ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k

Suhana Veru

Kongsi melalui

CariCarz-CarzAutomedia-SN-Honda-Prelude-KLIMS-2026-44.jpg

Era kegemilangan jentera coupe ikonik Jepun kini kembali menyengat apabila Honda Malaysia secara rasmi menghidupkan semula nama legenda dengan melancarkan Honda Prelude Serba Baharu (Generasi Ke-6) untuk pasaran tempatan pada harga atas jalan RM278,000 (tanpa insurans).

image.png

Bukan sekadar sebuah kereta sport, Prelude serba baharu ini membawakan falsafah Grand Tourer (GT) moden menerusi konsep pembangunan 'Unlimited Glide' yang  menggabungkan DNA pemanduan mengasyikkan, keselesaan premium, serta praktikaliti ultra untuk kegunaan harian.

WhatsApp-Image-2026-06-12-at-10.23.25.jpeg

Teknologi S+ Shift Pertama Di Malaysia

Menjadi tumpuan utama pada model ini ialah pengenalan teknologi S+ Shift, sebuah sistem hibrid dipacu motor pintar yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia. Sistem ini mengawal putaran enjin secara ultra-tepat ketika pecutan dan nyahpecutan.

image.png

Hasilnya? Pemandu bakal merasai respons pemanduan yang lebih langsung (direct) serta sensasi pertukaran gear yang padu, diselaraskan bersama sistem Active Sound Control (ASC).

CariCarz-CarzAutomedia-SN-Honda-Prelude-KLIMS-2026-37.jpgCariCarz-CarzAutomedia-SN-Honda-Prelude-KLIMS-2026-32.jpg

Nadi e:HEV: Kuasa Padu, Tork Mengancam

Mengenai trenkuasa, Honda Prelude dijana oleh rangkaian kuasa 2.0L e:HEV (hibrid) generasi baharu. Gandingan ini menyebabkan ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 184 PS dan tork gergasi 315 Nm secara serta-merta, menjanjikan pecutan yang tangkas, lancar, namun kekal cekap tenaga.

CariCarz-CarzAutomedia-SN-Honda-Prelude-KLIMS-2026-14.jpgCariCarz-CarzAutomedia-SN-Honda-Prelude-KLIMS-2026-15.jpg

Bagi menyesuaikan jentera dengan mood pemandu, tiga mod pemanduan utama disediakan:

  • Sport Mode: Menajamkan respons pengendalian dan kestabilan untuk pemanduan agresif.

  • GT Mode: Imbangan premium antara keselesaan dan prestasi untuk kembara jarak jauh.

  • Comfort Mode: Tetapan santai dengan penyaluran kuasa lebih lancar dan stereng yang lebih ringan.

    Nota: Pemandu juga boleh menukar tetapan suspensi, bunyi enjin, dan respons stereng mengikut selera sendiri melalui Individual Mode.

    .


    Satu lagi ciri pertama untuk model Honda ialah Coasting Control Operation, yang membolehkan kereta memperlahankan kelajuan dengan lebih natural, sekali gus mengurangkan keletihan kaki pemandu daripada kerap bertukar antara pedal brek dan pendikit.

    CariCarz-CarzAutomedia-SN-Honda-Prelude-KLIMS-2026-38.jpg

    DNA Pengendalian Mantap Diadaptasi Daripada Type R!

    Bukan sekadar 'kosmetik', keupayaan mengambil selekoh Honda Prelude ini turut dipertingkatkan menerusi teknologi casis yang diadaptasi terus daripada model prestasi tinggi, Honda Civic Type R.

    Ia dilengkapi dengan sistem suspensi hadapan dual-axis strut bersama Adaptive Damper System untuk kawalan roda yang lebih jitu serta mengurangkan olengan badan. Pemanduan malam atau di laluan berliku kini lebih meyakinkan dengan bantuan Agile Handling Assist (AHA) yang memaksimumkan kestabilan jentera secara dinamik.

    image.png

    Dengan tanda harga RM278,000, adakah kembalinya sang legenda e:HEV ini bakal menjadi pencabar terdekat segmen sport kupe premium di Malaysia? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen!

    Gallery

    Kongsi Artikel Ini

    Ditulis pada

    Suhana Veru

    Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

    Kongsi melalui

    Nombor Plat JPJ Terbaru

    KUALA LUMPUR

    VRH4759

    SELANGOR

    BSR8740

    JOHOR

    JA8643J

    PULAU PINANG

    PSE1675

    PERAK

    APK1868

    PAHANG

    CFH2620

    KEDAH

    KGH2682

    NEGERI SEMBILAN

    NEL1467

    KOTA KINABALU

    SJT2491

    KUCHING

    QAB2498P

    Terakhir Kemas Kini 27 Jul, 2026

    Harga Bahan Bakar

    Petrol

    RON 95

    RM 3.97

    +1.38

    RON 97

    RM 4.90

    +1.75

    RON 100

    RM 7.20

    +2.20

    VPR

    RM 8.23

    +2.00

    Diesel

    EURO 5 B10

    RM 5.12

    +2.08

    EURO 5 B7

    RM 5.32

    +2.08

    Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

    Berita Berkaitan

    Berita Auto

    24-07-2026
    Kereta Baru

    11-06-2026
    Kereta Baru

    03-03-2026
    Berita Auto

    10-02-2026
    Berita Auto

    29-01-2026
    Berita Auto

    19-12-2025
    Berita Auto

    04-12-2025
    Kereta Baru

    24-11-2025

    Berita Terkini

    Kereta Baru

    JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

    Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

    22-07-2026
    Kereta Baru

    JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

    OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

    18-07-2026
    Kereta Baru

    BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

    Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

    16-07-2026
    Kereta Baru

    Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

    Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

    16-07-2026
    Kereta Baru

    DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

    EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

    15-07-2026
    Kereta Baru

    Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

    Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

    13-07-2026
    Kereta Baru

    Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

    DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

    09-07-2026
    Kereta Baru

    Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

    Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

    09-07-2026

    Tunjuk Lebih

    trending_flat
    Tentang Kami

    CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

    © 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.