3371

PAHANG

CFC4259

KEDAH

KGB2414

NEGERI SEMBILAN

NEG3859

KOTA KINABALU

SJL5474

KUCHING

QAB6216L

Terakhir Kemas Kini 03 Jul, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

-0.03

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.85

-0.03

EURO 5 B7

RM 3.05

-0.03

Terakhir Kemas Kini 03 Jul, 2025

Berita Berkaitan

EV

XPeng G6 2025 Diperkenal – Lebih 80 Peningkatan, Rekaan Lebih Futuristik!

XPeng secara rasmi melancarkan model G6 2025 versi facelift. Yang menariknya, walaupun diklasifikasikan sebagai model facelift, pelbagai ciri baharu yang diperkenalkan pada versi kali ini.

03-03-2025
EV

XPeng G6 2025 Diperkenal – Lebih 80 Peningkatan, Rekaan Lebih Futuristik!

XPeng secara rasmi melancarkan model G6 2025 versi facelift. Yang menariknya, walaupun diklasifikasikan sebagai model facelift, pelbagai ciri baharu yang diperkenalkan pada versi kali ini.

03-03-2025
EV

SUV Elektrik Premium, Xpeng G7, Didedahkan Di China – Dari RM123K

Jenama kenderaan elektrik (EV) China, Xpeng, telah memperkenalkan model terbarunya, Xpeng G7. Imej pertama SUV elektrik ini telah muncul di laman web Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China.

14-01-2025

Berita Terkini

Global

Ferrari 296 GT3 Evo Didedahkan – Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas

Selepas hampir tiga tahun sejak pelancaran Ferrari 296 GT3, kereta lumba ini kini tiba dalam versi terbaru, Ferrari 296 GT3 Evo.

01-07-2025
Global

Koenigsegg Sadair’s Spear: Jentera 1,625 HP Yang Dibenarkan Meluncur Di Jalan Raya

Jenama automotif eksklusif dari Sweden, Koenigsegg, baru-baru ini memperkenalkan hypercar terbaharunya yang dinamakan Sadair’s Spear.

27-06-2025
Global

Volvo XC60: Antara Model Paling Laris Dalam Sejarah Volvo Ialah Volvo XC60

Percaya atau tidak, lebih 2.7 unit Volvo XC60 terjual di seluruh dunia.

26-06-2025
Global

Mazda RX-7 & MX-5 Generasi Terbaru Bakal Tiba? – Ini Segalanya Yang Kita Tahu...

Mazda dijangka memperkenalkan versi pengeluaran bagi model konsep sporty Iconic SP yang pernah dipamerkan pada 2023, dengan kemungkinan membawa kembali nama ikonik RX-7.

25-06-2025
Global

Toyota Land Cruiser 250 Guna Enjin Diesel MHEV 48V Diperkenalkan Di Eropah

Toyota telah memperkenalkan varian baharu Land Cruiser Prado (250 Series) di pasaran Eropah, iaitu model Hibrid 48V yang menggunakan teknologi MHEV turbodiesel.

25-06-2025
Global

Maserati Bakal 'Terpadam' Daripada Portfolio Stellantis?

Gergasi automotif global, Stellantis, dilaporkan sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk melepaskan jenama mewah Maserati.

24-06-2025
Global

Volkswagen Golf GTI Edition 50 Terbukti Sebagai GTI Paling Berkuasa – Ini Rahsianya...

Selepas mencipta rekod baru di litar Nurburgring minggu lalu, Volkswagen secara rasmi melancarkan model edisi istimewa, Golf GTI Edition 50.

23-06-2025
Global

Spesifikasi Hyundai Elexio Bocor – Capai 700 KM Sekali Cas

Hyundai bakal memperkenalkan SUV elektrik terbarunya, Elexio, di pasaran China tidak lama lagi.

23-06-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.