Nak Raya Cina, OMODA & JAECOO Malaysia Tawar Ang Pow Hingga RM18,888

Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina (CNY), OMODA & JAECOO Malaysia memulakan tahun 2026 menawarkan Ang Pow rebat untuk seluruh barisan model di bawah naungannya.
Promosi yang akan ditawarkan sehingga 28 Februari ini sebenarnya berbeza daripada kempen yang menumpukan kepada satu model utama, sebaliknya kempen ini melibatkan semua model.
Pembeli boleh menikmati rebat antara RM2,888 hingga RM5,888, 5 tahun servis percuma atau sehingga 100,000 km, yang mana terdahulu, tertakluk kepada terma dan syarat.
Bagi mereka yang merancang untuk memulakan tahun baharu dengan sebuah SUV, ini merupakan peluang tepat pada masanya untuk mengawal kos pemilikan awal.

Di kedudukan teratas dari segi nilai ialah JAECOO J7 PHEV, yang menerima Ang Pow rebat sehingga RM18,888, 5 tahun/50,000 km servis percuma (yang mana terdahulu), serta tambahan jaminan lanjutan bateri selama 2 tahun, dengan jumlah nilai melebihi RM24,800.
Model-model lain dalam rangkaian JAECOO turut menerima rebat. JAECOO J7 AWD ditawarkan dengan Ang Pow RM5,888 dan 5 tahun/100,000 km servis percuma bernilai lebih RM11,800, manakala J7 2WD menerima rebat RM2,888 dengan manfaat servis yang sama, bernilai melebihi RM8,400.

JAECOO J8 yang lebih besar, tersedia dalam varian 2WD dan AWD, mengikut pendekatan yang sama dengan menawarkan nilai pemilikan keseluruhan melebihi RM8,800 hingga RM9,100, namun bergantung kepada varian.

Pembeli OMODA juga tidak ketinggalan. OMODA C9, yang diposisikan sebagai SUV lebih premium, ditawarkan dengan Ang Pow RM2,888 bagi varian 2WD dan RM3,888 bagi AWD. Kedua-duanya disertakan dengan 5 tahun/100,000 km servis percuma.
Secara praktikal, ini bersamaan dengan penjimatan melebihi RM8,600 untuk 2WD dan lebih RM10,000 untuk AWD dalam tempoh beberapa tahun pertama pemilikan.
Secara keseluruhan, kempen ini lebih menekankan pengurangan kos pemilikan dalam jangka masa panjang berbanding diskaun jangka pendek. Bagi pembeli yang sedang mencari SUV baharu sempena CNY ini, ia menawarkan gabungan ganjaran perayaan dan ketenangan minda untuk jangka panjang.
Kempen Jualan CNY OMODA & JAECOO Malaysia berlangsung dari 1 Januari hingga 28 Februari 2026. Maklumat lanjut boleh didapati di omodajaecoo.com.my atau di bilik pameran sah di seluruh negara.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT9254
SELANGOR
BSP2413
JOHOR
JYU7813
PULAU PINANG
PSB4203
PERAK
APG6432
PAHANG
CFG2182
KEDAH
KGF3184
NEGERI SEMBILAN
NEK1350
KOTA KINABALU
SJR3783
KUCHING
QAB5480N
Terakhir Kemas Kini 18 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P
Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.
17-04-2026
Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta
"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.
17-04-2026
Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?
Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.
17-04-2026
Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.
16-04-2026
Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen
Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.
15-04-2026
15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?
auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!
15-04-2026
Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya
Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.
15-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat